Royal Knights ialah anggota kumpulan fiksyen daripada francais media Digimon. Mereka merupakan sekumpulan kesatria yang mulia yang berjuang untuk menegakkan keadilan serta menjaga keselamatan rangkaian Digital World.

Royal Knights
(ロイヤルナイツ)
PengasasMod Imperialdramon Paladin
KetuaAlphamon (dahulu)
Omnimon (kini)

Royal Knights digambarkan sebagai hamba kepada dewa Digital World - Yggdrasil dalam Digital Monster X-Evolution dan Digimon Data Squad (dikenali sebagai Raja Drasil dalam Data Squad), serta Lucemon dalam Digimon Frontier.

Kemunculan sunting

Kemunculan utama Royal Knights adalah dalam siri Digital Monster X-Evolution, anime Digimon Frontier dan Digimon Data Squad, dan manhua D-Cyber. Sesetengah spesies yang merupakan anggota Royal Knights, khususnya Omnimon, Magnamon, Gallantmon, dan UlForceVeedramon, juga muncul sebagai rakan Digimon yang bukan anggota Royal Knights.

Digimon Frontier sunting

 
Dynasmon and Crusadermon

Royal Knights yang muncul dalam siri Digimon Frontier (Dynasmon dan Crusadermon) ialah hamba kepada Lucemon, penjahat purba. Kedua-dua mereka berkhidmat di bawah Lucemon supaya Luceon akan memberi mereka jalan masuk ke dunia manusia demi diperintah mereka. Walaupun kedua-dua kesatria ialah penjahat, Baromon menjelaskan bahawa pada suatu ketika, "Royal Knights pernah berjuang untuk keadilan."

Kedua-dua Royal Knights diperkenalkan selepas kekalahan Cherubimon oleh Legendary Warriors. Mereka dengan mudah menewaskan Legendary Warriors, dan kemudian bertolak untuk mengumpulkan kod fraktal bagi setiap daerah Digital World demi membebaskan Lucemon dari Dark Area (Kawasan Gelap). Meskipun Legendary Warriors mencuba menghalang Knights setiap kali, Knights akhirnya berjaya memperoleh setiap kod fraktal daerah tersebut lalu membebaskan Lucemon, dengan Lucemon menyertai mereka buat tempoh yang singkat. Lucemon menghantar pasangan itu untuk menewaskan Legendary Warriors tetapi mereka dikalahkan oleh EmperorGreymon dan MagnaGarurumon. Namun Lucemon bukan sahaja tidak membantu mereka, dia mengambil kesempatan daripada keadaan lemah pasangan itu untuk memperoleh data mereka supaya dapat digivolusi ke peringkat Lucemon Chaos Mode berikut yang lebih tinggi.

Digimon X-Evolution sunting

Royal Knights yang muncul dalam siri Digimon X-Evolution (Omnimon, Gallantmon, Magnamon, Alphamon, dan Crusadermon) ialah pelindung Digital World, dan pada awalnya berkhidmat di bawah superkomputer Yggdrasil.

Dalam filem ini, tentera Yggdrasil melakonkan "Project Ark" yang direka untuk mengurangkan beban lebih data melalui pemindahan sejumlah kecil Digimon kepada "Digital World yang baharu" lalu membiarkan yang baki dikorbankan bersama-sama penghapusan dunia lama. Untuk menjalankan rancangan ini, Yggdrasil menghantar Royal Knights untuk menghapuskan sesiapa yang campur tangan. Gallantmon menentang genosid itu lalu dibunuh. Disebabkan peristiwa itu yang membangkitkan keraguan Omnimon, Omnimon akhirnya membantu Dorumon yang penuh misteri. Dorumon kemudian didedahkan sebagai Alphamon, ketua legenda Royal Knights. Pasangan itu mendatangi Yggdrasil dan akhirnya, Omnimon menyelamatkan Digital World dengan membunuh tuannya.

D-Cyber sunting

Sepuluh ribu tahun sebelum peristiwa dalam cerita ini, "Holy Knights" menewaskan Dexmon dan menyimpannya sebagai Digi-teras. Bertahun-tahun kemudian, satu virus menjangkit dunia digital, dan hanya mereka yang memiliki Antibodi X terselamat. Tiga anggota Royal Knights yang terselamat muncul sebagai sekutu dalam cerita Digidestined - Omega of Power (Omnimon X), Duke of Courage (Gallantmon X), dan Magna of Miracles (Magnamon X). Pada akhir cerita, Dorumon didedahkan sebagai Alphamon, ketua mereka yang lama hilang.

Digimon Data Squad sunting

 
Sembilan daripada anggota Royal Knights dalam pembukaan kedua

Dalam siri Digimon Data Squad (DATS), Royal Knights masih merupakan orang bawahan kepada Yggdrasil (kini digelar Raja Drasil). Digimon Data Squad juga menggambarkan himpunan anggota Royal Knights yang terbesar, dengan kemunculan 9 daripada 13 anggotanya.

Sebelum peristiwa yang berlaku dalam siri ini, Raja Drasil memutuskan bahawa, akibat jenayah manusia (sebahagian besar daripada itu sebenarnya merupakan perbuatan Akihiro Kurata), manusia terlalu berbahaya dibiarkan hidup. Walaupun Raja Drasil diyakinkan oleh Spencer Damon agar menunggu, percanggahan antara Dunia Manusia dan Dunia Digital yang akan berlaku tidak lama lagi menyebabkannya mengawalkan rancangannya. Justera, dia menghantar Knights untuk menghapuskan manusia keseluruhannya. Sebelum mereka bermula, Knights bertemu dengan DATS tetapi dihalang daripada menghapuskan mereka sama sekali oleh campur tangan kesatria jahat, Sleipmon (yang didedahkan sebagai Kudamon, sekutu kepada Komander Sampson).

