S-Bahn adalah sejenis "kereta api laju" di Jerman, Austria dan Switzerland. Namanya merupakan singkatan Jerman: Stadtschnellbahn yang bererti "kereta api laju bandar". Secara teknikal, ia merupakan sejenis kereta api biasa dan juga termasuk dalam kategori kereta api pengangkutan awam. Jika dilihat dari segi pengangkutan secara keseluruhan, S-Bahn ini lebih tepat jika dikenali sebagai sistem pengangkutan pinggir bandar selain menawarkan pengangkutan di dalam bandar.

Logo S-Bahn Jerman
Logo S-Bahn Austria
Logo S-Bahn Salzburg

Ia berbeza dari keretapi biasa disebabkan perkara-perkara berikut:

  • Mempunyai pelan perjalanan yang selaras dan kekerapan yang tinggi.
  • Mempunyai tarif bayaran yang berbeza.
  • Perhubungan yang sebuk dengan perhubungan awam yang lain untuk pengguna.
  • Kebiasaannya menggunakan gerabak yang istimewa, di mana pertukaran penumpang diambil kira (kuantiti pintu yang banyak dan lebar) dengan kapasiti pengangkutan yang tinggi dan daya pecutan yang kuat.
  • Kebiasaannya, platform juga ditinggikan untuk memastikan lantai platform adalah separas dengan lantai gerabak untuk membolehkan pertukaran penumpang dengan pantas tanpa sebarang tangga terlibat.
  • Dipisahkan dengan sistem keretapi bandar yang lain untuk memberikan kebolehupayaan yang tinggi dan landasan pinggir bandar.
  • Undang-undang yang istimewa merujuk kepada Peraturan pembinaan landasan keretapi dan kilang (Eisenbahn-bau- und Betriebsordnung) semasa pembinaan.

Sejarah pembinaan sunting

Bermula dengan wap sunting

Dengan meningkatnya trafik jarak dekat menggunakan sistem lokomotif wap ke dalam atau di sekitar ibu negara Jerman, Berlin, telah menyebabkan mereka memberikan arahan kepada Keretapi Prussian untuk membina laluan jarak jauh dan laluan pinggir bandar mereka sendiri. Contoh berkenaan pembinaan bandar terancang, adalah Keretapi Berlin, di mana landasan berkembar yang diasingkan untuk laluan pinggir bandar dan laluan jarak jauh yang merupakan laluan asal, dan laluan ini mengambil penumpang dari pelbagai arah sehingga ke hari ini. Sistem Keretapi dalam bulatan dan Keretapi biasa yang telah beroperasi sebelum ini yang menghubungkan kawasan pinggir bandar, menerima secara berperingkat landasan-landasan berkembar ini.

Pada 1 Oktober 1891 syarikat Keretapi telah memperkenalkan Tarif istimewa untuk Sistem keretapi Wap mereka Berliner Stadt-, Ring- und Vorortbahn, sepertimana yang dinamakan sehingga sekarang. Tarif perjalanan jarak dekat ini adalah tidak boleh digunakan untuk keretapi jarak jauh. Ini adalah untuk menggalakkan penumpang menggunakan perkhidmatan sistem pengangkutan ini. Selain itu, kekerapan keretapi untuk sistem ini juka dipertingkatkan untuk tujuan yang sama.

Sistem yang hampir serupa telah dibangunkan di Hamburg. Dengan menggunakan nama Hamburg-Altonaer Stadt- und Vorortbahn', Syarikat Keretapi Prussian Altona 1906 telah menggunakan Keretapi Wap sebagai kenderaan perhubungan antara bandar Blankenese, Hamburg; Altona (Elbe) dan Hamburg.


 

Arus Aliran Terus sunting

Sewaktu enjin berkuasa elektrik masih di dalam peringkat awal, perhubungan keretapi dimonopoli oleh enjin Wap. Keretapi elektrik berkapasiti 15.000 Volt Arus aliran terus laluan atas telah muncul pada masa Perang Dunia Pertama.Berlin pada masa itu berada dalam keadaan diselubungi wap. Walau bagaimanapun, penduduk Berlin telah disarankan untuk merancang sistem yang lebih jimat dari segi ekonomi, lebih mesra alam dan tidak mengganggu pengguna berbanding sistem keretapi wap tersebut.

