Republik Rwanda terletak di bahagian tengah Afrika. Ia bersempadan dengan Uganda, Burundi, Republik Demokratik Congo dan Tanzania. Kediaman kepada hampir 10 juta penduduk, Rwanda menampung penduduk yang paling padat di Benua Afrika, kebanykan mereka bergiat di dalam bidang pertanian. Negara ini mempunya tanah yang subur dan daratan yang berbukit bukau. Disebabkan ini, negara in digelar "Bumi dengan Ribuan Bukit-bukau".

Republik Rwanda
Repubulika y'u Rwanda (Kinyarwanda)
République du Rwanda (Perancis)
Jamhuri ya Rwanda (Swahili)
Bendera Rwanda
Jata Rwanda
Bendera Jata
Cogan kata"Ubumwe, Umurimo, Gukunda Igihugu"
"Perpaduan, Pekerjaan, Patriotisme"
Lagu kebangsaan"Rwanda nziza"
(bahasa Inggeris: "Beautiful Rwanda")
Lokasi  Rwanda  (biru gelap) – di Afrika  (biru cerah & kelabu gelap) – di Kesatuan Afrika  (biru cerah)
Lokasi  Rwanda  (biru gelap)

– di Afrika  (biru cerah & kelabu gelap)
– di Kesatuan Afrika  (biru cerah)

Lokasi Rwanda
Ibu negara
dan bandar terbesar
Kigali
1°56.633′S 30°3.567′E / 1.943883°S 30.059450°E / -1.943883; 30.059450
Bahasa rasmi
Kumpulan etnik
KerajaanRepublik berperlembagaan berpresiden parti dominan
• Presiden
Paul Kagame
Édouard Ngirente
Badan perundanganParlimen
Senat
Dewan Rakyat
Kemerdekaan 
daripada Belgium
• Kemerdekaan
1 Julai 1962
• Kemasukan ke PBB
18 September 1962
26 Mei 2003
Keluasan
• Jumlah
26,338 km2 (10,169 bt2) (ke-144)
• Perairan (%)
5.3
Populasi
• Perkiraan 2015
11,262,564 (ke-76)
• Bancian Penduduk 2012
10,515,973
445/km2 (1,152.5/sq mi) (ke-29)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$30.068 billion
$2,444[2]
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$10.211 bilion
$830[2]
Gini (2016)43.7
sederhana
HDI (2018) 0.536[3]
rendah · 157th
Mata wangFranc Rwanda
(RWF)
Zon waktuUTC+2 (CAT)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+250
Kod ISO 3166RW
DPT internet.rw

Negara ini telah menerima banyak perhatian dunia disebabkan pembunuhan bangsa beramai-ramai 1994 di mana antara 800,000 hingga 1,000,000 orang telah dibunuh. Tiga perempat populasi negara ini hidup di bawah paras kemiskinan antarabangsa iaitu US$1.25 sehari.

Sejarah sunting

Tidak diketahui bagaimana kawasan Rwanda Hari ini mula-mula didiami tetapi dijangkakan bahawa manusia berpindah ke kawasan itu mengikuti Zaman Ais Terakhir, pada Zaman Neolitik, 10,000 tahun dahulu. Galian arkeologi telah membongkar bukti bahawa terdapat sekumplan kecil pemburu pada Zaman Batu, diikuti dengan populasi yang lebih besar pada Zaman Logam yang menghasilkan lesung dan alat besi. Penduduk awal ini merupakan nenek moyang kepada Kaum Twa, sekumpulan Orang Asli Pygmy iaitu pemburu yang masih hidup di Rwanda hari ini. Akhirnya penduduk kawasan ini bergabung dengan petani berbangsa Bantu yang datang dari barat yang dikenali sebagai Kaum Hutu. Tarikh yang tepat untuk peristiwa ini tidak dapat dipastikan, tetapi terdapat pendapat menganggarkan pada 700 S.M sehingga permulaan era Kristian, sekitar 1 Masihi. Kaum Hutu yang malas bertani kemudiannya telah di kurangkan bilangannya oleh Kaum Twa dan mula mengambil alih tempat mereka berburu dan memaksa mereka (Kaum Hutu) untuk berundur ke dalam hutan. Kemudian, kumpulan ketiga, iaitu Kaum Tutsi yang bekerja sebagai penternak lembu telah berhijrah ke sana. Kaum Tutsi secara umumnya lebih tinggi badannya daripada Kaum Hutu dan Kaum Twa dan berbeza dari segi penampilan fizikal. Tidak diketahui bila dan dari mana Kaum Tutsi ini datang tetapi, terdapat bukti bahawa mereka adalah berasal dari Cushitic, iaitu dari "Tanduk Afrika" (Horn of Africa).

