Sébastien Olivier Buemi (dilahirkan pada 31 Oktober 1988 di Aigle, Vaud)[1] ialah seorang pemandu kereta lumba profesional dari negara Switzerland, yang dahulunya bertanding dalam Formula Satu untuk pasukan Scuderia Toro Rosso. Buemi kini merupakan pemandu ujian untuk pasukan "adik" Scuderia Toro Rosso, Red Bull Racing, dan menjadi pemandu untuk pasukan Toyota dalam acara 24 Jam Le Mans.

Sébastien Buemi
Buemi di dalam pit pasukan Red Bull Racing pada musim 2019.
Lahir (1988-10-31) 31 Oktober 1988 (umur 35)
Aigle, Vaud, Switzerland
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanSwitzerland Switzerland
Tahun aktif20092011
TeamsToro Rosso
Entri55 (55 permulaan)
Kejuaraan0
Kemenangan0
Podium0
Mata kerjaya29
Petak pertama0
Pusingan terpantas0
Perlumbaan pertamaGrand Prix Australia 2009
Perlumbaan terakhirGrand Prix Brazil 2011
Kedudukan 2011Ke-15 (15 mata)

Kerjaya sunting

Formula BMW sunting

Selepas berjaya dalam perlumbaan kart, Buemi menghabiskan tahun 2004 dan 2005 dengan bersaing dalam kejuaraan German Formula BMW, dengan mendapat tempat ketiga dan kedua dalam kejuaraan masing-masing. Beliau juga merupakan naib juara pada tahun 2005 dalam FBMW World Final.

Formula Three sunting

Berikutan sebuah perlumbaan dalam kejuaraan Spanish Formula Three pada tahun 2005, Buemi bertanding dalam Formula Three Euroseries bagi tahun 2006, dan mendapat tempat ke-12 dalam kejuaraan, bagaimanapun mendapat tempat kesebelas melalui kiraan semula. Beliau terus bersaing dalam siri ini pada tahun 2007, dan mendapat tempat kedua dalam kejuaraan, di belakang Romain Grosjean. Beliau juga telah bertanding dalam Masters of Formula 3 dan Macau Grand Prix.

A1 Grand Prix sunting

Untuk musim A1 Grand Prix 2006-07, Buemi berkongsi tugas sebagai pemandu pasukan bagi A1 Team Switzerland dengan Neel Jani dan Fässler Marcel. Pasukan tersebut mendapat tempat kelapan dalam kejuaraan tahun tersebut.

GP2 Series sunting

 
Buemi memandu untuk Arden International di Silverstone semasa perlumbaan GP2 Series musim 2008.

Buemi menggantikan Michael Ammermüller yang cedera untuk pasukan ART Grand Prix untuk perlumbaan di Monaco dalam perlumbaan GP2 Series musim 2007. Buemi telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam penampilan sulungnya, dengan mendapat tempat keempat pada pusingan kelayakan dan menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh. Beliau menyertai pasukan Arden International bagi musim 2008, dan menjadi naib juara dengan satu kemenangan dan mendapat tempat kedua sebanyak empat kali. Beliau kekal bersama pasukan tersebut bagi musim 2008.[2] Beliau mendapat kemenangan pertamanya dalam perlumbaan sprint di Perancis, setelah bermula dari tempat ke-21 (selepas mengalami masalah teknikal dalam perlumbaan feature). Beliau memenangi satu lagi perlumbaan dan menamatkan musim di tempat keenam dalam kejuaraan tersebut.

Formula Satu sunting

Pada 18 September 2007, beliau memandu kereta Red Bull RB3 pasukan Red Bull dalam sebuah sesi ujian F1 di Jerez. Beliau merupakan pemandu ketiga terpantas pada hari itu, di belakang Timo Glock (BMW) dan Vitantonio Liuzzi (Scuderia Toro Rosso) namun di hadapan Rubens Barrichello (Honda) dan Nelson Piquet, Jr. (Renault). Pada 16 Januari 2008, Red Bull Racing mengesahkan bahawa Buemi akan menjadi pemandu ujian dan pemandu simpanan mereka bagi musim 2008.[3]

Scuderia Toro Rosso (2009–2011) sunting

2009 sunting
 
Buemi di Grand Prix Sepanyol 2009.

