Roger Federer

Profesional tenis Switzerland

Roger Federer merupakan seorang pemain tenis lelaki dari Switzerland. Beliau menjadi pemain nombor satu di dunia sejak 2 Februari 2004. Beliau sering dianggap sebagai antara pemain paling hebat di dunia.

Roger Federer
NegaraSwitzerland
ResidenBottmingen, Switzerland
Ketinggian1.85 m (6 ka ​ 1316 in)
Berat85.0 kg (187.4 lb; 13.39 st)[1]
Menjadi pro1998
GayaTangan kanan; pukulan kilas satu tangan
Wang hadiahUS$ 49,475,219
Perseorangan
Rekod kerjaya657–155 (80.9%)[2]
Kejuaraan kerjaya60
Ranking tertinggiNo. 1 (2 Februari 2004)
Ranking semasaNo. 2 (4 Mac 2013)
Keputusan Perseorangan Grand Slam
Terbuka AustraliaW (2004, 2006, 2007)
Terbuka PerancisW (2009)
WimbledonW (2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2009)
Terbuka ASW (2004, 2005, 2006, 2007, 2008)
Kejohanan lain
Tour FinalsW (2003, 2004, 2006, 2007)
Sukan Olimpik4th place (2000)
Beregu
Rekod kerjaya112–72
Kejuaraan kerjaya8
Ranking tertinggiNo. 24 (9 Jun 2003)
Keputusan Beregu Grand Slam
Terbuka Australia3R (2003)
Terbuka Perancis1R (2000)
WimbledonQF (2000)
Terbuka AS3R (2002)
Other Doubles tournaments
Olympic Games Pingat Emas (2008)
Terakhir dikemaskini pada: 6 Julai 2009.
Rekod pingat Olimpik
Mewakili   Switzerland
Tenis
Pingat emas – tempat pertama Beijing 2008 Beregu Lelaki

Federer telah memenangi Grand Slam 15 kali, Piala Masters Tenis tiga kali, serta ATP Masters Series 14 kali dalam kerjayanya. Kini, beliau memegang rekod menang dalam tiga Grand Slam dalam setahun untuk tiga tahun (2004, 2006 dan 2007), mencapai perlawanan akhir dalam sepuluh Grand Slam berturut-turut, serta rekod bersama memenangi Kejohanan Wimbledon lima kali berturut-turut dari 2003 hingga 2007.

Beliau merupakan satu-satunya pemain yang mencapai perlawanan akhir setiap Grand Slam untuk dua tahun berturut-turut dari 2006 hingga 2007, serta memenangi kedua-dua Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat empat tahun berturut-turut.

Kerjaya sunting

2001-2003 sunting

Federer memenangi pertandingan ATPnya yang pertama pada Februari 2001 di Milan. Beliau mencapai suku akhir di Wimbledon, mangalahkan Pete Sampras dalam pusingan keempat. Pada 2002, beliau mencapai perlawanan akhir Masters Series pertamanya di Masters Miami, tetapi ditewaskan oleh Andre Agassi. Jurulatihnya Peter Carter meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada Ogos 2002, dan ini dikatakan begitu menyedihkan bagi Federer. Federer kalah dalam Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka AS pada pusingan awal. Pada 2003, beliau mencapai pusingan 16 akhir Terbuka Australia tetapi kalah dalam pusingan pertama Terbuka Perancis. Namun, beliau berjaya memenangi Grand Slam pertamanya dalam Wimbledon, dengan mengalahkan Mark Philippoussis dalam perlawanan akhir dan hanya tewas satu set dalam seluruh kejohanan. Walaupun Federer kalah dalam pusingan 16 akhir Terbuka AS, beliau memenangi Piala Masters Tenis, dengan mengalahkan Andre Agassi dalam perlawanan akhir.

2004 sunting

Tahun 2004 merupakan tahun cemerlang bagi Federer. Beliau memenangi tiga daripada empat Grand Slam, dan menjadi pemain nombor satu di dunia selepas Terbuka Australia di mana beliau menewaskan Marat Safin dalam perlawanan akhir. Beliau menewaskan Andy Roddick dan Lleyton Hewitt dalam perlawanan akhir Wimbledon dan Terbuka AS masing-masing. Beliau juga meraih Piala Masters Tenis dengan mengalahkan Lleyton Hweitt dalam perlawanan akhir. Federer hanya gagal memenangi Terbuka Perancis serta pingat emas Olimpik Athens 2004.

2005-2006 sunting

Federer memulai tahun 2005 ditewaskan oleh Marat Safin dalam separuh akhir Terbuka Australia. Beliau juga dikalahkan oleh Rafael Nadal dalam separuh akhir Terbuka Perancis. Safin dan Nadal memenangi Terbuka Australia dan Terbuka Perancis masing-masing. Beliau berjaya mempertahankan kejuaraan Wimbledon dan Terbuka ASnya, tetapi kalah kepada David Nalbandian dalam perlawanan akhir Piala Masters Tenis 2005. Pada 2006, beliau sekali lagi memenangi tiga daripada empat Grand Slam, serta mengekalkan diri sebagai pemain nombor satu. Dalam Terbuka Perancis, Federer gagal menewaskan juara bertahan Rafael Nadal dalam perlawanan akhir. Beliau turut memenangi Piala Masters Tenis.

2007 sunting

Federer memenangi Terbuka Australia, menewaskan Fernando González dalam perlawanan akhir. Pada Mei, Federer menewaskan Nadal dalam Masters Hamburg, kali pertama dalam permukaan liat. Namun, Federe masih kalah kepada Nadal dalam perlawanan akhir Terbuka Perancis 6-3, 4-6, 6-4, 6-3. Federer berjaya meraih Wimbledon (7-6, 4-6, 7-6, 2-6, 6-2 menewaskan Nadal) dan Terbuka AS (7-6, 7-6, 6-4 menewaskan Novak Đoković). Selepas itu, Federer tewas kepada David Nalbandian dalam pertandingan Masters Madrid dan Masters Paris berturut-turut.

Rujukan sunting

  1. ^ ATP website profile of Roger Federer
  2. ^ "ATP website profile of Roger Federer". Atpworldtour.com. Dicapai pada 2009-07-01.

Pautan luar sunting