Robert Oppenheimer

Julius Robert Oppenheimer (22 April 1904 – 18 Februari 1967) ialah ahli fizik teori Amerika serta profesor fizik Universiti California, Berkeley. Oppenheimer ialah ketua perang dalam Makmal Los Alamos dan lazimnya disifatkan sebagai "bapa bom atom" disebabkan oleh penglibatannya dalam Projek Manhattan ketika Perang Dunia Kedua yang bertujuan untuk membangunkan senjata-senjata nuklear terawal dunia.

J. Robert Oppenheimer
Head and shoulders portrait
J. Robert Oppenheimer, sekitar 1944
Kelahiran(1904-04-22)22 April 1904
Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat
Meninggal dunia18 Februari 1967(1967-02-18) (umur 62)
Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat
WarganegaraAmerika
Pusat pendidikanKolej Harvard
Kolej Christ, Cambridge
Universiti Göttingen
Terkenal keranaPembangunan senjata nuklear
PasanganKatherine "Kitty" Puening (k. 1940)
Anak-anak2
AnugerahAnugerah Enrico Fermi (1963)
Kerjaya saintifik
BidangFizik teori
InstitusiUniversiti California, Berkeley
Institut Teknologi California
Makmal Los Alamos
Institute for Advanced Study
TesisZur Quantentheorie kontinuierlicher Spektren[1] (1927)
Penasihat kedoktoranMax Born
Pelajar kedoktoranSamuel W. Alderson
David Bohm
Robert Christy
Sidney Dancoff
Stan Frankel
Willis Eugene Lamb
Harold Lewis
Philip Morrison
Arnold Nordsieck
Melba Phillips
Hartland Snyder
George Volkoff
Tandatangan
Catatan kaki / rujukan
Abang kepada ahli fizik Frank Oppenheimer

Awal hidup sunting

Robert dilahirkan di New York City pada 22 April 1904.[2]:5-11 Bapanya, Julius Oppenheimer ialah seorang pengimport tekstil yang berpindah dari Jerman ke Amerika Syarikat pada 1888 manakala ibunya, Ella Friedman ialah seorang pelukis dan berasal dari Baltimore.[3] Oppenheimer mempunyai seorang adik lelaki, Frank yang turut menjadi seorang ahli fizik.[2]:16 Oppenheimer mendapat pendidikan awal di Alcuin Preparatory School dan memasuki Ethical Culture Society School pada 1911.[2]:35

Robert mendapat pendidikan tinggi di Kolej Harvard (kolej prasiswazah Universiti Harvard) ketika berumur 18 tahun.[2] Setelah itu, Oppenheimer mendapat tawaran belajar di Kolej Christ, Cambridge. Pada 1926, Oppenheimer belajar di Universiti Göttingen bersama dengan Max Born sebelum mendapat taraf Doktor Falsafah ketika berusia 23 tahun pada Mac 1927.[2]

Kerjaya sunting

Pada 1930, Oppenheimer banyak memberi sumbangan dalam bidang fizik atom dan nuklear termasuk kajian-kajian mula mengenai bintang neutron dan lohong hitam yang sudah diabaikan astronomi dalam jangka waktu yang lama.

Projek Manhattan sunting

Selama Perang Dunia Kedua, Oppenheimer memimpin rancangan Projek Manhattan yang bertujuan membangunkan senjata berasaskan atom untuk pihak Amerika Syarikat di Los Alamos, New Mexico. Bom atom pertama kalinya diledak pada 16 Julai 1945 dalam Ujian Trinity di New Mexico. Beliau meluahkan perasaannya menyaksikan peristiwa tersebut memetik separa dari ayat kitab suci Bhagavad Gita mengibaratkan kedudukannya seperti Keresna dalam hikayat Mahabharata yang memujuk Arjuna berperang lalu menayangkan rupa sebenarnya yang hebat dan menggerunkan:[4]

"Now I am become Death, the destroyer of worlds."
("Kini, aku telah menjadi sang Kematian, pemusnah loka-loka.").[4][nota 1]

Pada 1947, beliau menjadi pengarah Institute of Advanced Study di Princeton, New Jersey. Beliau muluh menjadi kuat dimusuhi banyak orang setelah perang kerana telah mengusulkan pengendalian tenaga atom antarabangsa dan menentang pembuatan bom hidrogen, dan pada 1954 Suruhanjaya Tenaga Atom menyatakannya sebagai "orang yang harus diamankan".[6] Setelah peristiwa penjatuhan bom atom oleh AS di Jepun pada tahun 1945 yang membunuh puluhan ribu orang, Oppenheimer menyesali pekerjaannya dan menyerukan agar tenaga atom digunakan untuk kepentingan yang damai.