Penghapusan dunia manusia bermula selepas itu dengan pertempuran antara Gallantmon dan Sleipmon. Pertempuran itu berakhir dengan kedua-dua pihak terkurung di dalam ais. LoadKnightmon dan Leopardmon turut bertempur, dengan Craniamon menyerahkan kepada DATS selepas mendapati bahawa kuasa Raja Drasil tidak mutlak.

Craniamon kemudian ke Dunia Manusia untuk menggantikan BanchoLeomon yang sedang memisahkan kedua-dua dunia. Akhirnya, anggota Knights yang lain juga memutuskan untuk menentang Raja Drasil lalu menyertai Craniamon dalam pemisahan kedua-dua dunia. Namun kekuatan gabungan Knights berjaya memisahkan kedua-dua dunia dengan cukup lama bagi DATS mengalahkan Raja Drasil. Selepas itu, mereka mengucapkan terima kasih kepada manusia lalu kembali ke Digital World.

Anggota Royal Knights sunting

Kumpulan Royal Knights terdiri daripada 13 anggota (dua antaranya masih belum diketahui). Dalam cerita muka belakang yang dicipta oleh Bandai, kumpulan itu dikatakan diasaskan oleh Imperialdramon Paladin Mode. Bagaimanapun, dia sebenarnya bukan salah seanggota kumpulan.

Semua anggota Royal Knights yang diketahui ialah kesatria Mulia [1] Digimon yang berperingkat Mega, kecuali Magnamon yang merupakan Digimon Perisai, dengan peringkat kuasa Mega.

Alphamon sunting

Alphamon
(アルファモン)
 
PeringkatMega
Muncul dalamDigital Monster X-Evolution, Digimon Data Squad
Pelakon suaraMinami Takayama (Jepun)
Digivolusi daripadaGrademon (D-Cyber)
DoruGreymon (X-Evolution)
SifatVaksin
Jeniskesatria Mulia Digimon
KeluargaVirus Busters

Alphamon ialah "ketua benar" kepada Royal Knights. Dengan memiliki "Alpha-Gain-Force", satu kuasa yang tidak ada tandingannya, dia direka supaya tidak muncul dalam barisan Royal Knights selama-lamanya dan diberikan gelaran "Lord of the Empty Seat" (Tuan Kerusi Kosong). Alphamon hanya muncul apabila Digital World mengalami krisis yang amat sangat teruk.

Nama Alphamon ialah rujukan kepada alfa, huruf pertama dalam abjad Greek, dengan ini mencipta hubungan tema antara dirinya dan Omnimon (nama Jepunnya Omegamon), dan secara berkesan merujuk kepada konsep Alfa dan Omega.

Digital Monster X-Evolution sunting

Alphamon ialah salah satu watak utama dalam siri Digital Monster X-Evolution.

Dalam filem ini, Alphamon ialah bekas ketua Royal Knights, serta juga bentuk Mega kepada Dorumon. Pada akhir filem ini, dia menggunakan "Ultimate War Blade King Dragon Sword" (Pedang Raja Naga Mata Pedang Perang Muktamad) untuk mengorbankan dirinya dengan menikam kedua-dua dirinya dan Dexmon.

Digimon D-Cyber sunting

Sekali lagi, Alphamon merupakan bentuk akhir Dorumon, sekutu Digimon kepada Hikaru Ryuuji. Dalam manhua, dia didedahkan sebagai Alphamon (ketua kumpulan yang dikenali sebagai Holy Knight dari lama dahulu) dalam pertempurannya yang terakhir dengan Dexmon kuno. Alphamon dan OwRyumon DNA Digivolusi bersama-sama demi membentuk Alphamon (Ultimate War Blade King Dragon). Rupa dan perawakan Alphamon berubah, dengan sayap berbulu di bahagian belakangnya, manakala OwRyumon menjadi pedang War Blade.

Digimon Data Squad sunting

Walaupun Digimon Data Squad (DATS) tidak muncul dalam sebarang episod atau disebut dalam seluruh siri, dia pernah membuat kemunculan kameo yang kecil sebagai bebayang bentuk dalam pembukaan kedua sewaktu berdiri di samping anggota Royal Knights yang lain. DATS merupakan satu-satunya anggota Royal Knights yang didedahkan tetapi tidak pernah membuat sebarang kemunculan dalam siri sebenar.

Serangan

  • Digitalize of Soul: Memanggil raksasa dari dunia yang lain untuk membaham musuhnya. Serangan ini juga digambarkan dalam bentuk penembakan berbilang alur tenaga hijau dari tangannya.
  • Holy Sword Gradalpha: Menggunakan pedang suci dengan nama yang sama, senjatanya yang unik, dalam dimensi yang lain.
  • Ultimate War Blade King Dragon Sword: Menggunakan pedang yang sangat besar untuk menyerang.[2]

Craniamon sunting

Craniamon
(クレニアムモン Craniummon)
 
PeringkatMega
Muncul dalamDigimon Data Squad
Pelakon suaraHiroshi Kamiya (Jepun)
Henry Dittman (Inggeris)
SifatVaksin
Jeniskesatria Mulia Digimon
KeluargaVirus Busters

Craniamon ialah digimon humanoid yang besar, dengan ketopong baja yang kelihatan seolah-olah tengkorak. Dia menggunakan lembing dua mata yang dikenali sebagai "Duo Solar Spear" (Claíomh Solais dalam versi Jepun) serta perisai yang dikenali sebagai "Omni Shield" (Avalon).

