Rubarb (Jawi: روبارب) atau rawand (Jawi: راوند; Rheum rhabarbarum) adalah spesies tumbuhan saka dalam keluarga Polygonaceae serumpun dengan kelembak (bahkan juga dinamakan sedemikian) dalam genus Rheum yang sama. Ia tumbuh daripada rizom yang pendek dan tebal. Daun-daunnya yang besar beracun tetapi batang-batangnya yang berisi boleh dimakan. Bunga-bunga kecilnya yang berwarna putih kehijauan atau merah mawar dikumpulkan dalam jambangan besar.

Rubarb
Rawand
Pengelasan saintifik
Alam:
Genus:
Rheum
Spesies:
rhabarbarum
Nama binomial
Rheum rhabarbarum

Nama sunting

Nama rubarb merupakan serapan kata bahasa Inggeris iaitu rhubarb yang berakar dari kata gabung bahasa Latin rheubarbarum yakni "[tumbuhan] gasar Sungai Volga".[1] Tumbuhan ini asalnya hidup liar sepanjang tebing sungai tersebut di kawasan Rusia moden Eropah yang dahulunya dikenali dengan nama Rhā.

Kata rawand menyerap dari bahasa Arab atau Parsi;[2]:243 ia ada disenaraikan dalam buku glosari A Vocabulary of Malay Medical Terms tahun 1905.[3]

Kata kelembak memadan kepada spesies ini didapati pada kamus bahasa Itali-Melayu dikarang Antonio Pigafetta tahun 1522 dieja sebagai calama.[2]:236, 243

Penggunaannya sunting

 
Pai rubarb

Rubarb ditanam untuk tetangkainya, walaupun secara tepat bahagian tersebut merupakan daun juga. Penggunaan tetangkainya sebagai makanan pertama kalinya tercatat di England pada abad ke-17. Batang-batang rubarb dipotong secara kecil-kecilan kecil dan direbus bersama dengan gula sehingga ia lembut. Rempah-rempah seperti kulit kayu manis, buah pala dan halia boleh juga ditambah sebagai perisa tambahan. Rubarb yang dimasak biasanya akan dihidang kan terus sejuk seperti sos epal, tetapi pektin juga boleh dimasukkan ke dalam campuran ini untuk membuat jem.

Ia biasanya akan dimasak bersama gula atau dijadikan inti pai dan pencuci mulut, tetapi ia juga boleh digunakan dalam masakan berlauk mahupun jeruk, dikeringkan ataupun dicampurkan bersama jus buah-buahan.

Air rebusan manis atau kompot[4] rubarb boleh dihidangkan sebagai minuman, terutamanya pada musim panas. Sayuran ini turut digunakan bagi membuat wain buahan.

Ubat sunting

Akar rubarb telah lama digunapakai dalam perubatan tradisional Cina sebagai bahan pelawas sejak beribu-ribu tahun lamanya.[5] Penggunaan tumbuhan ini turut didapati pada perubatan zaman Pertengahan Arab dan Eropah.[6][7] Akar rubarb merupakan ubatan Cina petama yang diimport dari negara China kepada dunia Barat.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ McGee, Harold.
  2. ^ a b Bausani, Alessandro (Disember 1960). "The First Italian-Malay Dictionary by Antonio Pigafetta". East and West. Istituto Italiano per l'Africa e l'Oriente (IsIAO). 11 (4): 229-248.
  3. ^ Gerard, P. N. (1905). A Vocabulary of Malay Medical Terms. Singapura: Kelly & Walsh Publication. m/s. 65 – melalui Yumpu.
  4. ^ Rhubarb Compote Recipe http://www.epicurious.com/recipes/food/views/rhubarb-compote-234450
  5. ^ Barceloux, Donald G (7 Mac 2012). Medical Toxicology of Natural Substances: Foods, Fungi, Medicinal Herbs, Plants, and Venomous Animals. John Wiley & Sons. m/s. 235. ISBN 978-1-118-38276-9. Dicapai pada 5 Ogos 2013.
  6. ^ Friedman, David D. (penyunting). "An Anonymous Andalusian Cookbook of the 13th Century". Recreational Medievalism. Diterjemahkan oleh Perry, Charles.
  7. ^ Oxford English Dictionary s.n. rhubarb, n.
  8. ^ "Rhubarb". James Ford Bell Library. University of Minnesota. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2015. Dicapai pada 12 Januari 2015.

Bacaan lanjut sunting