Banyak kontroversi yang menyelubungi asal-usul pembentukan Rwanda, sebelum kedatangan Orang Eropah, bagaimanapun, Kerajaan Rwanda telah mempertikaikan peranan sejarah Eropah dalam sejarah Rwanda.

Zaman Kolonial sunting

Selepas menandatangani perjanjian dengan cif di kawasan Tanganyika pada 1884-1885, Jerman menuntut Tanganyika, Rwanda dan Burundi sebagai jajahannya. Count von Götzen telah berjumpa dengan Tutsi Mwami (raja) buat pertama kali pada tahun 1894, bagaimanapun, dengan bilangan 2500 askar di Afrika Timur Jerman, Jerman telah membuat sedikit perubahan kepada struktur sosial di kebanyakan kawasan, terutamanya di Rwanda. Selepas kematian Mwami pada tahun 1895, tempoh kekacauan dan pergolakan berlaku. Jerman dan para mubaligh mula masuk ke negara itu melalui Tanganyika pada 1897-1898.

Kebanyakan masa Jerman ialah melawan pemberontakan di Tanganyika, terutamanya, dalam Pengganas Maji-maji pada tahun 1905-1907. Pada 14 Mei 1910 Konevensyen Eropah Brussel telah memperbaiki sempadan, Uganda, Belgian Congo dan Afrika Jerman Timur yang melingukungi Tanganyika dan Ruanda-Urundi. Pada tahun 1911, Jerman membantu Kaum Tutsi pemberontakan Kaum Hutu di kawasan utara Rwanda.

Pada 1916, semasa Perang Dunia I, Tentera Belgium mendahului dari Congo ke koloni Afrika Timur Jerman.

Politik dan kerajaan sunting

 
Presiden Paul Kagame pada 2006

Selepas kemenangan ketenteraan pada julai 1994, Barisan Patriotik Rwanda telah menubuhkan kerajaan campuran. Pergerakan Demokrasi dan Pembangunan Kebangsaan (Parti Habyarimana yang memulakan dan melaksanakan idealogi pembunuhan beramai-ramai dan CDR) (satu lagi pertubuhan kebangsaan Hutu) telah diharamkan, dengan kebnyakan pemimpinnya telah ditangkap. Tidak diketahui samada kini parti Hutu masih dibenarkan di Rwanda. Selepas pembunuhan beramai-ramai pada tahun 1994, RPF (Barisan Petriotik Rwanda) menubuhkan secara rasmi sebuah parti berdsarkan kerajaan campuran. Paul Kagame menjadi timbalan presiden. Pada tahun 2000, dia telah dipilih menjadi presiden Rwanda.

 
Peta Rwanda

Daerah sunting

Rwanda telah dibahagikan kepada 5 Wilayah ([intara] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) dan dibahgikan lagi kepada 30 lagi daerah ([akarere] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)). Wilayah di Rwanda adalah:

Geografi sunting

 
Imej satelit untuk Kiri yang dijanakan oleh data grafik raster yang dibekalkan oleh Koleksi Peta.

Negara yang kecil ini sedikit kecil daripada negeri Massachusetts, Amerika Syarikat atau separuh saiz Scotland terletak berdekatan Afrika Tengah iaitu beberapa darjah selatan dari Garisan Khatulistiwa. ia telah dipisahkan dari Republik Demokratik Congo dengan Tasik Kivu dan Lembah Sungai Rivuvu dari bahagian barat, ia disempedani di utara oleh Uganda, dari timur oleh Tanzania dan dari selatan oleh Burundi. Ibu negaranya, Kigali terletak di tengah-tengah negara ini.

Pengangkutan sunting

Sistem pengangkutan utama di pusat bandar Rwanda kebanyakannya ialah jaringan jalan raya, terdapat jalan raya berturap diantara pusat bandar Kigali dengan bandar-bandar besar yang lain. Rwanda turut dihubungi dengan jalan raya untuk ke negara Afrika Timur yang lain . Negara ini mempunyai Lapangan Terbang Antrabangsa di Kigali yang menyediakan satu perkhidmatan domestik dan beberapa destinasi antarabangsa. Di sini tidak terdapat pengangkutan awam air diantara bandar pelabuhan di Tasik Kivu tetapi perkhidmatan berbayar disediakan. Sebilangan besar pelaburan telah dilakukan untuk infrastruktur pengangkutan sejak dari pembunuhan bangsa beramai-ramai pada 1994, dengan bantuan dari Amerika Syarikat, Pertubuhan Eropah Bersatu, Jepun dan lain-lain.

 
Ekspres Rwandair

Komunikasi sunting

Kegunaan wayar telefon tetap tidak digunakan secara meluas di negara ini.