Nama Craniamon berasal daripada perkataan kranium, iaitu tengkorak manusia. Ini mungkin merujuk kepada fakta bahawa kepala Caraniamon berbentuk tengkorak.

Digimon Data Squad sunting

Dalam siri Digimon Data Squad, Craniamon ialah anggota Royal Knights yang paling rapat serta juga yang paling setia kepada Raja Drasil. Dia melaksanakan perintah Raja Drasil tanpa ragu-ragu. Jauh sebelum peristiwa dalam siri ini, dia ditewaskan oleh Spencer Damon dan BanchoLeomon dalam pertempuran, sebelum kedua-dua itu bertempur dengan Raja Drasil.

Tidak lama selepas Belphemon dikalahkan, Craniamon mendengar hujah Raja Drasil tentang mengapa manusia perlu dihapuskan, dan bersetuju untuk menjalankan kehendak tuannya. Dia merupakan anggota Royal Knight yang pertama untuk mendatangi anggota DATS dalam pertempuran, dan berjaya mengatasi mereka sehingga Marcus mengaktifkan Burst Digivolution yang mendigivolusikan ShineGreymon menjadi ShineGreymon Burst Mode. Nasib pertempuran berubah tetapi ditamatkan oleh ketibaan Gallantmon dan anggota Royal Knights yang lain yang menewaskan DATS dalam satu serangan. Raja Drasil kemudian sampai dan menitahkan anggota Royal Knights supaya menghapuskan DATS tetapi mereka terganggu oleh Sleipmon yang telah melarikan diri ke Dunia Manusia bersama-sama dengan DATS.

Craniamon kemudian bertempur dengan anggota DATS sekali lagi selepas Raja Drasil memberinya Avalon, perisai yang dikatakan tidak dapat ditembusi. Sesungguhnya, kuasa kesemua DATS 'Burst Mode mampu memecahkan perisai itu hingga hancur berkecai lalu meyakinkan Craniamon bahawa kuasa Drasil tidak mutlak. Craniamon menyerah kalah dan memungkinkan DATS untuk mendatangi Raja Drasil. Selepas itu, dia ke Gunung Fuji untuk menggantikan BanchoLeomon dalam memelihara perpisahan dunia digital dan dunia manusia.

Craniamon melakukan tugas itu dengan susah payah sehingga ketibaan Raja Drasil di Gunung Fuji, disertai oleh anggota Royal Knights yang lain. Mereka kemudian mendapat tahu rancangan Raja Drasil yang benar lalu menyertai Craniamon dalam tugas memisahkan kedua-dua dunia kerana Craniamon semakin lemah, akibat serangan Raja Drasil. Sementara itu, DATS menangkis serangan Raja Drasil. Setelah Raja Drasil ditewaskan, anggota Royal Knights kembali ke Digital World.

Serangan

  • Sharp Ringer (End Waltz): Memutarkan kedua-dua diri sendiri serta Duo Solar Spear demi mencipta gelombang kejutan yang berupaya memusnahkan di sekitarnya.
  • Power of Breath (God Breath): Menggunakan Omni Shield untuk melindungi diri sendiri daripada serangan dari mana-mana arah. Dalam keadaan rasmi, pertahanannya adalah mutlak, disebabkan bantuan daripada Raja Drasil tetapi hanya dapat bertahan selama 3 saat.

Crusadermon sunting

Crusadermon
(ロードナイトモン RhodoKnightmon)
 
PeringkatMega
Muncul dalamDigimon Frontier, Digital Monster X-Evolution, Digimon Data Squad
Pelakon suaraRyotaro Okiayu (Jepun)
Melodee Spevack (Frontier)
Dave Bushnell (Savers)
Digivolusi daripadaKnightmon[3]
SifatVirus
Jeniskesatria Mulia Digimon
KeluargaVirus Busters

Crusadermon, juga dikenali sebagai "LordKnightmon" dan "LoadKnightmon", meskipun telah menjadi seanggota Royal Knights, menonjolkan sifat yang kejam dan tidak menaruh belas kasihan kepada mereka yang lemah. Dia mengamalkan keadilan swatakrif untuk memberi alasan yang kuat bagi ketidakadilannya. Crusadermon dikenali sebagai "hulubalang yang bersikap tidak ambil peduli" serta juga "Hulubalang Harga Diri" dalam versi Jepun dan biasanya dilihat mengambil sekuntum bunga mawar. Dia mengesan keindahan dalam segala benda meskipun tidak lebih daripada keindahan dirinya sendiri. Gayanya seperti wanita (dalam Frontier Crusadermon versi bahasa Inggeris, dia ditampilkan sebagai seorang wanita) tetapi kekuatannya boleh membawa maut. Dia sangat pantas dan rebennya amat sangat tajam dan boleh digunakan untuk memotong apa jua benda. Dia memerintah tentera Knightmon.

Nama Crusadermon berasal daripada perkataan salibi, sepatah istilah untuk hulubalang yang menyertai Perang Salib atau lebih umum lagi, untuk mereka yang berjuang untuk sesuatu tujuan. Nama Jepunnya, RhodoKnightmon, ialah permainan kata untuk Lord Knight dan rodonit. Nama "LordKnightmon" juga digunakan sebagai nama alternatif dalam Digimon World 4 versi bahasa Inggeris, serta juga dalam Digimon Collectible Card Game. Dalam siri animasi Digimon Data Squad, digimon ini dipanggil "LoadKnightmon".

