Rodrigo Ely (lahir 3 November 1993) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Brazil yang bermain di posisi pertahanan untuk kelab Milan.

Rodrigo Ely
Maklumat peribadi
Nama penuh Rodrigo Ely
Tarikh lahir (1993-11-03) 3 November 1993 (umur 30)
Tempat lahir Lajeado, Brazil
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Centre Back
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 4
Kerjaya remaja
2011–2012 Grêmio
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2014 Milan 0 (0)
2012–2013Reggina (pinjaman) 27 (1)
2013–2014Varese (pinjaman) 39 (0)
2014–2015 Avellino 33 (0)
2015– Milan 3 (0)
Pasukan kebangsaan
2011–2012 Itali B19 7 (0)
2012 Itali B20 3 (0)
2014– Brazil B23 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15 Disember 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 17 November 2014

Kerjaya kelab sunting

Rodrigo Ely merupakan produk bagi kelab Brazil, Grêmio sebelum menyertai Milan pada 2010. Beliau dipinjam ke beberapa kelab Itali iaitu Reggina pada 2012 dan Varese pada 2013 sebelum berpindah ke Avellino.

Pada 21 Julai 2014, Ely sertai kelab Avellino secara percuma. Selepas satu musim di Avellino, Ely berpindah semula ke Milan pada 10 Jun 2015 kerana prestasi beliau di Avellino yang memukau. Beliau menandatangani kontrak sehingga 30 Jun 2019. Walaupun beliau menjadi ejen bebas sebelum berpindah ke San Siro, Mian terpaksa membuat bayaran kepada pihak tidak diketahui dengan kos 8 juta euro.

Beliau membuat debut untuk Milan pada perlawanan pembukaan musim 2015-16 menentang Fiorentina yang berkesudahan Milan tewas 2-0. Pada perlawanan itu juga, beliau dilayang kad kuning kedua lalu dibuang padang.[1]

Kerjaya antarabangsa sunting

Ely sebenarnya bermain untuk pasukan bawah-19 dan pasukan bawah-20 Itali,[2] tetapi beliau dipanggil oleh Alexandre Gallo untuk menyertai pasukan bawah-23 Brazil yang mengambil bahagian di Sukan Olimpik 2016.[3]

Statistik kerjaya sunting

Sehingga 4 Oktober 2015
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Reggina (pinjaman) 2012-13 27 1 3 0 30 1
  Varese (pinjaman) 2013-14 37 0 2 0 2 0 41 0
  Avellino 2014-15 30 0 2 0 3 0 35 0
  Milan 2015-16 3 0 1 0 4 0
Jumlah kerjaya 97 1 8 0 5 0 110 1

Catatan sunting

  1. ^ http://au.soccerway.com/matches/2015/08/23/italy/serie-a/acf-fiorentina/ac-milan/2120377/?ICID=PL_MS_05
  2. ^ "Rodrigo Ely". accessed 19 September 2015
  3. ^ "Avellino's Rodrigo Ely and Livorno full-back Maicon turn down Italy to represent Brazil". accessed 19 September 2015