Revolusi Pertanian Islam

Pertanian
Umum
Agronomi · Penternakan
Perladangan ekstensif
Perladangan intensif
Perladangan kilang
Perladangan organik
Permakultur · Perniagaan tani
Pertanian · Pertanian bandar
Pertanian mampan
Pertanian perindustrian
Sains pertanian · Ternak lepas
Sejarah
Sejarah pertanian
Revolusi Neolitik
Revolusi Pertanian Muslim
Revolusi Pertanian British
Revolusi Hijau
Khusus
Akuakultur · Berladang ternak
Dusun · Gandum · Hidroponik
IMTA · Jagung · Kacang soya
Kayu gergaji · Meragut · Padi
Penternakan ayam itik
Penternakan babi intensifif
Penternakan biri-biri
Penternakan tenusu
Sistem Intensifikasi Padi
Kategori
Bioteknologi
Pemprosesan daging
Penternakan ayam itik
Pertanian mengikut negara
Sejarah perladangan
Syarikat pertanian
Ternakan

Zaman Kegemilangan Islam dari abad ke-8 ke abad ke-13 menyaksikan suatu perubahan asas pada pertanian digelar sebagai Revolusi Pertanian Arab,[1] Revolusi Hijau Pertengahan,[2][3] atau Revolusi Pertanian Islam.[4] Ekonomi sedunia ditubuhkan oleh pedagang Arab dan Islam lain di sepanjang Dunia Lama, membenarkan penyebaran banyak teknik tanaman dan pertanian di kalangan berlainan bahagian dunia Islam, dan juga adaptasi tanaman dan teknik dari dan ke daerah di sebalik dunia Islam. Tanaman dari Afrika seperti sorghum, tanaman dari China seperti buah sitrus, dan beberapa tanaman dari India seperti mangga, padi, kapas dan tebu, telah diedarkan di sepanjang dunia Islam, yang terdahulunya belum menanam tanaman ini.[1] Sesetengah pengarang tekah merujukkan pada penyebaran beberapa tanaman sewaktu zaman ini sebagai Globalisasi tanaman.[5] Pengenalan ini, bersama dengan pengenalan jentera pertanian, membawa ke perubahan utama pada ekonomi, taburan penduduk, liputan tumbuhan,[6] penghasilan pertanian dan kemasukan wang, tingkat penduduk, perkembangan bandar, pengedaran tenaga buruh, industri berkaitan, masakan, peraturan makanan dan pakaian dalam dunia Islam.[1]

Zaman penemuan sunting

Bentuk globalisasi yang pertama mula wujud ketika zaman kegemilangan Islam dan empayar Islam, apabila ilmu pengetahuan, perdagangan dan ekonomi dari tempat-tempat yang terasing sebelum ini mula berhubung kesan daripada perhubungan dengan peneroka Muslim, pelayar, ilmuwan, pedagang dan pengembara. Sesetengah orang telah merujuk kepada zaman ini sebagai Zaman Penerokaan "Pax Islamica" atau "Afrika-Asiatik", merujuk kepada kenyataan orang Yahudi (dikenali sebagai Radhanite), Sogdian dan pedagang dan peneroka Muslim dari Asia Barat Daya dan Afrika Utara yang telah meneroka dan mengembara sebahagian besar Dunia Lama (Asia, Eropah dan Afrika) dan telah menubuhkan ekonomi global yang awal [7] merentasi sebahagian besar Asia dan Africa serta Eropah, dengan perhubungan perdagangannya merentas dari Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean di sebelah barat hingga ke Lautan Hindi dan Laut China di sebelat timur.[8] Perkara ini telah membantu penubuhan empayar Islam (termasuk Khulafa al-Rasyidin, Ummaiyyah, Abbasiyyah dan Fatimiyyah sebagai kuasa ekonomi dunia dalam kurun ke-7 hingga ke-13.[7] Beberapa laporan dari zaman pertengahan Arab juga menunjukkan yang peneroka Muslim dari Andalusia Sepanyol dan Maghribi telah belayar merentasi Lautan Atlantik dan mungkin telah sampai ke Amerika pada zaman kegemilangan Islam.[9]

Inovasi pertanian sunting

Industri gula sunting

Semasa Revolisi Perladangan Muslim, pengeluaran gula diperbaiki dan diubah menjadi industri berskala besar oleh orang-orang Arab. Orang-orang Arab dan Berber menyebar gula diseluruh Empayar Arab sejak abad ke-8.[10]

Inovasi lain sunting

Banyak inovasi pertanian lain diperkenal oleh jurutera dan peladang Muslim, seperti bentuk baru penyewaan tanah (land tenure), pembaikan dalam penyaliran, pelbagai kaedah pengairan yang sofsikated,[11] pengenalan baja dan sistem pengaliran yang meluas , pembangunan sistem penyaliran berasaskan aliran graviti dari sungai dan mata air,[3] pengunaan pertama noria and chain pumps for irrigation purposes,[4] the establishment of the sugar cane industry in the Mediterranean and experimentation in sugar cultivation,[12] numerous advances in industrial milling and water-raising machines (see Industrial growth below), and many other improvements and innovations.

Nota sunting

  1. ^ a b c Andrew M. Watson (1974), "The Arab Agricultural Revolution and Its Diffusion, 700–1100", The Journal of Economic History 34 (1), m/s. 8–35.
  2. ^ A. M. Watson (1981), "A Medieval Green Revolution: New Crops and Farming Techniques in the Early Islamic World", in The Islamic Middle East, 700-1900: Studies in Economic and Social History
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Glick tidak disediakan
  4. ^ a b Zohor Idrisi (2005), The Muslim Agricultural Revolution and its influence on Europe, FSTC
  5. ^ The Globalisation of Crops, FSTC
  6. ^ Andrew M. Watson (1983), Agricultural Innovation in the Early Islamic World, Cambridge University Press, ISBN 0-521-24711-X.
  7. ^ a b John M. Hobson (2004), The Eastern Origins of Western Civilisation, p. 29-30, Cambridge University Press, ISBN 0-521-54724-5.
  8. ^ Subhi Y. Labib (1969), "Capitalism in Medieval Islam", The Journal of Economic History 29 (1), p. 79-96.
  9. ^ S. A. H. Ahsani (July 1984). "Muslims in Latin America: a survey", Journal of Muslim Minority Affairs 5 (2), p. 454-463.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Hassan tidak disediakan
  11. ^ Elias H. Tuma (1987), "Agricultural Innovation in the Early Islamic World: The Diffusion of Crops and Farming Techniques, 700–1100 by Andrew M. Watson", The Journal of Economic History 47 (2), pp. 543–4.
  12. ^ J. H. Galloway (1977), "The Mediterranean Sugar Industry", Geographical Review 67 (2), pp. 177–94.

Rujukan sunting

Lihat juga sunting