Scuderia Toro Rosso mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani Buemi sebagai salah satu pemandu mereka pada 9 Januari 2009.[4] Beliau merupakan pemandu Formula Satu Switzerland yang pertama untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan F1 sejak Jean-Denis Délétraz, yang memandu untuk pasukan Pacific di Grand Prix Eropah 1995.

Pada perlumbaan pertamanya di Australia, Buemi mendapat tempat kelapan, namun dinaikkan ke tempat ketujuh selepas Lewis Hamilton disingkirkan daripada perlumbaan. Di Grand Prix China, beliau sekali lagi mendapat mata dengan mendapat tempat kelapan setelah bermula dari tempat kesepuluh. Selepas gagal mendapat mata bagi 12 perlumbaan yang berikutnya, Buemi akhirnya mendapat mata dengan mendapat tempat ketujuh di Brazil. Di Grand Prix Abu Dhabi, Buemi sekali lagi mendapat tempat kelapan. Buemi menamatkan musim 2009 dengan enam mata dan mendapat tempat ke-16 dalam kejuaraan pemandu.

2010 sunting
 
Buemi di Grand Prix Sepanyol 2010.

Pada 9 November 2009, ia telah disahkan bahawa Buemi akan berlumba dengan Toro Rosso bagi musim 2010.

Semasa sesi latihan bebas pertama di Grand Prix China 2010, ampaian kereta Buemi patah ketika beliau menekan brek untuk selekoh ke-14. Kedua-dua roda depan keretanya tercabut ketika Buemi memandu lebih 300 km/j. Sebuah tayar terbang ke atas pagar keselamatan dan mendarat di kawasan penonton, dan nyaris-nyaris terkena seorang jurukamera. Kereta Buemi terus bergerak ke hadapan dan membelok ke kiri dan melanggar tembok armco. Kemalangan tersebut merosakkan sayap depan keretanya. Buemi, serta penonton yang hadir pada hari tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Toro Rosso menyatakan yang sayap depan mereka yang baru menyebabkan kemalangan tersebut.[5] Buemi menamatkan musim 2010 dengan lapan mata dan sekali lagi mendapat tempat ke-16 dalam dalam kejuaraan pemandu.

2011 sunting
 
Buemi memandu untuk Toro Rosso di Grand Prix Itali 2011.
 
Buemi memandu untuk Toro Rosso di Grand Prix Singapura 2011.

Buemi, bersama dengan rakan sepasukan dari tahun 2009 dan 2010 - Jaime Alguersuari, terus berlumba untuk Scuderia Toro Rosso bagi musim 2011. Pada 14 Disember 2011, ia telah diumumkan bahawa kedua-dua Buemi dan Alguersuari telah digugurkan oleh pasukan tersebut, dan akan digantikan oleh Daniel Ricciardo dan Jean-Éric Vergne bagi musim 2012.

Red Bull Racing (2012–) sunting

2012 sunting

Pada bulan Januari 2012, ia diumumkan bahawa Buemi akan menyertai semula pasukan Red Bull Racing sebagai pemandu ujian dan pemandu simpanan bagi musim 2012, dan juga akan menjadi pemandu simpanan untuk pasukan Toro Rosso.[6]

24 Hours of Le Mans sunting

Buemi juga bertanding dalam 24 Jam Le Mans dengan pasukan Toyota Motorsport GmbH, dengan memandu kereta Toyota TS030 Hybrid bersama Anthony Davidson dan Hiroaki Ishiura (yang kemudian menarik diri dan telah digantikan oleh Stéphane Sarrazin).[7] Selepas prestasi yang kukuh, kereta tersebut berada di tempat ketiga pada awal petang sehinggalah Davidson berlanggar dengan sebuah kereta GT Ferrari dan terbabas dengan teruk.

