Rusuhan Hong Kong 1967

Pada tahun 1967, rusuhan besar-besaran meletus di Hong Kong dilakukan penyokong golongan komunis terhadap kerajaan Jajahan British kawasan sana. Ia pada asalnya bertujuan memperjuangkan keadilan berkaitan hal-hal buruh oleh kesatuan sekerja, namun tujuan ini kemudiannya beralih kepada penentangan penguasaan kerajaan British di sana yang membawa kepada tindakan cuba menggulingkan dan mengambil alih kekuasaan kerajaan tersebut.

Rusuhan Hong Kong 1967
Para perusuh bertembung dengan pihak polis Hong Kong
TarikhMei - Disember 1967
Lokasi
KaedahTunjuk perasaan, pembunuhan, pengeboman
StatusLeftists failed to take over Hong Kong. The Hong Kong Government retained control of Hong Kong.
Pihak terlibat
Tokoh dan pemimpin utama
* David Trench * Yeung Kwong
Korban
Maut51
Tercedera802[1]
Ditangkap1936[1]
Rusuhan Hong Kong 1967
Cina Tradisional: 六七暴動

Faktor utama sunting

Rusuhan ini banyak melibatkan pekerja dari sektor-sektor perkapalan, teksi, simen dan tekstil.[2] Banyak daripada anggota ini turut menanggotai Hong Kong Federation of Trade Unions yang berhubungan rapat dengan pemerintah pusat China di Beijing.[3]

Faktor serantau turut merumitkan keadaan: jajahan Portugis Makau digoncang kejadian rusuhan antara warga penyokong komunis setempat menyerang pemerintahan Portugis sana yang mendorong kepada rundingan antara kedua-dua pihak ini, pihak Portugis bersetuju menyerahkan kekuasaan Makau kepada China secara de facto.[4] Hong Kong turut menyaksikan seberapa tunjuk perasaan berikutan Revolusi Kebudayaan yang berlaku di seberang sempadan Tanah Besar di mana Pengawal Merah bermaharajalela menahan dan menyeksa sebarang orang yang disyaki mempertikaikan pemikiran dan fahaman Mao Zedong.[5]

Turutan kejadian sunting

Rusuhan San Po Kong sunting

Pada awal bulan Mei, suatu pertelingkahan besar tercetus antara pekerja-pekerja dalam suatu kilang bunga tiruan di San Po Kong.[6][7] Polis rusuhan dipanggil ke kawasan kilang untuk mengawal keadaan pada 6 Mei - 21 orang pekerja ditahan manakala banyak lain yang cedera.

Pada keesokan harinya, ramai orang penyokong komunis berkerumun di pusat kota memengang sepanduk menyuarakan kesetiaan mereka kepada pihak Komunis. Para perusuh ini bertembung dengan Pasukan Polis Hong Kong yang memberkas sebanyak 127 orang.[8] Suatu perintah berkurung turut dikenakan ke atas seluruh Hong Kong.[9]

Pembunuhan Lam Bun sunting

Lam Bun (林彬 [lam ban], lahir 1929) merupakan seorang pengulas di stesen Commercial Radio Hong Kong yang pada ketika itu sangat mengkritik para haluan kiri (yakni penyokong komunis)[10] sehingga beliau sering melakukan program satira terhadap mereka. Kegiatan sebegini menaikkan kemarahan warga pendokong komunis ini sehingga beliau sering dijolok sebagai seorang "pembelot".[11]

Pada pagi hari 24 Ogos 1967, beliau dan seorang sepupunya Lam Kwong-hoi (林光海) dalam perjalanan ke tempat kerjanya diserbu segerembolan simpatisan komunis yang menyamar sebagai buruh jalanan, gerombolan ini menghalang kedua-dua mereka dari keluar sambil membakar kereta Lam dengan petrol.[12][13][14] Kedua-dua mereka berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital namun Lam meninggal dunia akibat luka dialaminya, manakala sepupunya turut meninggal beberapa hari selepas itu.[15]

Peredaan sunting

Pada bulan Disember, Perdana Menteri China Zhou Enlai mengarahkan semua kelompok komunis di Hong Kong menghentikan serangan mereka. Hal ini menamatkan keganasan yang berlaku selama 18 bulan.[16]

Perangkaan korban sunting

Puluhan orang terkorban dalam rusuhan ini sama ada bertembung dengan polis atau militia mahupun terperangkap dalam keganasan yang berleluasa ketika itu.