Digimon Frontier sunting

Crusadermon, bersama-sama dengan Dynasmon, ialah penjahat utama dalam Digimon Frontier. Selepas kekalahan Cherubimon, Crusadermon dan Dynasmon mula mengumpulkan data Kod Fractal untuk Lucemon sebagai pertukaran masuk ke dunia manusia.

Dalam pertempuran mereka yang pertama dengan Legendary Warriors, Crusadermon mengatasi MagnaGarurumon dengan mudah sekali. Kedua-dua mereka kemudian bertempur berkali-kali sewaktu Legendary Warriors mencuba menghalang mereka daripada mencuri data Digital World. Crusadermon juga beberapa kali menggunakan sebilangan Knightmon.

Apabila Luceomon akhirnya dilahirkan semula dan Legendary Warriors terpaksa berundur ke Ophanimoon (salah satu daripada tiga bulan Dunia Digital), Crusadermon merayu kepada Lucemon supaya diberikan kunci ke dunia manusia, satu permintaan yang ditolak. Ketika Lucemon akhirnya menghantar Crusadermon dan Dynasmon untuk menjaga kanak-kanak manusia, kedua-dua itu ditewaskan, dengan Kod Fraktal mereka didedahkan. Crusadermon ditewaskan oleh MagnaGarurumon yang meletupkannya pada jarak dekat dengan serangan Magna Lazer. Akhirnya, Lucemon mengkhianati kedua-dua kesatria itu dan menyerap data mereka demi mendigivolusikan diri menjadi Lucemon Chaos Mode.

Dalam alih suara bahasa Inggeris untuk Frontier, Crusadermon telah diubah menjadi seorang Digimon wanita.

Digital Monster X-Evolution sunting

Crusadermon membuat kemunculan kameo dalam Digital Monster X-Evolution sebagai salah satu anggota Royal Knights yang berkhidmat di bawah Yggdrasil - suara Crusadermon dapat didengar dalam satu adegan bersama-sama dengan Magnamon, Omnimon, dan Gallantmon.

Digimon Data Squad sunting

LoadKnightmon diperkenalkan ketika DATS bertemu dengan Royal Knights dan Raja Drasil buat pertama kali. Royal Knights diperintah oleh Raja Drasil supaya menghapuskan DATS, tetapi tiba-tiba terganggu oleh kemunculan Sleipmon, dengan DATS dibawa bersama-samanya.

Selepas anggota Royal Knights berselerak ke seluruh dunia manusia, LoadKnightmon mengetuai seangkatan tentera Knightmon untuk menyerang sebuah lapangan terbang yang terletak berhampiran bandar. Setelah MirageGaogamon dan Shawjamon menangkis Knightmon, LoadKnightmon muncul sendiri dan mengatasi kedua-dua mereka. Hanya apabila Thomas mengaktifkan Burst Mode MirageGaogamon bahawa LoadKnightmon dapat ditewaskan dan dikembalikan menjadi Digi-Telur.

Serangan

  • Fist of Athena/Fist of Fear (Argent Fear): Menumbuk dengan amat sangat kuat menerusi lengan yang dipasang dengan Pile Bunker.
  • Laser Lattice:[4] Mencipta jaring tenaga yang menjulur dari tapak tangan.
  • Scarlet Tempest:[4] Menggunakan bunga mawar yang dibawanya untuk mencipta puting beliung yang terdiri daripada kelopak bunga mawar.

Dynasmon sunting

Dynasmon
(デュナスモン Dunasmon)
 
PeringkatMega
Muncul dalamDigimon Frontier, Digimon Data Squad
Pelakon suara(Ja:) Kenta Miyake (Frontier)
Kazunari Kojima (Savers)
(En:) Derek Stephen Prince (Frontier)
Chris Edgerly (Data Squad)
Digivolusi daripadaSilphymon[3]
SifatData
Jeniskesatria Mulia Digimon
KeluargaVirus Busters

Dynasmon ialah kesatria Digimon yang drakonik dan bersayap. Dia memakai baju zirah Chrome-Digizoid. Antara anggota Royal Knights, dia dikenali untuk kekuatan fizikal yang paling unggul, serta juga pertahanan yang mengagumkan dan kelajuan yang amat sangat pantas kerana keupayaannya untuk terbang. Tambahan lagi, dia berupaya menyerap serangan lawannya demi menambahkan kekuatan sendiri dan dengan itu, menyebabkannya seolah-olah menyerupai lori raksasa yang tidak dapat dihentikan. Dia sangat baik dan sopan-santun, dan mematuhi kod bushido serta juga menghargai keadilan daripada segala yang lain. Justera, dia sudi bersumpah akan taat setia kepada sesiapa jua yang dianggapnya membaktikan hidup kepada perjuangan keadilan, bahkan jika mereka jahat. Dynasmon dikenali sebagai "Passionate Warrior".

Digimon Frontier sunting

Dynasmon, bersama-sama dengan Crusadermon, ialah penjahat utama dalam Digimon Frontier. Selepas kekalahan Cherubimon, Crusadermon dan Dynasmon mula mengumpulkan data Kod Fraktal supaya dapat menghidupkan semula Lucemon sebagai pertukaran untuk dibenarkan masuk ke dunia manusia. Dalam pertempuran pertama kedua-dua kesatria itu dengan Legendary Warriors, mereka menewaskan EmperorGreymon dengan amat mudah. Bagaimanapun, EmperorGreymon terbukti merupakan lawan mereka yang agak tetap dalam pertempuran-pertempuran yang menyusul.

