Tun Richard Malanjum (lahir 13 Oktober 1952)[1] merupakan Ketua Hakim Negara kesembilan. Sebelum menyertai perkhidmatan kehakiman, beliau ialah seorang peguam pelatih dan menjadi Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah, persatuan peguam bagi negeri Sabah.[2]

Yang Amat Berbahagia Tun

Richard Malanjum

SSM, PSM; SPSK (Kelantan); SSAP (Pahang); SPDK (Sabah); SIMP (Pahang); PGDK (Sabah)
Ketua Hakim Negara Malaysia
Dalam jawatan
11 Julai 2018 – 12 April 2019
Dicalonkan olehMahathir Mohamad
Dilantik olehSultan Muhammad V
Didahului olehMd Raus Sharif
Digantikan olehTengku Maimun Tuan Mat
Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
Dalam jawatan
26 Julai 2006 – 11 Julai 2018
Dicalonkan olehAbdullah Ahmad Badawi
Dilantik olehTuanku Syed Sirajuddin
Didahului olehSteve Shim Lip Kiong
Digantikan olehDavid Wong Dak Wah
Butiran peribadi
Lahir (1952-10-13) 13 Oktober 1952 (umur 71)
Tuaran, Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara (kini Sabah)
Anak-anak3
Alma materUniversiti Teknologi MARA
Universiti London

Malanjum menyertai perkhidmatan kehakiman pada tahun 1992 sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Beliau akhirnya menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dan kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan seterusnya, Hakim Mahkamah Persekutuan. Beliau menjadi Hakim Besar Sabah dan Sarawak pada 26 Julai 2006.[1] Hakim Besar Sabah dan Sarawak ialah pegawai kehakiman tertinggi keempat di Malaysia.[3] Beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Malaysia kesembilan, pegawai tertinggi kehakiman di Malaysia pada 11 Julai 2018,[4][5] menjadi orang pertama dari negeri-negeri Borneo Malaysia untuk naik ke pejabat.[6]

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Tuaran sebelum menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu.

Pada tahun 1972, beliau lulus dari Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA) di Shah Alam, Selangor sebagai pelajar luaran di Universiti London dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) pada tahun 1975. Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya di London dan berjaya melengkapkan kajian Bar-at-Law pada tahun berikutnya.[7]

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjayanya sebagai kerani di Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertanian, Televisyen dan Radio sebelum beralih sebagai Pegawai Kebajikan di Jabatan Kebajikan Negara.

Setelah mendapat ijazah undang-undang, Malanjum berkhidmat di Jabatan Ketua Menteri Sabah dan telah ditugaskan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara Sabah.

Beliau juga dimasukkan ke Bar Inggeris Persatuan Kehormat Gray's Inn di London.

Semasa kembali ke Malaysia, Malanjum meneruskan khidmatnya sebagai timbalan pendakwa raya dan peguam kanan di Jabatan Peguam Negara Sabah.

Pada tahun 1977, beliau menjadi peguam dagang dengan Majlis Peguam Malaysia, Sabah dan dimasukkan ke Australian Capital Territory Bar pada tahun 1991.

Pada 1981, Malanjum meletak jawatan dari jawatannya di Pejabat Peguam Negara Sabah dan menyertai firma guaman di Kota Kinabalu di mana beliau menjadi Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah.

Kemudian, beliau dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada awal tahun 1992.

Pada tahun 2006, untuk kali pertama sejak pembentukan Malaysia, beliau menjadi orang pertama yang dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak. Sebelum itu, jawatan itu dipegang oleh seorang warga British, seorang dari Semenanjung Malaysia dan beberapa rakyat Sarawak.[7]

Penghargaan sunting

Penghargaan Malaysia sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Chief Judge of The High Court of Sabah and Sarawak". Judiciary of Malaysia. Dicapai pada 3 November 2010.
  2. ^ "Malanjum the First Kadazandusun to be Chief Judge". Bernama. 26 July 2006. Dicapai pada 3 November 2010.
  3. ^ "Operation of the court". Judiciary of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2011. Dicapai pada 3 November 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Richard Malanjum is new Chief Justice". Bernama. New Straits Times. 11 July 2018. Dicapai pada 12 July 2018.
  5. ^ "Richard Malanjum Ketua Hakim Negara baharu". Bernama (dalam bahasa Malay). Harian Metro. 11 July 2018. Dicapai pada 12 July 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Richard Malanjum, the first Chief Justice from the Borneo states". Bernama. New Straits Times. 11 July 2018. Dicapai pada 12 July 2018.
  7. ^ a b "Richard Malanjum new Chief Justice". Bernama. Borneo Post. 12 July 2018. Dicapai pada 12 July 2018.
Didahului oleh
Md Raus Sharif
Ketua Hakim Negara Malaysia
2018–2019
Diikuti oleh:
Tengku Maimun Tuan Mat
Didahului oleh
Steve Shim Lip Kiong
Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
2006–2018
Diikuti oleh:
David Wong Dak Wah