Dari pihak perusuh kiri dan militia komunis sunting

Nama Usia Tarikh kematian Maklumat mangsa dan sebab kematian
Tsui Tin-po[17] (徐田波) 42 8 Jun 1967 Seorang pekerja di Bahagian Mekanik Jabatan Kerja Raya, mati dalam tahanan di Balai Polis Wong Tai Sin.
Lai Chung (黎松) 52 8 Jun 1967 Seorang pekerja pembekal gas ditembak semasa merusuh sebelum mati lemas
Tsang Ming (曾明) 29 8 Jun 1967 Seorang pekerja pembekal gas dipukul polis sehingga mati semasa merusuh.
Tang Chi-keung (鄧自強) 30 23 Jun 1967 Seorang pekerja kilang plastik ditembak polis semasa merusuh menentang suatu kesatuan sekerja.
Chau Chung-shing (鄒松勝) 34 24 Jun 1967 Seorang pekerja kilang plastik dipukul polis sehingga mati setelah ditahan.
Law Chun-kau (羅進苟) 30 24 Jun 1967 Seorang pekerja kilang plastik dipukul polis sehingga mati setelah ditahan.
Lee On (李安) 45 26 Jun 1967 Seorang pekerja Shaw Brothers, died while being admitted to hospital from a law court.
Zhang Tiansheng (張天生) 41 8 Julai 1967 Seorang militiaman from Mainland China, ditembak mati polis di sempadan Sha Tau Kok.
Choi Wai Nam (蔡惠南) 27 10 Julai 1967 Seorang perusuh kiri, ditembak mati polis di Johnston Road, Wan Chai.
Li Sze (李四) 48 11 Julai 1967 Seorang perusuh kiri, ditembak mati polis di Johnston Road, Wan Chai.
Mak Chi-wah (麥志華) 12 Julai 1967 Seorang perusuh kiri, ditembak mati polis di Un Chau Street, Sham Shui Po.
(unknown) 12 Julai 1967 Seorang perusuh kiri, ditembak mati polis di Soy Street, Mong Kok.
Ho Fung (何楓) 34 14 Julai 1967 Seorang pekerja Kowloon Dockyard, killed in police action against the Kowloon Dock Workers Amalgamated Union.
(unknown) 14 Julai 1967 Seorang perusuh kiri, ditembak mati polis di Reclamation Street, Yau Ma Tei.
Yu Sau-man (余秀文) 15 Julai 1967 Seorang rioting employee of Wheelock Spinners, shot to death by police.
So Chuen (蘇全) 28 26 Julai 1967- Seorang worker from a textile factory, ditembak mati polis di Mong Kok while attacking a bus in service.
Ho Shui-kei (何瑞麒) 21 29 Ogos 1967 Seorang rioting mechanical worker, ditembak mati polis di Tung Tau Village, Wong Tai Sin.
Aslam Khan 22 3 September 1967 Seorang ahli bomba, killed by a leftist homemade bomb during defusing.
Cheung Chak (章集) 38 3 September 1967 Seorang rioting bus driver, wounded in police shooting on 30 August. Died of pneumonia on 3 September.
Yau Chun-yau (邱進友) September 1967 20 Seorang Royal Hong Kong Jockey Club worker, killed by explosion of his own bomb near barracks at Kam Tsin, Sheung Shui.
Lo Hon-bun (盧漢彬) 1967-10-01 Seorang perusuh kiri, dibunuh oleh tembakan polis.

