Rumen merupakan bahagian besar retikulorumen, iaitu kebuk pertama dalam salur alimentari haiwan ruminan. Fungsinya adalah sebagai tapak utama untuk penapaian makanan oleh mikrob. Bahagian kecil retikulorumen adalah retikulum yang berterusan langsung dengan rumen tetapi berbeza dari segi tekstur dindingnya.

Anatomi ringkas sunting

 
Rumen biri-biri dari kiri. 1 Atrium ruminis, 2 Saccus dorsalis, 3 Saccus ventralis, 4 Recessus ruminis, 5 Saccus cecus caudodorsalis, 6 Saccus cecus caudoventralis, 7 Sulcus cranialis, 8 Sulcus longitudinalis sinister, 9 Sulcus coronarius dorsalis, 10 Sulcus coronarius ventralis, 11 Sulcus caudalis, 12 Sulcus accessorius sinister, 13 Insula ruminis, 14 Sulcus ruminoreticularis, 15 Retikulum, 16 Abomasum, 17 Esofagus, 18 Limpa.

Rumen terdiri daripada beberapa pundi otot, iaitu pundi kranial, pundi ventral, pundi buta ventral, dan retikulum.

Lapisan dinding rumen dilitupi dengan bentuk-bentuk julur seakan jari-jemari yang dipanggil papila yang leper, kira-kira 5 mm panjang dan 3 mm lebarnya dalam lembu. Retikulum dilapik dengan rabung-rabung yang membentuk corak indung madu segi enam. Rabung-rabung itu kira-kira 0.1 - 0.2 mm lebarnya dan timbul 5 mm dari dinding retikulum. Bentuk-bentuk segi enam dalam retikulum adalah kira-kira 2-5 cm lebarnya dalam lembu. Ciri-ciri ini memperluas permukaan dinding retikulorumen, memudahkan penyerapan asid berlemak yang meruap. Biarpun berbeza dari segi tekstur pada lapisan kedua-dua bahagian retikulorumen, namun fungsinya tetap sama.


Rujukan sunting

  • Cronjé, P.; E.A. Boomker (2000). Ruminant Physiology: Digestion, Metabolism, Growth, and Reproduction. Wallingford, Oxfordshire, UK: CABI Publishing. ISBN 0-85199-463-6.
  • Dijkstra, J. (2005). Quantitative Aspects of Ruminant Digestion and Metabolism, 2nd edition. Wallingford, Oxfordshire, UK: CABI Publishing. m/s. 736 pages. ISBN 0-85199-814-3. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)[pautan mati kekal]
  • Hobson, P.N.; C.S. Stewart (1997). The Rumen Microbial Ecosystem, 2nd edition. New York: Springer. ISBN 0-7514-0366-0.