Kehidupan peribadi sunting

Sehingga tahun 2009, Buemi merupakan penduduk rasmi negara Bahrain, dan tinggal bersama keluarga dan teman wanitanya, Jennifer.[8] Kini beliau menetap di Monaco.[1] Sepupu beliau, Natacha Gachnang, juga merupakan seorang pemandu kereta lumba.

Rekod perlumbaan sunting

Ringkasan kerjaya sunting

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Perpantas Podium Mata Kedudukan
2004 Formula BMW ADAC Lars Kaufmann Motorsport 20 0 2 2 10 188 Ke-3
2005 Formula BMW ADAC ADAC Berlin-Brandenburg e.V. 20 7 7 12 16 282 Ke-2
Formula BMW World Final 1 0 0 0 1 N/A Ke-2
Spanish Formula Three Racing Engineering 1 0 0 0 0 0 NC
2006 Formula Three Euroseries ASL Mücke Motorsport 20 1 0 6 3 31 Ke-12
Masters of Formula 3 1 0 0 0 1 N/A Ke-3
Formula Renault 2.0 NEC Motopark Academy 8 2 1 1 6 172 Ke-7
Eurocup Formula Renault 2.0 6 1 0 0 1 33 Ke-11
Macau Grand Prix Carlin Motorsport 1 0 0 0 0 N/A Ke-4
2006–07 A1 Grand Prix A1 Team Switzerland 12 0 0 1 0 50 Ke-8
2007 Formula Three Euroseries ASL Mücke Motorsport 20 3 2 4 13 95 Ke-2
GP2 Series ART Grand Prix 11 0 0 3 0 6 Ke-21
Macau Grand Prix Räikkönen Robertson Racing 1 0 0 0 0 N/A Ke-11
2008 GP2 Asia Series Trust Team Arden 10 1 0 1 5 37 Ke-2
GP2 Series 19 2 0 0 5 50 Ke-6
Formula Satu Red Bull Racing Pemandu ujian
2009 Formula Satu Scuderia Toro Rosso 17 0 0 0 0 6 Ke-16
2010 Formula Satu Scuderia Toro Rosso 19 0 0 0 0 8 Ke-16
2011 Formula Satu Scuderia Toro Rosso 19 0 0 0 0 15 Ke-15
2012 Formula Satu Red Bull Racing Pemandu ujian
World Endurance Championship Toyota Racing
2013 Formula Satu Infiniti Red Bull Racing Pemandu ujian

Keputusan lengkap A1 Grand Prix sunting

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 DC Mata
2006–07 Switzerland NED
SPR
10
NED
FEA
8
CZE
SPR
8
CZE
FEA
10
BEI
SPR
BEI
FEA
MYS
SPR
MYS
FEA
IDN
SPR
IDN
FEA
NZL
SPR
5
NZL
FEA
4
AUS
SPR
4
AUS
FEA
7
RSA
SPR
RSA
FEA
MEX
SPR
MEX
FEA
SHA
SPR
4
SHA
FEA
9
GBR
SPR
Ret
GBR
SPR

DSQ
Ke-8 50

Keputusan lengkap GP2 Series sunting

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 DC Mata
2007 ART Grand Prix BHR
FEA
BHR
SPR
ESP
FEA
ESP
SPR
MON
FEA