Perkhidmatan Kafe Internet ada disediakan, dan kebenyakan dengan harga murah tetapi dengan hubungan yang perlahan.

Perkhidmatan pos adalah yang paling boleh dipercayai. Sesiapa yang berminat untuk menerima surat mesti mendaftar dan membayar yuran tahunan, peti pos terletak di pejabat pos.

Terdapat satu saluran televisyen nasional iaitu Rwanda Television. Program malam kebanyakannya mengandungi program berita tempatan yang diulang tayang dalam Bahasa Kinyarwanda, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Perancis.

Ekonomi sunting

Ekonomi Rwanda terjejas semasa pembunuhan bangsa beramai-ramai pada tahun 1994, dengan jumlah kehilangan nyawa yang banyak, gagal untuk memperbaiki infrastruktur, sumber kewangan pertanian yang dirampas dan terbiar menyebabkan penurunan yang banyak dalam KDNK dan memusnahkan kebolehan negara ini untuk menarik minat sektor swasta dan asing dalam pelaburan. Kebelakangan ini, ekonomi negara ini telah menjadi semakin baik, dengan KNK per-kapita (PKB) dianggarkan pada $951 pada 2008, dibandingkan dengan $390 pada 1994. Antara pasaran eksport utamanya ialah China, Jerman, Amerika Syarikat.

Demografi sunting

 
Kanak-kanak di Rwanda.

Kebanyakan orang Rwanda berckap menggunakan Bahasa Kiryawanda , salah satu dari bahasa rasmi negara ini, di bandar pula, kebnyakan penduduk menggunakan Bahasa Swahili. Penduduk Rwanda yang terpelajar menggunakan Bahasa Perancis dan (pada tahun 2008)5% penduduk menggunakan Bahasa Inggeris. Pada tahun 2008, kerajaan Rwanda mengumumkan bhawa Bahasa Inggeris akan menjadi nehasa rasmi yang kedua bagi bangsa ini selepas Bahasa Kinyarwanda menggantikan Bahasa Perancis. Mereka juga telah menukar bahasa pelajaran dari Bahasa Perancis kepada Bahasa Inggeris, dan mengarahkan supaya pegawai kerajaan supaya mempelajarinya. Ini adalah salah satu usaha untuk membolehkan Rwanda menjadi sebahagian daripada komuniti ekonomi global-Bahasa Inggeris dan Bahasa Swahili akan menjadi bahasa utama di Komuniti Afrika Timur-tapi semua ini sebenarnye adalah disebabkan tempoh pertengkelihan yang panjang diantara Presiden Kagame dan Perancis di sebabkan mereka menyalahkan Perancis ke atas pembunuhan bangsa beramai-ramai pada 1994. Pecahan Etnik di negara 10 juta penduduk ini secara kasarnya 84% berbangsa Hutu, 15% Tutsi dan 1% Twa, dengan bahagian yang lebih kecil dari Asia Tenggara, Bangsa Arab, Bangsa Perancis, Bangsa British dan Bangsa Belgium.

Agama di Rwanda[4]
agama peratus
Roman Katolik
  
56.5%
Protestant
  
37.1%
Islam
  
4.6%
Tidak Ada Agama
  
1.7%
Peribumi
  
0.1%

Kebanyakan orang Rwanda adalah beragama Kristian, dengan pertambahan yang banyak selepas pembunuhan bangsa beramai-ramai pada 1994.

Kesihatan sunting

Kesuburan dalam kelahiran adalah enam bagi setiap wanita.

Pendidikan sunting

Kadar graduan berijazah adalah 74% pada tahun 2004. Perbelanjaan awam adalah pada tahap 3.8% dalam KDNK dalam tahun 2002-2005. Sebilangan besar penduduk Rwanda adalah Buta Huruf, kebanyakannya wanita. Pendidikan awam peringkat rendah telah dijadikan percuma. Bahasa Kinyarwanda, Bahasa Perancis dan Bahasa Inggeris diajar secara umum. Rwanda juga mempunyai beberapa buah universiti.

Rendah dan Menengah sunting

Lihat Senarai Sekolah di Rwanda

Institusi Tinggi sunting

Terdapat 20 tempat pendidikan tinggi di Rwanda, 6 daripadanya awam dan 14 daeripadanya swasta:

Umum

Swasta

Rujukan sunting

  1. ^ "Rwanda: A Brief History of the Country". United Nations. Dicapai pada 4 April 2018.
  2. ^ a b "Report for Selected Countries and Subjects". www.imf.org.
  3. ^ "Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 10 December 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-12-09. Dicapai pada 10 December 2019.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DOS tidak disediakan
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-08. Dicapai pada 2009-12-08.

Pautan luar sunting