Persaraan dan senja hidup sunting

Beliau berhijrah ke pulau Saint John dalam Kepulauan Dara Amerika Syarikat di rantau Caribbean pada tahun 1954 di mana beliau mendiami sana untuk beberapa bulan. Beliau membeli sebidang tanah 2-ekar (0.81 he) di Gibney Beach untuk dijadikan rumah penginapannya[7] bersama anaknya Toni dan isterinya Kitty; di sini juga beliau meluangkan masa riadahnya berlayar keliling pulau.[8]

Beliau didiagnos menghidap barah tekak disebabkan tabiat merokoknya yang berat pada tahun 1965. Setelah menjalani beberapa pembedahan yang tidak berjaya, beliau menerima rawatam radiasi dan kemoterapi pada lewat tahun berikutnya.[9] Beliau jatuh koma pada 15 Februari 1967 sebelum akhirnya meninggal dunia di kediamannya di Princeton, New Jersey tulat hari tanggal 18 Februari ketika berusia 62 tahun.

Majlis berkabung memperingatinya diadakan di Dewan Alexander kampus Universiti Princeton dihadiri 600 orang rakan sekerja baik dalam bidang sains mahupun ketenteraan. Mayatnya dibakar dan abu-abu tinggalannya disimpan dalam suatu bekas dibawa isterinya Kitty untuk dicurahkan ke laut tidak jauh dari hadapan rumah persaraan mereka.[10]

Nota sunting

  1. ^ Bait asal dari kitab ini adalah:
    कालोऽस्मि लोकक्षयकृत्प्रवृद्धो लोकान्समाहर्तुमिह प्रवृत्तः।
    kālo'smi lokakṣayakṛtpravṛddho lokānsamāhartumiha pravṛttaḥ (XI,32)[5]
    Oppenheimer menerjemahkan terus daripada bahasa Sanskrit dipelajari dan difahami beliau sendiri.[4]

Bibliografi sunting

  • Oppenheimer, J. Robert (1954). Science and the Common Understanding. New York: Simon and Schuster. OCLC 34304713.
  • Oppenheimer, J. Robert (1955). The Open Mind. New York: Simon and Schuster. OCLC 297109.
  • Oppenheimer, J. Robert (1964). The Flying Trapeze: Three Crises for Physicists. London: Oxford University Press. OCLC 592102.
  • Oppenheimer, J. Robert; Rabi, I.I (1969). Oppenheimer. New York: Scribner. OCLC 2729. (pascakematian)
  • Oppenheimer, J. Robert; Smith, Alice Kimball; Weiner, Charles (1980). Robert Oppenheimer, Letters and Recollections. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. ISBN 978-0-674-77605-0. OCLC 5946652. (pascakematian)
  • Oppenheimer, J. Robert; Metropolis, N.; Rota, Gian-Carlo; Sharp, D. H. (1984). Uncommon Sense. Cambridge, Massachusetts: Birkhäuser Boston. ISBN 978-0-8176-3165-9. OCLC 10458715. (pascakematian)
  • Oppenheimer, J. Robert (1989). Atom and Void: Essays on Science and Community. Princeton, New Jersey: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-08547-0. OCLC 19981106. (pascakematian)

Rujukan sunting

  1. ^ Robert Oppenheimer di Mathematics Genealogy Project
  2. ^ a b c d e Cassidy, David (2005). J. Robert Oppenheimer and the American Century. New York: Pi Press. ISBN 978-0-13-147996-8. OCLC 56503198.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ Bird, Kai; Sherwin, Martin J. (2005). American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer. New York: Alfred A. Knopf. ISBN 978-0-375-41202-8. OCLC 56753298.CS1 maint: ref=harv (link)
  4. ^ a b c Hijiya, James A. (June 2000). "The Gita of Robert Oppenheimer" (PDF). Proceedings of the American Philosophical Society. 144 (2). ISSN 0003-049X. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada November 26, 2013. Dicapai pada December 23, 2013.
  5. ^ "Chapter 11. The Universal Form, text 32". Bhagavad As It Is. Dicapai pada 24 October 2012.
  6. ^ Susilo, Taufik Adi. Ensiklopedi Pengetahuan Dunia Abad 20. Javalitera. Yogyakarta, 2010. m/s 32-33
  7. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 566–569
  8. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 573
  9. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 585–588
  10. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 588
Sumber utama

Pautan luar sunting