7
FRA
FEA
FRA
SPR
GBR
FEA
GBR
SPR
EUR
FEA

Ret
EUR
SPR

20
HUN
FEA

15
HUN
SPR

17
TUR
FEA

Ret
TUR
SPR

13
ITA
FEA

7
ITA
SPR

14
BEL
FEA

10
BEL
SPR

Ret
VAL
FEA
VAL
SPR
Ke-21 6
2008 Trust Team Arden ESP
FEA

7
ESP
SPR

2
TUR
FEA

6
TUR
SPR

3
MON
FEA

Ret
MON
SPR

11
FRA
FEA

Ret
FRA
SPR

1
GBR
FEA

4
GBR
SPR

DNS
GER
FEA

Ret
GER
SPR

8
HUN
FEA

7
HUN
SPR

1
EUR
FEA

6
EUR
SPR

Ret
BEL
FEA

5
BEL
SPR

4
ITA
FEA

3
ITA
SPR

7
Ke-6 50

Keputusan lengkap GP2 Asia Series sunting

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 DC Mata
2008 Trust Team Arden DUB1
FEA

DSQ
DUB1
SPR

Ret
IDN
FEA

1
IDN
SPR

7
MAL
FEA

Ret
MAL
SPR

Ret
BHR
FEA

2
BHR
SPR

2
DUB2
FEA

2
DUB2
SPR

2
Ke-2 37

Keputusan lengkap Formula Satu sunting

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 WDC Mata
2009 Scuderia Toro Rosso Toro Rosso STR4 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
7
MAL
16
CHN
8
BHR
17
ESP
Ret
MON
Ret
TUR
15
GBR
18
GER
16
HUN
16
EUR
Ret
BEL
12
ITA
13
SIN
Ret
JPN
Ret
BRA
7
ABU
8
Ke-16 6
2010 Scuderia Toro Rosso Toro Rosso STR5 Ferrari 056 2.4 V8 BHR
16
AUS
Ret
MAL
11
CHN
Ret
ESP
Ret
MON
10
TUR
16
CAN
8
EUR
9
GBR
12
GER
Ret
HUN
12
BEL
12
ITA
11
SIN
14
JPN
10
KOR
Ret
BRA
13
ABU
15
Ke-16 8
2011 Scuderia Toro Rosso Toro Rosso STR6 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
8
MAL
13
CHN
14
TUR
9
ESP
14
MON
10
CAN
10
EUR
13
GBR
Ret
GER
15
HUN
8
BEL
Ret
ITA
10
SIN
12
JPN
Ret
KOR
9
IND
Ret
ABU
Ret
BRA
12
Ke-15 15

Keputusan 24 Hours of Le Mans sunting

Tahun Kels No Tayar Kereta Pasukan Pemandu kedua Pusingan Ked. Kelas
Pos.
2012 LMP1 8 M Toyota TS030 Hybrid
Toyota 3.4L Hybrid V8
  Toyota Racing   Anthony Davidson
  Stéphane Sarrazin
82 DNF DNF

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Sébastien Buemi (#8)". Toyota Racing. Dicapai pada 27 Mei 2012.
  2. ^ "Arden tekad untuk berjaya pada musim 2008". autosport.com. 2007-01-10. Dicapai pada 2007-01-13.
  3. ^ "Buemi disahkan sebagai pemandu simpanan Red Bull". Autosport. 2008-01-16. Dicapai pada 2008-01-16.
  4. ^ "Toro Rosso mengesahkan Buemi untuk musim 2009". autosport.com. 2009-01-09. Dicapai pada 2009-01-09.
  5. ^ Noble, Jonathan (2010-04-16). "Toro Rosso menjelaskan masalah dengan kereta Buemi". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2010-04-16.
  6. ^ Elizalde, Pablo (5 Januari 2012). "Sebastien Buemi disahkan sebagai pemandu ujian dan simpanan Red Bull Racing". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 5 Januari 2012.
  7. ^ "Toyota mengesahkan bahawa Anthony Davidson dan Sebastien Buemi akan memandu TS030 HYBRID". Autosport. Haymarket Publications. 10 Februari 2012. Dicapai pada 10 Februari 2012.
  8. ^ "Sébastien Buemi akan tinggal di Bahrain" Auto123.com 2009-01-16. Retrieved 2009-04-25.

Pautan luar sunting