Rodney Martin ialah seorang bekas pemain skuasy profesional dari Australia. Dia dikenali sebagai pemenang Skuasy Terbuka Dunia pada tahun 1991 selepas menumpaskan pemain legenda dari Pakistan, Jahangir Khan (14-17, 15-9, 15-4, 15-13). Martin juga ialah sebahagian daripada pasukan Australia yang memenangi Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia pada tahun 1989, (dia menewaskan Jasher Khan dalam perlawanan akhir untuk Australia menewaskan Pakistan 3-0). Martin juga adalah naib juara Terbuka British sebanyak tiga kali (1988-1990). Dalam kesemua perlawanan itu, dia tewas kepada Jahangir Khan.

Sejak bersara daripada menjadi seorang pemain, Martin telah bekerja sebagai jurulatih skuasy di Institut Sukan Asutralia.

Martin datang daripada keluarga yang terkenal dalam bidang skuasy. Abangnya Brett Martin dan adik perempuannya, Michelle Martin juga ialah pemain skuasy terkemuka.

Pautan luar sunting