Rusuhan Urumqi Julai 2009

Rusuhan Urumqi Julai 2009 meletus pada 5 Julai 2009, di Ürümqi, ibu kota Negeri Autonomi Uyghur Xinjiang, di barat laut China. Jumlah yang terlibat antara 1,000[4][5][6] hingga 3,000[7] orang Uyghur. Angka kematian pada awalnya dilaporkan seramai 156, menurut sumber-sumber kerajaan Cina. Akhbar The Daily Telegraph melaporkan mangsa-mangsa itu adalah Cina Han.[8] Sebagai tindakbalas, ratusan Cina Han bersenjatakan kayu dan belantan bertembung dengan kedua-dua polis dan Uyghur pada 7 Julai.

Rusuhan Ürümqi 2009
Rusuhan Urumqi Julai 2009 is located in ChinaRalat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Kedudukan Ürümqi dalam China
Map
LokasiÜrümqi, Xinjiang,  Republik Rakyat China
Koordinat43°49′21″N 87°36′45″E / 43.8225°N 87.6125°E / 43.8225; 87.6125
Tarikh5 Julai 2009
Jenis serangan
Rusuhan Sunting ini di Wikidata
Kematian197+[1][2]
Tercedera1,721[3]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Keganasan merupakan sebahagian dari konflik etnik antara Cina Han dan Uyghur, satu Kumpulan etnik Turkik yang majoritinya beragama Islam. Rusuhan-rusuhan tercetus kerana ketidakpuasan hati terhadap kerajaan pusat China yang mengendalikan kematian dua pekerja Uyghur di wilayah Guangdong. Pegawai China berkata lebih daripada 1,000 orang lain telah tercedera dan begitu banyak kenderaan bermotor telah dibakar. Polis cuba menamatkan rusuhan-rusuhan dengan gas pemedih mata, air hos, kereta perisai, dan sekatan jalan raya.

Xinhua melaporkan yang polis percaya perusuh-perusuh cuba mencetuskan pergolakan di bandar raya lain di Xinjiang seperti di Aksu dan Yili. Xinhua turut melaporkan kira-kira 200 orang berkumpul di Masjid Kah di tengah-tengah bandar Kashgar, tetapi berjaya disuraikan oleh polis petang Isnin. Bantahan itu merebak ke Kashgar dan bertambah ganas dan kejam.

Sehingga 18 Julai, angka rasmi kematian telah meningkat sehingga 197 orang,[1][2] manakala 1,721 lagi cedera[3]

Punca sunting

Rusuhan itu bermula semasa satu demonstrasi jalanan selepas pembunuhan dua pekerja Uyghurs oleh etnik Han di Shaoguan, Guangdong dalam satu pertandingan antara pekerja-pekerja Uyghur dan Han pada 25 Jun 2009 dan bertukar menjadi ganas dan kejam.[9][10] Pembunuhan di Guangdong berpunca apabila berlaku gangguan seksual terhadap pekerja wanita> oleh rakan sejawatan Uyghur[11] dan khabar angin bahawa ada lelaki Uyghur yang merogol wanita Han di sebuah kilang Shaoguan. Rusuhan Urümqi bermula selepas satu bantahan diadakan di pasar Besar dan mereka mengecam pengendalian kerajaan terhadap insiden itu.[12] Ramai pihak mendesak polis China melakukan siasatan menyeluruh terhadap pembunuhan itu. Orang Uyghur mengatakan pihak berkuasa gagal melindungi pekerja-pekerja Uyghur, atau menahan mana-mana Cina Han yang terlibat dalam jenayah itu.[13]

Pegawai kerajaan pusat menyanggah dakwaan perusuh. Mereka dianggap cuba "menghalang dan melakukan keganasan jenayah terancang", "memulakan dan diarah dari luar negara, dan menjalankan pemberontakan dalam negara".[14] Ini ada kaitan dengan Pergerakan kemerdekaan Turkestan timur dan kuasa-kuasa luar menyokong kemerdekaan Uyghur dipimpin oleh pembangkang Uyghur Rebiya Kadeer yang tinggal di luar negara. Nur Bekri, pengerusi kerajaan serantau Xinjiang, berkata dalam satu ucapan pada pagi 6 Julai bahawa "sesetengah kuasa-kuasa pembangkang luar negara" mengambil kesempatan bagi pembunuhan Shaoguan untuk "melaga-lagakan pergolakan Ahad dan menghakis perpaduan etnik dan kestabilan sosial dalam negeri bebas, dengan satu tujuan untuk berpecah negara".;[15] Kongres Dunia Uyghur yang baru diadakan dikatakan cuba menghasut dan menimbulkan kegelisahan melalui Internet. Mereka menjadi lebih berani untuk 'melakukan sesuatu yang besar[15],' tetapi Kadeer telah menafikan tuduhan-tuduhan itu[9] dengan menyatakan dirinya tiada kena-mengena dengan peristiwa ini.[16]

Demonstrasi awal sunting

New York Times menyebut seorang saksi berkata rusuhan itu mula selepas 6 p.m. pada 5 Julai 2009. Penunjuk perasaan berkumpul di jalan-jalan dan mengutuk pengendalian kerajaan terhadap konflik melibatkan Cina Han dan pekerja kilang etnik Uyghur sejak lewat Jun, apabila dua Uyghurs terbunuh. Sekurang-kurangnya 1,000 Uyghurs terlibat dalam rusuhan apabila ia bermula,Jumlah perusuh yang terlibat mencecah 3,000 orang.

