Rumput (atau rumpai) kebiasaannya merupakan tumbuhan renek atau herba. Ia boleh hidup di darat, sungai atau laut. Rumpai dikelaskan mengikut cara hidup dan fisiologinya. Pada kebiasaannya rumpai dikelaskan kepada tiga kategori utama iaitu rumpai daun tirus, rumpai daun lebar dan rusiga. Rumpai daun tirus biasanya di dalam keluarga Poaceae (dahulu dikenali sebagai Graminaea)contohnya Echinochloa crus-galli. Rumpai jenis ini biasanya mempunyai batang yang bulat dan berdaun tirus. Rumpai daun lebar pula mudah dicam dengan sifat daunnya yang lebar dan besar. Terdapat banyak keluarga di dalam kumpulan ini, seperti Asteraceae, Amaranthaceae dan Rubiaceae. Contoh rumpai di dalam kumpulan ini ialah rumput tahi ayam (Ageratum conyzoides) dan bayam duri (Amaranthus spinosus). Manakala rusiga pula mudah dikenali dengan bentuk batangnya yang segi tiga. Kebanyakan rumpai kumpulan ini adalah di dalam keluarga Cyperaceae. Contoh mudah spesies yang tergolong di dalam keluarga ini ialah rumput halia hitam (Cyperus rotundus).

Di dalam bidang pertanian ia biasanya dikaitkan sebagai "tumbuhan perosak" dan selalunya di hapuskan dengan beberapa kaedah kawalan rumpai samada kaedah mekanikal, kimia, kultur dan biologi.

Dalam bidang penternakan, rumpai boleh dijadikan makanan haiwan ternakan terutaman lembu, kambing dan biri-biri.

Ia juga mempunyai banyak kegunaan didalam bidang perubatan moden atau perubatan tradisional.

Sesetengah rumpai boleh dijadikan makanan atau ulam serta sumber ubatan penting. Pucuk paku dan pucuk pegaga misalnya boleh dijadikan sayur atau ulam. Misai kucing pula terkenal sebagai ubatan dalam mencegah kencing manis dan darah tinggi.

Rumput mempunyai peranan penting dalam pertanian.

Daftar Rumput dan Rumpai sunting

  1. Letup-letup
  2. Janggut Adam
  3. Misai kucing
  4. Petai belalang
  5. Kapal terbang
  6. Palas
  7. Kandung anak
  8. Rumput bulat
  9. Rumput cempedak air
  10. Rumput Israel
  11. Rumput kerbau
  12. Rumput padi burung
  13. Rumput sarang buaya
  14. Rusiga anak emas
  15. Rusiga telur ikan
  16. Rumput sambau
  17. Selaput tunggul
  18. Semalu
  19. Semalu gajah
  20. Senduduk
  21. Senduduk bulu
  22. Rumput jarum emas
  23. Rumput permaidani
  24. Rumput mutiara
  25. Senduduk merah
  26. Akar ruas
  27. Rumput Malaysia
  28. Rumput Mesir
  29. Keladi liar
  30. Rumput padang

Paku Pakis sunting

  1. Paku Lipan
  2. Paku resam
  3. Paku Merah
  4. Paku Gajah

Rumpai Air sunting

  1. Kiambang/Rumput Apollo
  2. Keladi Bunting