Roberto Carlos Da Silva Rocha (lahir pada 10 April 1973) merupakan seorang pemain bola sepak dari Brazil. Beliau beraksi di posisi Pertahanan ketika bermain dan juga merupakan pakar sepakan percuma.

Roberto Carlos
Maklumat peribadi
Nama penuh Roberto Carlos Da Silva Rocha
Tarikh lahir (1973-04-10) 10 April 1973 (umur 50)
Tempat lahir Sao Paulo, Brazil
Ketinggian 1.68 cm (5 ka 6 in)
Posisi permainan Bek kiri
Nombor 3
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1993-1995 Palmeiras 78 (8)
1995-1996 Inter Milan 34 (7)
1996-2007 Real Madrid 522 (67)
2007-2009 Fenerbahçe 103 (10)
2010-2011 Corinthians 61 (5)
2011-2012 Anzhi Makhachkala 32 (5)
Pasukan kebangsaan
1992-2006 Brazil 125 (11)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Karier sunting

Palmeiras (1993-1995) sunting

Roberto bukan seperti pemain Brazil yang lain cepat berkembang awal di usia remaja. Ia hanya mendapatkan kontrak profesional pertamanya pada tahun 1993 ketika itu ia berumur 20 tahun. Sebelum kelab brazil Palmeiras ini mendapatkannya, terdahulu ia adalah pemain dari kelab Unio Sao Joao iaitu kelab semasa remajanya.

Walaupun agak terlambat debutnya sebagai Pemain Bola Sepak Profesional, ia membuat dampak langsung di Palmeiras dan ia memainkan sebahagian besar perlawanan di dua musim dengan kelab itu dengan menjaring 5 gol dalam 68 penampilan.

Inter Milan (1995-1996) sunting

Semasa bersama Inter Milan pada tahun 1995-1996, ia hanya bermain satu musim saja dengan kelab Itali itu kerana ia merasakan kekuatan kejuaraan Eropah dan Seria A menjadi salah satu yang paling defensif di dunia. Pada musim 1995-1996, ia dipanggil untuk bermain dalam skuad kebangsaan Brazil tapi sayang sekali, kemampuan dan potensinya tidak boleh dilihat kerana ia kerap duduk dibangku simpanan.

Real Madrid sunting

Pada musim panas tahun 1996, Real Madrid secara rasmi membelinya untuk ke Santiago Bernabeu. Ketika bersama Real Madrid kariernya cepat melonjak dan menjadi bek kiri yang paling susah ditandingi sehingga kini. Di Real, Carlos bermain untul 11 musim dan mengumpul 47 gol dalam 370 penampilan di La-Liga. Jumlah gol keseluruhannya ketika bersama Real Madrid ialah menjaringkan 71 gol di semua pertandingan. Pada sesuatu perlawanan membolehkan para peminat tetap mengingatkan fakta bahawa ia bermain sebagai bek kiri. Dia memberi bantuan kepada Zinedine Zidane sehingga tercipta gol kemenangan Real Madrid di final. Los Blancos menang 2-1 ke atas Bayer Leverkusen dan membolehkan Los Blancos menjuarai La-Liga pada musim 2001-2002.

Secara konsisten menunjukkan standard tinggi dalam bermain, Carlos terpilih dalam UEFA Team Of The Year 2002 dan 2003. Tarikh 2 Ogos 2005, Dia rasmi memiliki dua kewarganegaraan Brazil dan Sepanyol. Hal ini membuktikan pentingnya Carlos bagi Real Madrid. Pada bulan januari 2006 ia memecahkan rekod di real madrid sebagai pemain paling banyak bermain bagi kelab tersebut dengan 330 penampilan. Carlos memecahkan rekod sebelumnya dipegang Alfredo Di Stefano dengan 329 penampilan.

Skuad Kebangsaan Brazil (1992-2006) sunting

Roberto Carlos telah bermain 125 Kali untuk skuad kebangsaan Brazil dan telah menjaringkan 11 gol. Ia turut bermain untuk Brazil dalam 3 edisi Piala Dunia FIFA iaitu 1998, 2002 dan 2006.

Lihat juga sunting

Pautan Luar sunting