Pemimpin Kongres Sedunia Uyghur yang dibuang negeri berkata demonstrasi bermula dengan aman tanpa sebarang keganasan. Tujuan perhimpunan aman itu ialah menentang sebarang diskriminasi berhubung insiden Shaoguan . New York Times melaporkan keganasan itu meletup apabila polis "menghadang perbarisan protes di jalan raya". Agence France-Presse melaporkan bahawa konfrontasi antara 3000 penunjuk perasaan Uyghur dengan polis . Mereka bersenjatakan kayu , baton dan pisau. Berita BBC melaporkan etnik Uyghur bukan hanya mensasarkan polis, tetapi turut menyerang Cina Han. Berita Times menyatakan rusuhan hari pertama itu berpunca dari kejadian "Han ditikam oleh kumpulan Uyghurs." Kira-kira 1,000 anggota polis telah dihantar bagi menamatkan rusuhan . Polis melepaskan tembakan amaran ke udara .Sehingga petang Ahad, 1,434 orang suspek berkaitan dengan rusuhan itu telah ditahan.

Xinhua melaporkan yang 156 orang telah terbunuh (129 lelaki dan 27 wanita) dan 1080 cedera,[27] tetapi angka kematian diramal terus meningkat. World Uyghur Congress mendakwa yang angka kematian sekitar 600.Xinhua tidak mendedahkan jumlah kematian bagi pihak Uyghur dan pihak Han; tetapi menurut wartawan Times , kebanyakan mangsa kelihatan seperti orang Cina Han. Seramai 291 orang cedera dimasukkan ke Hospital Xinjiang Uyghur. 233 adalah Cina Han dan 39 adalah Uygurs.Semasa rusuhan, 260 buah kenderaan telah musnah terbakar termasuk 190 buah bas. 220 pembakaran dengan sengaja dan 2 buah bangunan terbakar.

Para blogger China menulis bahawa terjadi bom meletus semasa insiden itu. Polis China mengenakan perintah berkurung mulai pagi 6 Julai. Bagaimanapun, bandar raya itu kekal aman .Wartawan dijemput untuk menyaksikan pertemuan antara tentera Cina dan Uyghur. Mereka mendesak pembebasan ahli-ahli keluarga mereka yang telah ditahan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Hu Yinan, Lei Xiaoxun (18 Julai 2009). "Urumqi riot handled 'decisively, properly'". China Daily. Dicapai pada 18 Julai 2009.
  2. ^ a b Yan Hao, Geng Ruibin and Yuan Ye (18 Julai 2009). "Xinjiang riot hits regional anti-terror nerve". Xinhua. Dicapai pada 21 Julai 2009.
  3. ^ a b AP (17 Julai 2009). "Initial probe completed and arrest warrants to be issued soon, Xinjiang prosecutor says". South China Morning Post. m/s. A7.
  4. ^ Epstein, Gady (5 Julai 2009). "Uighur Unrest". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 May 2012. Dicapai pada 5 Julai 2009.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan aljazeera tidak disediakan
  6. ^ "China's Xinjiang hit by violence". BBC News. 6 Julai 2009. Dicapai pada 6 Julai 2009.
  7. ^ Macartney, Jane (5 Julai 2009). "China in deadly crackdown after Uighurs go on rampage". The Times. Dicapai pada 5 Julai 2009.
  8. ^ Foster, Peter (7 Julai 2009). "Uighur unrest: not another Tiananmen". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-07. Dicapai pada 2009-07-08.
  9. ^ a b Wong, Edward (5 Julai 2009). "Riots in Western China Amid Ethnic Tension". The New York Times. Dicapai pada 5 Julai 2009.
  10. ^ Reuters (5 Julai 2009). "China calls Xinjiang riot a plot against its rule".
  11. ^ 浩祥 (Hau Xiang in Washington) (27 June 2009), 广东汉族维族工人械斗百多伤二亡 (two dead and 100+ injured in Guangdong Han-Uyghur conflict (dalam bahasa Chinese)CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan guardian tidak disediakan
  13. ^ "China Says 140 Die in Riot, Uighur Separatists Blamed (Update2)". Bloomberg News. 5 Juli 2009. Check date values in: |date= (bantuan)
  14. ^ "Civilians and armed police officer killed in NW China violence". Xinhua News. 5 Julai 2009. Dicapai pada 5 Julai 2009.
  15. ^ a b Xinhua (6 Julai 2009). "Civilians, officer killed in Urumqi unrest". China Daily.
  16. ^ "Interview with Rebiya Kadeer" (video). Al Jazeera. 7 Julai 2009. Dicapai pada 8 Julai 2009.