Dalam versi alih suara, Dynasmon jauh lebih setia kepada Lucemon berbanding dengan Crusadermon, dan menuduh Warriors kerana "kata-kata kufur" apabila mereka memberitahunya bahawa kedua-dua Dynasmon dan Crusadermon sangat bodoh kerana mempercayai bahawa Lucemon akan mendamaikan Digital World. Warriors juga memarahi Crusadermon apabila Crusadermon menyoal Lucemon adakah dia sebenarnya akan menunaikan janji untuk membenarkan mereka ke dunia manusia selepas penghidupan semulanya.

Apabila Lucemon akhirnya dihidupkan semula, kedua-dua anggota Royal Knights bertempur sekali lagi dengan Legendary Warriors, tetapi ditewaskan. Lucemon kemudian mengkhianati mereka lalu menyerap data mereka bagi tujuan mendigivoluskikan diri menjadi Lucemon Chaos Mode. Bagaimanapun, dia kemudian ditewaskan oleh EmporerGreymon yang menggunakan serangan Pyro Dragons untuk menyebabkan Lucemon tidak dapat bergerak langsung lalu menebasnya dengan pedang.

Digimon Data Squad sunting

Dynasmon diperkenalkan apabila DATS bertemu dengan Royal Knights dan Raja Drasil buat pertama kali. Royal Knights diperintah oleh Raja Drasil supaya menghapuskan DATS, tetapi tiba-tiba terganggu oleh kemunculan Sleipmon, dengan DATS dibawa bersama-samanya.

Selepas anggota Royal Knights berselerak ke seluruh dunia manusia, Dynasmon mengetuai seangkatan tentera Knightmon untuk menyerang Bandaraya New York. Dia kemudian berbual dengan Magnamon tentang pertempuran antara Craniummon dan DATS yang sedang berlangsung, tetapi yakin bahawa Craniummon akan menang.

Apabila Raja Drasil menuju ke Gunung Fuji untuk menghapuskan Dunia Manusia, Royal Knights mengikut dan disebabkan menyoal kedaulatan tuan mereka, ketidaksempurnaan Raja Drasil terdedah. Anggota Royal Knights yang lain kemudian menyertai Craniummon dalam tugas memisahkan kedua-dua dunia kerana Craniamon semakin lemah, akibat serangan Raja Drasil. Sementara itu, DATS menangkis serangan Raja Drasil. Setelah Raja Drasil ditewaskan, anggota Royal Knights kembali ke Digital World.

Serangan

  • Breath of Wyvern/Dragon Breath: Melepaskan aura tenaga pemusnahan dari mulutnya. aura itu mengambil bentuk naga yang sangat besar.
  • DNA Disintegrator/Dragon Thrower (Dragon's Roar): Menembak letupan yang sangat kuat dari permata pada tapak tanganya. Letupan itu kekadang mengambil bentuk heliks ganda.

Examon sunting

Examon
(エグザモン)
PeringkatMega
Digivolusi daripadaBreakdramon,
Slayerdramon
SifatData
Jeniskesatria Mulia Digimon
KeluargaDragon's Roar

Examon ialah anggota Royal Knights yang merah dan drakonik, dengan sayap berperisai yang besar. Tubuhnya terdiri daripada jumlah data yang besar dan meskipun data itu telah lama wujud, ia hanya baru-baru ini ditemui dalam Digital World. Examon juga dianggap sebagai raja kepada naga Digimon.

Examon menggunakan Caledfwlch, perisai berbentuk sayap, dan Ambrosius, tombak raksasanya. Caledfwlch diperbuat pada keseluruhannya daripada Chrome-Digizoid, sementara Ambrosius boleh digunakan untuk menembakkan peluru yang mengandungi virus.

Serangan

  • Avalon's Gate: Menikam tubuh lawan dengan Ambrosius lalu melepaskan semua peluru virus demi memusnahkan lawannya dari dalam.
  • Pendragon's Glory: Menembakkan alur laser yang sangat kuat dari Ambrosius sewaktu tinggi di langit.
  • Dragonic Impact: Meluncur naik tinggi ke udara lalu jatuh terhempas bagai meteorit dan dengan itu, mencipta gelombang kejutan yang cukup besar untuk melitupi kawasan yang luas.

Gallantmon sunting

Gallantmon
(デュークモン Dukemon)
 
PeringkatMega
Muncul dalamDigital Monster X-Evolution, Digimon Data Squad
Pelakon suaraMasako Nozawa (Jepun)
Brad Sherwood (Inggeris)
Digivolusi daripadaWarGrowlmon
SifatVirus
Jeniskesatria Mulia Digimon
KeluargaWind Guardians
Metal Empire
Virus Busters

Digital Monster X-Evolution sunting

Dalam siri Digital Monster X-Evolution, Gallantmon ialah anggota Royal Knights yang mempersoalkan niat komputer hos, Yggdrasil. Oleh sebab itu, dia bertindak bersendirian dan mencuba meyakinkan kawan rapatnya, Omnimon, bahawa mereka hanya dipergunakan dan Project Ark yang dimulakan oleh Yggdrasil adalah lebih daripada yang disangka. Bagaimanapun, Omnimon enggan mendengar dan membunuh Gallantmon dalam suatu pertarungan. Tidak lama kemudian, Gallantmon dilahirkan semula sebagai Gallantmon X yang memiliki Antibodi X.

Digimon Data Squad sunting

Gallantmon diperkenalkan apabila DATS bertemu dengan Royal Knights dan Raja Drasil buat pertama kali. Royal Knights diperintah oleh Raja Drasil supaya menghapuskan DATS.