Dari pihak polis sunting

Nama Umur Tarikh kematian Maklumat mangsa dan sebab kematian
Fung Yin-ping (馮燕平)[18] 40 8 Julai 1967 Seorang polis koperal, mati diserang militia Tanah Besar di sempadan Sha Tau Kok.
Kong Shing-kay (江承基)[18] 19 8 Julai 1967 Seorang konstabel, mati diserang militia Tanah Besar di sempadan Sha Tau Kok
Mohamed Nawaz Malik[18] 28 8 Julai 1967 Seorang konstabel, mati diserang militia Tanah Besar di sempadan Sha Tau Kok
Khurshid Ahmed[18] 27 8 Julai 1967 Seorang konstabel, mati diserang militia Tanah Besar di sempadan Sha Tau Kok
Wong Loi-hing (黃來興)[18] 27 8 Julai 1967 Seorang konstabel, mati diserang militia Tanah Besar di sempadan Sha Tau Kok
Lam Po-wah (林寶華)[18] 21 9 Julai 1967 Seorang konstabel, killed by a stray bullet during a riot
Charles Workman 26 1967-08-28 Seorang sergeant in the Royal Army Ordnance Corps, killed when a leftist homemade bomb he was defusing at Lion Rock exploded.
Ronald J. McEwen 37 1967-11-05 Seorang senior police inspector, killed by leftist bomb in Causeway Bay while trying to clear area. Many injured.[19]
PC Sit Chun-hung 1967-11-28 Seorang konstabel, ditikam hingga mati oleh perusuh kiri di Shek Kip Mei [19]
PC Lee Koon-san 1967-12-9 Shot to death by leftists in Kam Tin [19]

Dari orang awam sunting

Nama Umur Tarikh kematian Maklumat mangsa dan sebab kematian
Chan Kong-sang[20] 14 12 Mei 1967 An apprentice hairdresser, died in the course of riot at Wong Tai Sin Resettlement Area.
Cheung Chi-kong (鄭浙波) 32 9 Julai 1967 Seorang pengandar working in Western District, ditembak mati semasa kekacuan rusuhan
Ma Lit (馬烈) 43 9 Julai 1967 Seorang porter working in Western District, ditembak mati semasa kekacuan rusuhan
Lee Chun-hing 35 Julai 1967 -10 Seorang furniture worker, beaten to death by leftist protesters in Johnston Road, Wan Chai.
Ho Chuen-tim (何傳添) 9 Ogos 1967 Seorang nelayan from Sha Tau Kok, arrested during a police raid against memorial meeting for killed leftist workers on 24 June. Died on 9 August.
Wong Yee-man (黃綺文)[21] 8 20 Ogos 1967 Anak perempuan berusia 8 tahun mengendong adik lelakinya mati dalam letupan daripada bom disamarkan sebagai hadiah di Ching Wah Street, North Point.
Wong Siu-fan (黃兆勳)[21] 2 20 Ogos 1967 Adik lelaki Wong Yee Man.
Lam Bun (林彬) 37 25 Ogos 1967 Seorang pengulas radio di Commercial Radio Hong Kong, diserang dan dibakar sekumpulan penyokong komunis pada 24 Ogos. Meninggal pada 25 Ogos.
Lam Kwong-hoi (林光海) 29 Ogos 1967 Seorang juruteknik di Commercial Radio Hong Kong, diserang dan dibakar sekumpulan penyokong komunis pada 24 Ogos. Meninggal pada 29 Ogos.
Tong Tak-ming Peter (唐德明) 18 14 Oktober 196 Seorang pelajar sekolah mati dalam pengeboman di Wanchai.
List of confrontation convicts who died in custody
Nama Prisoner no. Tarikh kematian Maklumat mangsa dan sebab kematian
Tsang Tin-sung 27381 27 Januari 1967 Seorang 32-year-old worker who took part in Mong Kok Riot on July 15, 1967, sentenced to 14 months in jail. Found dead after hanging himself in the morning of January 27, 1968.
Tang Chuen 28017 29 Disember 1967 Chairman of a pro-communist workers union who initiated a riot in Taikoo Dockyard on June 6, 1967, sentenced to 6 years in jail. Died from liver diseases in Queen Mary Hospital on December 29, 1969.

832 orang dicederakan dalam rusuhan ini manakala 4979 orang lain ditahan sementara 1936 orang dipenjarakan.[22]

Peristiwa susulan sunting

Kerugian jutaan dolar ditanggung hasil keadaan dahsyat merosakkan harta benda di kota ini.[23] Malah, ada penduduk yang hilang kepercayaan terhadap keutuhan tempat ini sehingga ramai yang menjual harta benda mereka dan berhijrah ke luar negara.

