Robert Burns

Penyair dan penulis lirik Scotland

Robert Burns (25 Januari 1759 di Allowa, Ayrshire21 Julai 1796 di Dumfries), dipanggil Robbie atau Rabbie Burns, ialah pemuisi kebangsaan Scotland. Beliau menulis dalam bahasa Scots dengan dipengaruhi sedikit oleh bahasa Inggeris.

Robert Burns
Potret lukisan Alexander Nasmyth bertarikh 1787
Potret lukisan Alexander Nasmyth bertarikh 1787
Lahir(1759-01-25)25 Januari 1759
Alloway, Ayrshire, Scotland
Died21 Julai 1796(1796-07-21) (umur 37)
Dumfries, Scotland
Pekerjaan
  • Pemuisi
  • Penulis lirik
  • Petani
  • Penyunting
WarganegaraScotland
Pergerakan sasteraRomantisisme
Karya terkenal
Tandatangan

Beliau dikenali umum sebagai Makar Kebangsaan Scotland, dan karya beliau diraikan di seluruh dunia. Di seluruh dunia, beliau dikenali sebagai seorang daripada ramai makar yang menulis dalam bahasa Scots mahupun beliau juga menghasilkan banyak puisi dalam bahasa Inggeris, dan juga dalam bahasa Scots ringan yang dapat dibaca oleh mereka yang tidak fasih dengan bahasa Scots di dalam dan di luar Scotland.

Burns sering dianggap sebagai pelopor Pergerakan Romantisisme, dan selepas kematian beliau, menjadi lambang dan sumber inspirasi kepada para pelopor fahaman liberalisme dan sosialisme. Beliau menjadi ikon kebudayaan Scotland sama ada dalam negara tersebut mahupun dalam kalangan orang Scotland yang merantau dan berhijrah ke negara-negara asing.

Selain daripada karangan aslinya, Burns juga menghimpun lagu-lagu rakyat dari seluruh pelusuk Scotland dan sering menyemak dan menggubah lagu-lagu tersebut. Lagu beliau yang paling terkenal ialah Auld Lang Syne yang dinyanyikan pada waktu Hogmanay, sementara lagunya Scots Wha Hae, menjadi lagu kebangsaan Scotland buat seketika waktu. Puisi dan lagu beliau yang masyhur di seluruh dunia termasuk A Red, Red Rose ("Mawar Merah"), A Man's a Man for A' That ("Manusia Tetap Manusia, Walau Apapun"), To a Louse ("Buat seekor Kutu"), To a Mouse ("Buat seekor Tikus"), The Battle of Sherramuir ("Pertempuran Sherramuir") dan Ae Fond Kiss ("Kucupan Sayang").


Karya sunting

  • Poems, Chiefly in the Scottish Dialect (1786)
  • Tam O’ Shanter (1795)
  • The Cotters Saturday Night (1795)
  • The Jolly Beggars (1799)
  • Burns’ Poetical Works (1824)

Rujukan sunting

Gaya penulisan sunting

Pengaruh langsung penulisan puisi Burns dalam bahasa Scots adalah Allan Ramsay dan Robert Fergusson. Karya Burns dihasilkan dengan pengetahuan baik tentang kesusasteraan Klasik, Bible dan Inggeris, dan juga tradisi makar Scotland serta puisi rakyat yang beliau kenali semenjak usia kanak-kanak lagi. Beliau mahir dengan penggunaan bahasa Scots dan bahasa Inggeris Scots (Scots Inglis), dan sering mencampurkan kedua-duanya sekali. Dengan menulis dalan bahasa Inggeris ataupun bahasa Scots versi "ringan", beliau berjaya mendapat perhatian pembaca di luar Scotland, membolehkan beliau menukar bahasa daripada satu kepada yang lagi satu untuk menimbulkan kesan (seperti dalam penggunaan bahasa Inggeris beliau dalam bahagian-bahagian "moral" dalam puisi Tam O' Shanter ) ataupun apabila beliau mahukan sesuatu yang berima.

Tema-tema beliau termasuk Republikanisme (beliau hidup dalam zaman Revolusi Perancis) dan Radikalisme, yang tersurat dalam puisi Scots Wha Hae, Patriotisme orang Scotland, fahaman antipaderi, perbezaan kelas, peranan gender, komentar tentang Gereja Scotland zamannya, identiti kebudayaan Scotland, kemiskinan, keseksualan dan panduan buat pergaulan (berpesta, wiski, lagu rakyat dan lain-lain). Burns dan karyanya menjadi sumber inspirasi kepada para pelopor pergerakan liberalisme, sosialisme dan usaha buat pemerintahan sendiri oleh orang Scotland. Beliau masih dihormati luas dan sering dipetik oleh para penggiat politik hari ini, termasuk para ahli politik konservatif kerana semenjak kematiannya, Burns menjadi sebahagian daripada identiti kebangsaan orang Scotland. Mungkin, kebolehan Burns untuk menarik minat orang daripada semua kelompok pendapat politik Scotland inilah yang membawa kepada beliau dilihat sebagai penyair kebangsaan Scotland.

Beliau sering disebut sebagai seorang pemuisi Romantisme proto, dan beliau banyak mempengaruhi William Wordsworth, Samuel Taylor Coleridge dan Percy Bysshe Shelley. Selepas kematian beliau para peminat sastera di Edinburgh berusaha untuk menggambarkan kehidupannya dengan cara sentimental, dengan menepis pendidikannya dengan menggelarnya "seorang petani yang didik syurga" (heiven-teachit pleuchman). Burns mempengaruhi penulis-penulis berbangsa Scotland yang terkemudian, terutama sekali Hugh MacDiarmid yang yang berusaha untuk merombak kultus sentimental yang beliau fikirkan telah menyelubungi kesusasteraan Scotland.

Pautan luar sunting

Bahasa Scots dan Inggeris