Gallantmon mengejar dan nyaris-nyaris membunuh DATS, apabila Sleipmon masuk campur. Pergelutan yang singkat berlaku tetapi ditamatkan oleh Sleipmon yang menggunakan Odin's Breath untuk membeku kedua-dua mereka di dalam sebuah blok ais raksasa. Gallantmon mencuba menghalang Sleipmon tetapi gagal lalu dia dan DATS jatuh ke dalam laut dan menyebabkan mereka tidak berupaya, walaupun masih hidup.

Dalam episod-episod terakhir, Gallantmon dan Kudamon menyertai anggota Royal Knights yang lain di Gunung Fuji. Gallantmon menerangkan bahawa dia memahami mengapa Sleipmon telah meninggalkan mereka, dan juga bahawa Sleipmon telah menggunakan DNA untuk membebaskan mereka berdua. Anggota Royal Knights kemudian menyoal kedaulatan tuan mereka, dengan itu menyebabkan ketidaksempurnaan Raja Drasil terdedah. Gallantmon kemudian mencuba menyerang Raja Drasil tetapi dilemparkan kembali. Craniummon semakin lemah akibat serangan Raja Drasil, jadi anggota Royal Knights yang lain menyertainya dalam memelihara perpisahan kedua-dua dunia, sewaktu DATS menangkis Raja Drasil. Setelah Raja Drasil dikalahkan, anggota Royal Knights kembali ke Digital World.

Serangan

  • Lightning Joust (Royal Saber/Royal Joust): Menyerang lawannya dengan tombak Gram Lance.
  • Shield of the Just (Final Elysium/Elysium Blaster): Menembak alur tenaga dari perisai Aegis Shield.

Leopardmon sunting

Leopardmon
(ドゥフトモン Duftmon)
 
PeringkatMega
Muncul dalamDigimon Data Squad
Pelakon suaraTakehiro Murozono (Jepun)
Beau Billingslea (Inggeris)
SifatData
Jeniskesatria Mulia Digimon
KeluargaNature Spirits

Leopardmon ialah Digimon Royal Knight yang nama Inggeris serta reka bentuknya berasal daripada harimau bintang. Nama Jepunnya berasal pula daripada "Duft", perkataan Jerman untuk "Keharuman". Dia menggunakan pedang rapier yang digelar Aussterben. Leopardmon ialah ahli strategi yang utama dalam kalangan anggota Royal Knights. Dia mempercayai bahawa kuasa bererti keadilan dan berupaya memerintah juga anggota Royal Knights yang paling keras kepala. Dia juga berupaya berubah menjadi Leopard Mode, walaupun bentuk ini tidak muncul dalam siri Digimon Data Squad.

Digimon Data Squad sunting

Sewaktu kempen Raja Drasil untuk menghapuskan dunia manusia berlangsung, Leopardmon memperkenalkan dirinya kepada Raja Drasil dan dibenarkan menyertai pertempuran itu. Leopardmon kemudian muncul di Jepun dan menyerang Yoshi Fujieda, Keenan Crier, dan sekutu mereka, Rosemon, dan Ravemon.

Dalam pertempuran, Leopardmon memberitahu lawan-lawannya tentang wawasan keadilan Royal Knights terhadap keadilan, dan menyatakan bahawa penyelamatan Digital World ialah tugas yang berbaloi walau juga jika jiwa penghuninya perlu dikorbankan. Bertekad untuk menyelamatkan keluarga Marcus Damon, Yoshi dan Keenan memperkukuh kedua-dua sekutu mereka masing-masing menjadi Rosemon Burst Mode dan Ravemon Burst Mode. Kedua-dua digimon itu kemudian menewaskan Leopardmon.

Serangan

  • Sword of Annihilation: Extinction Wave (Field Crash'/Extinction): Mencipta gelombang kejutan pemusnahan yang sangat kuat dari pedang rapiernya. Gelombang itu dapat memusnahkan apa-apa sahaja di laluannya.
  • Sword of Destruction: Black aura Blast (Dark Spear/Earnest Resistance): Mencipta aura gelap yang menyelubungi pedang rapiernya lalu menembak musuh dengan letupan tenaga.

Magnamon sunting

Magnamon
(マグナモン)
 
PeringkatArmor
Muncul dalamDigital Monster X-Evolution, Digimon Data Squad
Pelakon suara(Jepun:) Noda Junko (X-Evolution)
Tatsuhisa Suzuki (Digimon Data Squad)
Brian Fairlee (Inggeris)
Digivolusi daripadaVeemon
SifatVaksin
Jeniskesatria Mulia Digimon
KeluargaMetal Empire

Digital Monster X-Evolution sunting

Magnamon tetap amat sangat setia kepada Yggdrasil pada sepanjang filem ini, dan menangkap Dorugamon lalu membawanya ke Yggdrasil. Ketika Alphamon dan Omnimon menghalang Yggdrasil, Magnamon mengaku bahawa dia masih percaya akan ketua mereka tetapi tidak melakukan apa-apa selain daripada memberikan amaran kepada Yggdrasil.

Digimon Data Squad sunting

Magnamon diperkenalkan apabila DATS bertemu dengan Royal Knights dan Raja Drasil buat pertama kali. Royal Knights diperintah oleh Raja Drasil supaya menghapuskan DATS, tetapi tiba-tiba terganggu oleh kemunculan Sleipmon, dengan DATS dibawa bersama-samanya. Selepas anggota Royal Knights berselerak ke seluruh dunia manusia, Magnamon bertemu dan berbual dengan Dynasmon tentang pertempuran antara Craniummon dan DATS yang sedang berlangsung. Selepas itu, dia bertolak untuk memenuhi kewajipannya.