Tindakan Pasukan Polis Hong Kong meredakan keadaan yang berdarah ini mendapat pujian daripada kerajaan British sendiri. Malah, Ratu Elizabeth II sendiri mengurniakan piagam diraja kepada badan polis tersebut lalu mendapatkan pengiktirafan diraja (sebagai Polis Diraja Hong Kong - Royal Hong Kong Police Force) pada tahun 1969 sehingga Hong Kong diserahkan kekuasaannya kepada Republik Rakyat China pada tahun 1997.[24]

Banyak kelompok yang berkait rapat dengan Beijing segera dihapuskan manakala seberapa anggota yang terselamat dipalit nama dan dipandang hina lagi-lagi kerana perkaitan mereka dengan pembunuhan warga awam tidak berdosa. Walau bagaimanapun, ada yang muncul daripada pengalaman ini sebagai tokoh utama mempengaruhi politik Hong Kong. Salah satu parti politik utama di Hong Kong, Democratic Alliance for the Betterment and Progress of Hong Kong, misalnya ditubuhkan seberapa penggiat yang terlibat langsung dalam rusuhan ini memperjuangkan fahaman Marxisme dalam Hong Kong.[25]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 20150914hongkongfp tidak disediakan
  2. ^ Fire on the rim: a study in contradictions in left-wing political mobilization in Hong Kong, 1967, Stephen Edward Waldron, Syracuse University, 1976, page 65
  3. ^ Political Change and the Crisis of Legitimacy in Hong Kong, Ian Scott, University of Hawaii Press, 1989, page 99
  4. ^ Portugal, China and the Macau Negotiations, 1986-1999, Carmen Amado Mendes, Hong Kong University Press, 2013, page 34
  5. ^ Hong Kong, C.W Lam and Cecilia L.W Chan, Professional Ideologies and Preferences in Social Work: A Global Study, Idit Weiss, John Gal, John Dixon, Praeger Greenwood Publishing, 2003, page 107
  6. ^ Colony in Conflict: The Hong Kong Disturbances, May 1967-January 1968, John Cooper, Swindon Book Company, 1970, page iii
  7. ^ Hong Kong Artificial Flower Works, San Po Kong, location of the start of the 1967 riots, industrialhistoryhk.org; accessed 16 June 2018.
  8. ^ Gary Ka-wai Cheung, Hong Kong's Watershed: The 1967 Riots, Hong Kong University Press, 2009, page 32, page 86, page 123
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Cookers tidak disediakan
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Chow tidak disediakan
  11. ^ [url=https://books.google.co.uk/books?id=U_UnAAAAMAAJ&dq=Ta+Kung+Pao+Lam+Bun%2C+was+seriously+wounded&focus=searchwithinvolume&q=%22Lam+Bun%22 Far Eastern Economic Review] (1967) Vol. 57-58 p. 407
  12. ^ Carroll, John M. (2007). A Concise History of Hong Kong. Rowman & Littlefield. m/s. 156.
  13. ^ "死亡真相 林彬送院喊:左仔害死我". Apple Daily (dalam bahasa Cina). 13 May 2010. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  14. ^ Cooper, John (1970). Colony in Conflict: The Hong Kong Disturbances, May 1967-January 1968. Swindon Book Company. m/s. 183.
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Loh tidak disediakan
  16. ^ Chu, Yingchi. [2003] (2003). Hong Kong Cinema: Coloniser, Motherland and Self. Routledge publishing. ISBN 0-7007-1746-3
  17. ^ HKRS152-1-372 TSUI TIN PO
  18. ^ a b c d e f In Memory of Those Members of the Royal Hong Kong Police Force and the Hong Kong Police Force Who Lost Their Lives in the Course of Duty, Hong Kong Police Force
  19. ^ a b c Asia's Finest Marches On. p145 Roll of Honour
  20. ^ HKRS152-1-389 CHAN KONG SANG
  21. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Then & now tidak disediakan
  22. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Watershed tidak disediakan
  23. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Chu tidak disediakan
  24. ^ A Battle Royal Rocks Imperial Yacht Club, Christian Science Monitor, 10 June 1996
  25. ^ Hong Kong and the Reconstruction of China's Political Order, Suzanne Pepper in Crisis and Transformation in China's Hong Kong, Ming K. Chan, Alvin Y. So, M.E. Sharpe, 2002, page 64

Rujukan sunting