Rolet Rusia ([Русская рулетка, Russkaya ruletka] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) merupakan sejenis permainan adu nasib yang boleh membawa maut, di mana pemain meletakkan sebutir peluru di dalam sepucuk revolver, memutar silinder, menghalakan muncung revolver di bahagian atas kepala mereka dan seterusnya menarik picu. Istilah "Rusia" merujuk kepada negara di mana permainan tersebut dikatakan berasal, manakala istilah rolet pula merujuk kepada unsur pengambilan risiko serta putaran silinder revolver yang menyerupai perbuatan memusingkan roda rolet.

Sepucuk revolver yang digunakan dalam rolet Rusia.

Bentuk permainan boleh jadi bergantung kepada pemain ataupun motif mereka (seperti menunjukkan keberanian, kebosanan, bunuh diri dsb.), tetapi biasanya sebutir peluru hidup yang dipasang pada revolver 6 peluru menghasilkan kebarangkalian 1/6 (atau lebih kurang 16.67%) untuk peluru tersebut ditembak. Pemain memegang revolver dengan jari telunjuk pada picu dan muncung revolver pada bahagian pelipis. Seterusnya picu ditarik sekali. Tidak kira kedudukan seseorang pemain, masing-masing mempunyai kebarangkalian yang sama. Silinder revolver boleh diputar semula untuk menetapkan semula keadaan permainan, ataupun picu boleh ditarik lagi. Penggunaan revolver yang mempunyai kapasiti peluru yang kurang ataupun penambahan peluru hidup di dalam silinder boleh meningkatkan kebarangkalian bagi seseorang pemain untuk dibunuh ketika permainan.

Sejarah sunting

Beberapa kes kematian melibatkan remaja berlaku sejurus selepas pelancaran filem The Deer Hunter menyebabkan pihak polis serta media menyalahkan filem tersebut yang mengandungi adegan rolet Rusia, dengan mengatakan ia mempengaruhi belia.[1]

Variasi sunting

Dengan anggapan bahawa dua pemain secara bergilir-gilir memutar dan menembak revolver agar setiap giliran mempunyai kebarangkalian kegagalan sebanyak 1/6 sehinggalah salah seorang ditembak mati. Jika terdapat lebih daripada 2 pemain, kebarangkalian awal untuk ditembak mati adalah sebanyak 1/6, tetapi angka tersebut akan berubah setiap kali picu ditarik tanpa memutar semula revolver. Pemain kedua mempunyai kebarangkalian 1/5 (20%) untuk dibunuh, manakala pemain ketiga pula mempunyai kebarangkalian 1/4 (25%). Sebaik sahaja tiba giliran pemain keenam, kebarangkalian untuk ditembak mati adalah 100% dengan anggapan peluru tersebut adalah peluru hidup.

Dalam kes sebelumnya di mana pemain memutarkan semula kelongsong peluru, permainan boleh berterusan tanpa had dan kaki judi boleh bertaruh mengenai pemain mana yang terus bertahan serta berapa banyak pusingan permainan tersebut berlangsung.

Asal Muasal sunting

Menurut pendapat Andrew Clarke, permainan ini disebutkan dalam cerpen "The Fatalist", yang ditulis tahun 1840 dan merupakan sebahagian daripada koleksi A Hero of Our Time oleh Mikhail Lermontov, seorang karyawan Rusia.[2] Dalam cerita, yang berlatarkan perkampungan Cossack, protagonis dalam kisah, Grigory Alexandrovich Pechorin, mengatakan bahawa tidak ada takdir dan mencadangkan pertaruhan bagi membuktikan ucapannya. Grigory menaruh kira-kira sebanyak dua puluh keping emas di atas meja. Leftenan dragoons Tsar, Vulič, seorang lelaki asal Serbia yang gemar berjudi, menerima cabaran itu dan secara rawak mengambil revolver dari soketnya. Vulic menabur serbuk mesiu ke dalam silinder kosong kemudian memutar-mutar dengan kencang bahagian silinder. Tiada siapa yang tahu di silinder manakah, peluru revolver itu dimasukkan. "Tuan-tuan dan Puan-puan! Siapakah yang ingin membayar 20 keping emas bagi saya?", tanya Vulič sambil meletakkan muncung revolver itu ke dahinya. Vulic kemudian meminta Grigory bagi melemparkan kad permainan ke udara, dan apabila kad itu mendarat, dia akan menekan picu pistol. Senjata itu melepaskan tembakan kosong, tetapi apabila Vulič memicit-micitkan revolvernya sekali lagi dan mengarahkannya ke peak cap yang tergantung di atas tingkap, satu tembakan berbunyi dan asap memenuhi bilik itu.[3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.snopes.com/movies/films/deerhunt.htm
  2. ^ "The Deer Hunter Roberto Leoni Movie Reviews". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-11. Dicapai pada 13 October 2019.
  3. ^ "The Fatalist. Mikhail Lermontov. English Translation". LiveJournal.com. 18 October 2017. Dicapai pada 13 October 2019.

Pautan luar sunting