Apabila Raja Drasil menuju ke Gunung Fuji untuk menghapuskan Dunia Manusia, Royal Knights mengikut dan disebabkan menyoal kedaulatan tuan mereka, ketidaksempurnaan Raja Drasil terdedah. Anggota Royal Knights yang lain kemudian menyertai Craniummon dalam tugas memisahkan kedua-dua dunia kerana Craniamon semakin lemah, akibat serangan Raja Drasil. Sementara itu, DATS menangkis serangan Raja Drasil. Setelah Raja Drasil ditewaskan, anggota Royal Knights kembali ke Digital World.

Serangan

  • Magna Blaster (Plasma Shoot): Menembak alur tenaga berbilang yang besar dari tubuhnya.
  • Magna Blast: Menembak misail dari pelancar-pelancar yang tersembunyi di bawah kelepak perisainya.
  • Magna Explosion (Extreme Jihad): Melepaskan gelombang tenaga yang besar dari tubuhnya.
  • Magna Punch: Menyerang dengan tumbukan yang sangat kuat.
  • Magna Kick: Menyerang dengan tendangan yang sangat kuat.

Omnimon sunting

Omnimon
(オメガモン Omegamon)
 
PeringkatMega
Muncul dalamDigital Monster X-Evolution, Digimon Data Squad
Pelakon suaraHideyuki Tanaka
(Jepun, X-Evolution)
Hiroki Takahashi
(Jepun, Savers)
Peter Spellos (Inggeris)
Digivolusi daripadaWarGreymon + MetalGarurumon
SifatVaksin
Jeniskesatria Mulia Digimon
KeluargaMetal Empire
Virus Busters

Omnimon ialah kesatria hibrid Digimon yang memegang jawatan kedua tertinggi dalam pasukan Royal Knights. Dia biasanya mengetuai pasukan Royal Knights sewaktu ketua Alphamon tidak ada.

Digital Monster X-Evolution sunting

Omnimon muncul dalam siri Digital Monster X-Evolution sebagai ketua Royal Knights sewaktu Alphamon tidak ada. Dia sangat setia kepada Yggdrasil dan mula-mulanya melaksanakan Project Ark dengan benar-benar mematuhi perintah.

Apabila Gallantmon mendatangi Omnimon tentang Yggdrasil, Omnimon masih enggan mengingkari arahan Yggdrasil dan akhirnya bertarung lalu membunuh Gallantmon. Dikejutkan oleh kematian kawannya, Omnimon mula menyoal kedaulatan Yggdrasil. Hanya selepas Alphamon memberikan Antibodi X kepada Omnimon bahawa Omnimon meninggalkan Yggdrasil. Dia berubah menjadi Omnimon X dan menghancurkan Yggdrasil dengan All Delete. Dengan itu, Digital World dipulihkan kepada Digital Monster X-Evolution.

Digimon Data Squad sunting

Omnimon diperkenalkan apabila DATS bertemu dengan Royal Knights dan Raja Drasil buat pertama kali. Royal Knights diperintah oleh Raja Drasil supaya menghapuskan DATS, tetapi tiba-tiba terganggu oleh kemunculan Sleipmon, dengan DATS dibawa bersama-samanya. Selepas anggota Royal Knights berselerak ke seluruh dunia manusia, Omnimon menyerang sebuah kota yang tidak dinamai. Dia kemudian muncul semula apabila Raja Drasil disingkirkan dari tubuh Spencer Damon.

Apabila Raja Drasil menuju ke Gunung Fuji untuk menghapuskan Dunia Manusia, Royal Knights mengikut dan disebabkan menyoal kedaulatan tuan mereka, ketidaksempurnaan Raja Drasil terdedah. Anggota Royal Knights yang lain kemudian menyertai Craniummon dalam tugas memisahkan kedua-dua dunia kerana Craniamon semakin lemah, akibat serangan Raja Drasil. Sementara itu, DATS menangkis serangan Raja Drasil. Setelah Raja Drasil ditewaskan, anggota Royal Knights kembali ke Digital World.

Serangan

  • Transcendent Sword (Grey Sword): Menebas musuhnya dengan Grey Sword. Pedang itu juga berupaya memancarkan nyala api dari matanya.
  • Supreme Cannon (Garuru Cannon): Menembak musuh dengan bebola tenaga raksasa. Meriam itu juga boleh ditembak sebagai tenaga ais, baik dalam bentuk letupan mahupun dalam bentuk alur.
  • All Delete: Digicode pada Grey Sword memancarkan cahaya yang dapat menghapuskan sesuatu kawasan. Omnimon menggunakan ini untuk mengubahkan Digital World menjadi Digital Monster X-Evolution.

Kentaurosmon sunting

Sleipmon
(スレイプモン)
 
PeringkatMega
Muncul dalamDigimon Data Squad
Pelakon suaraNanaho Katsuragi (Jepun)
Sam Riegel (Inggeris)
Digivolusi daripadaQilinmon
SifatVaksin
Jeniskesatria Mulia Digimon
KeluargaVirus Busters

Sleipmon, juga dikenali sebagai Kentaurusmon dalam siri Data Squad ialah kesatria sentora Digimon yang berdasarkan Sleipnir, kuda Odin. Sebagai salah satu anggota Royal Knight, rupanya dianggap sangat luar biasa kerana dia mempunya dua lengan pada bahagian atas badan serta enam kaki di bawah pinggangnya. Sleipmon mengambil busur silang Muspelheim di tangan kirinya dan perisai Niflheim di tangan kanan. Badannya dilindungi oleh baju zirah Red Digizoid, baju ziriah dengan pertahanan yang terunggul.

