Rouen (sebutan /ʀuɑ̃/ dalam Bahasa Perancis, kadangkala juga /ʀwɑ̃/) merupakan ibu kota sejarah untuk Normandy, di barat laut Perancis di Sungai Seine, dan kini ibu kota région Haute-Normandie (Normandy Hulu). Pada seketikanya salah satu bandar yang terbesar dan terkaya di Eropah abad pertengahan, Rouen merupakan tempat duduk Exchequer Normandy pada Abad Pertengahan. Rouen merupakan salah satu ibu kota dinasti-dinasti Anglo-Norman, yang memerintah kedua-duanya England dan kebanyakan Perancis masa kini dari abad ke-11 hingga abad ke-15. Adalah di Rouen bahawa Joan of Arc dibakar sampai mati pada 1431. Orang-orang dari Rouen dipanggil Rouennais.

Komun Rouen
Lokasi
Koordinat 49°26′38″U, 1°6′12″T
Pentadbiran
Negara Perancis
Kawasan Haute-Normandie (ibu kotal)
Departmen Seine-Maritime (prefektur)
Arrondissement Rouen
Kanton Bandar utama 7 kanton
Antara komun Agglomération de Rouen
Datuk Bandar Pierre Albertini
(2001-2008)
Statistik
Ketinggian 2 m–152 m
(avg. 10 m)
Keluasan daratan¹ 21.38 km²
Jumlah penduduk²
(1999)
106,592
 - Kepadatan (1999) 4,986/km²
Lain-lain
INSEE/Kod pos 76540/ 76000
¹

Data Daftar Tanah Perancis yang tidak merangkumi tasik, kolam, glasier, > 1 km² (0.386 batu persegi atau 247 ekar) dan muara sungai.

² Population sans doubles comptes: kiraan tunggal penduduk berbilang komun (misalnya, pelajar dan kakitangan tentera).
France

Bilangan penduduk kawasan metropolitan ini (dalam Bahasa Perancis: aire urbaine) dalam census 1999 ialah seramai 518,316 orang. Bandar sendiri (city proper) mempunyai penduduk seramai 106,592 orang.


Sejarah sunting

Rouen ialah kota yang diasaskan oleh orang Gaul yang memanggilnya Ratumacos, dengan orang Rom kemudian menamainya semula sebagai Rotomagus. Ia merupakan kota utama Secunda Provincia Lugdunensis di bawah Maharaja Constantine. Pada abad ke-5, Rouen menjadi pusat kawasan biskop dan kemudiannya ibu kota Neustria. Pada abad ke-9, ia ditakluki oleh orang Norman dan sejak dari tahun 912, merupakan ibu kota Normandy serta tempat kediaman para duke.

Pada dekad 1100-an, Rouen menjadi tapak untuk sebuah institusi yeshiva bagi membelajari Torah Yahudi; ketika itu, sekitar 6,000 orang Yahudi tinggal di kota ini dan merupakan 20% daripada jumlah penduduk, selain daripada sebilangan besar orang Yahudi yang terselerak di kira-kira 100 buah komuniti lagi di Normandy. Tinggalan yeshiva yang dikekalkan dengan baik ditemui pada dekad 1970-an di bawah tapak Mahkamah-mahkamah Rouen, dengan komuniti ini kini membaik pulihnya.

Pada 24 Jun 1204, Philippe Auguste memasuki Rouen dan mengilhakkan Normandy untuk Kerajaan Perancis.

Semasa Perang Seratus Tahun pada 19 Januari 1419, Rouen menyerah kalah kepada Henry V dari England yang menjadikan Normandy sebagai sebahagian England. Joan dari Arc dibakar hidup-hidup di pancang di Rouen pada 30 Mei 1431, dan Perancis menawan semula kota ini pada tahun 1449.

Rouen dimusnahkan secara teruk dalam Perang Dunia II pada Hari-D, dan gereja termasyhurnya hampir termusnah oleh pengeboman Pihak Berikat. Semasa pendudukan Nazi, Tentera Laut Jerman bermarkas di sebuah chateau di kampus pusat pengajian perniagaan École Supérieure de Commerce de Rouen.

Pentadbiran sunting

Rouen ialah ibu kota région Haute-Normandie (Hulu Normandy), serta juga komun dan préfecture (ibu kota) département Seine-Maritime.

Rouen serta 36 buah komun subbandar kawasan metropolitan membentuk Komuniti Pengaglomeratan Rouen Haute-Normandie, dengan 393,621 orang penduduk semasa banci tahun 1999.

Galeri gambar sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting


Templat:Préfectures of départements of France Templat:Préfectures of régions of France

Error: tiada nama laman disertakan (help).