Sleipmon melindungi puing-puing purba yang terletak di bawah ais tebal di kawasan Artik Digital World kerana data atur cara yang mempengaruhi penciptaan Digimon disimpan di sana.

Digimon Data Squad sunting

Kentarusmon membuat penampilan anime pertama dalam siri Digimon Data Squad. Ketika Royal Knights hendak menghapuskan anggota DATS, Kentarusmon masuk campur dan menerbangkan DATS kembali ke dunia manusia. Bagaimanapun, dia mengalami kerosakan yang teruk lalu kembali menjadi Kudamon, sekutu Komander Sampson. Sampson mendedahkan bahawa Kudamon ialah perisik yang dihantar oleh Raja Drasil untuk mengamati manusia supaya dapat menentukan adakah mereka berbaloi untuk hidup. Selepas mengesahkan kesesuaian manusia untuk dikekalkan, Kudamon membelot.

Sewaktu Gallantmon hendak menghapuskan DATS, Kudamon mendigivolusikan menjadi Kentarusmon dan sekali lagi masuk campur dengan menyerang Gallantmon. Gallantmon mengkritik pembelotan Kentarusmon, dengan Kentarusmon membalas bahawa dia telah mengesahkan kesesuaian manusia. Kentarusmon kemudian menggunakan Icy Breath untuk membeku kedua-dua mereka ke dalam sebuah blok ais raksasa. Walaupun Gallantmon mencuba menghalangnya, namun dia gagal dan mereka dibekukan lalu jatuh ke dalam laut.

Menurut Gallantmon, Kentarusmon mempergunakan masa ini untuk menerangkan dengan teliti kepada Gallantmon tentang mengapa dia perlu memihak manusia. Selepas itu, dia menggunakan DNA-nya untuk menghancurkan ais dan kembali menjadi Kudamon. Sebagai Kudamon, dia mengiringi Gallantmon ke Gunung Fuji.

Serangan

  • Bifrost: Menembak anak panah berapi melalui Muspelheim, dengan busur silang di tangan kirinya.
  • Icy Breath (Odin's Breath): Mencipta ribut salji berkuasa tinggi melalui Niflheim, dengan perisai suci di tangan kanannya.

UlforceVeedramon sunting

UlforceVeedramon
(アルフォースブイドラモン)
 
PeringkatMega
Muncul dalamDigimon Data Squad
Pelakon suaraSatoshi Tsuruoka (Jepun)
Joe Ochman (Inggeris)
Digivolusi daripadaAeroVeedramon
SifatVaksin
Jeniskesatria Mulia Digimon
KeluargaNature Spirits
Wind Guardians
Virus Busters

UlforceVeedramon ialah anggota Royal Knights yang paling pantas. Dia memakai baju zirah yang diperbuat daripada Blue Digizoid dan oleh itu, sangat ringan dan mudah dikendalikan. Pedangnya yang bersinar-sinar serta perisainya dapat diperbesar oleh V-Bracelets yang dipasang pada lengannya.

Digimon Data Squad sunting

UlForceVeedramon diperkenalkan apabila DATS bertemu dengan Royal Knights dan Raja Drasil buat pertama kali. Royal Knights diperintah oleh Raja Drasil supaya menghapuskan DATS, tetapi tiba-tiba terganggu oleh kemunculan Sleipmon, dengan DATS dibawa bersama-samanya. Selepas anggota Royal Knights berselerak ke seluruh dunia manusia, UlForceVeedramon Mesir menyerang Mesir. Dia kemudian muncul semula apabila Raja Drasil disingkirkan dari tubuh Spencer Damon.

Apabila Raja Drasil menuju ke Gunung Fuji untuk menghapuskan Dunia Manusia, Royal Knights mengikut dan disebabkan menyoal kedaulatan tuan mereka, ketidaksempurnaan Raja Drasil terdedah. Anggota Royal Knights yang lain kemudian menyertai Craniummon dalam tugas memisahkan kedua-dua dunia kerana Craniamon semakin lemah terhadap serangan Raja Drasil. Sementara itu, DATS menangkis serangan Raja Drasil. Setelah Raja Drasil ditewaskan, anggota Royal Knights kembali ke Digital World.

Serangan

  • Ray of Victory (Shining V Force): Menembak alur dari perisai berbentuk V pada dadanya.
  • Victory Sword (Ulforce Saber): Menyerang dengan menggunakan pedang lengkung yang menjulur dari V-Bracelet (Gelang Rantai V) kanannya.
  • Tensegrity Shield: Melepaskan aura suci dari V-Bracelet kirinya, dengan aura itu menjadi perintang.

Rujukan sunting

  1. ^ "kesatria Mulia" (Exalted Knight) ialah istilah yang digunakan dalam siri animasi Digimon dan merupakan padanan terjemahan yang paling tepat bagi istilah Jepun itu. Versi yang digunakan untuk pelbagai dagangan Amerika Syarikat ialah "Hulubalang".
  2. ^ Dalam permainan terup dan keluaran Bandai yang lain, Alphamon perlu bergabung dengan digimon OwRyumon untuk menggunakan senjata ini. Dalam filem Digital Monster X-Evolution, syarat ini tidak diendahkan, dan dia menggunakan pedang serta tumbuh sayap tanpa sebarang penjelasan.
  3. ^ a b http://tnis.hp.infoseek.co.jp/web-digimon/st-931.jpg
  4. ^ a b Serangan ini hanya diberikan sebutan dalam alih suara.