Percubaan demi percubaan menggunakan Arus Aliran Ulang-alik begitu juga Arus Aliran Terus untuk digunakan keatas Keretapi Jalanan dan Keretapi Bawah Tanah untuk perjalanan jarak dekat dan jarak jauh membuahkan kegagalan disebabkan teknik yang digunakan pada masa itu. Syarikat Keretapi Jerman telah memutuskan untuk menggunakan Arus Aliran Terus setinggi 750 Volt, untuk operasi sistem keretapi Bulatan dan Pinggir bandar Berlin, dan semua gerabak-gerabak keretapi perlu di ubahsuai untuk menepati piawaian ini, termasuk sistem pembumian arus yang dimuatkan di dalam sistem gerabak tersebut. Pada tahun 1924, laluan yang menggunakan kuasa Elektrik telah beroperasi secara terus di Berlin.

Di Hamburg sistem yang hampir serupa menggunakan Arus Aliran Terus setinggi 1200 Volt yang menggunakan prinsip yang sama seperti S-Bahn di Berlin telah diperkenalkan pada tahun 1940, sejak 1907 terdapat syarikat di Hamburg yang melakukan percubaan untuk menggunakan Arus Elektrik Ulang-alik laluan atas untuk digunakan keatas sistem keretapi.

Simbol dan Singkatan sunting

Sistem keretapi laju bandar ini telah dinamakan sebagai S-Bahn pada Disember 1030 kerana wujudnya Sistem keretapi bawah tanah, U-Bahn yang beroperasi di dalam Berlin juga pada masa itu. Pada tahun 1924, setelah keretapi Bulatan, Bandar dan Pinggir bandar ditukar menggunakan sistem elektrik, semua sistem-sistem ini telah dinamakan sebagai "S-Bahn". Tambahan kepada itu, simbol yang menggunakan huruf S berwarna putih dengan latar hijau telah diperkenalkan, untuk menyamai simbol U-Bahn yang mempunyai huruf U berwarna putih dan berlatar biru.

Keretapi antara bandar yang terdahulu telah menggunakan fungsi S-Bahn yang sekarang, seperti contoh Kekerapan laluan yang tinggi. Tarif sendiri yang tidak berkaitan dengan tarif keretapi biasa telah buat pertama kalinya diperkenalkan pada 1 Oktober 1891.

Sejak 1934, Syarikat Keretapi Bandar dan Pinggir Bandar Hamburg-Altona telah menggunakan nama dan simbol S-Bahn juga.


Pelbagai Sistem sunting

 
Perbandingan Sistem tunggal Rangkaian S-Bahn dengan laluan asal dan Rangkaian U-Bahn

Sementara Berlin dan Hamburg telah mempunyai rangkaian perhubungan yang meluas di sekitar bandar, pihak Syarikat Keretapi Laju Bandar perlu menyediakan laluan untuk menghubungkan negeri-negeri yang lain.

Frankfurt am Main, Stuttgart und München menggunakan sistem tumpuan pusat tunggal. Tiga Bandar ini mempunyai sebuah Stesen Keretapi Utama, dimana sebuah terowong untuk S-Bahn juga disediakan, selain laluan pinggir bandar yang menggunakan laluan asal keretapi lain yang menghubungkan tempat dalam bandar. Laluan keretapi lama digunakan untuk menghubungkan antara pusat bandar yang lain. Begitu juga di Leipzig, sistem terowong bandar melalui pusat bandar dijangkakan akan digunakan bermula 2011.

Di sesetengah kawasan sistem rakaian polycentral digunakan dengan tujuan untuk menghubungkan lebih banyak bandar-bandar besar dengan kawasan pinggir bandar. Laluan di kawasan ini adalah lebih panjang dan jumlah penumpang di setiap kawasan adalah berbeza jika dibandingkan dengan landasan yang lain.

Di bandar-bandar timur Jerman seperti Rostock, Magdeburg dan Dresden, keretapi-keretapi dua tingkat digunakan untuk rangkaian S-Bahn. Di Leipzig, keretapi baru untuk S-Bahn akan digunakan untuk menggantikan keretapi sedia ada bermula 2011. Walaupun sehingga hari ini masih belum ada model yang spesifik yang akan digunakan.

Di Jerman, simbol pengenalan yang digunakan adalah huruf S berwarna putih dengan berlatarkan warna hijau. Di Austria huruf S berwarna putih didalam pelbagai bentuk berlatarkan warna biru digunakan. Di Switzerland tiada sebarang simbol pengenalan yang digunakan.

Sebuah rangkaian S-Bahn kebiasaannya hanya dimiliki oleh sebuah syarikat pengkutan semata-mata. Ini adalah dikecualikan untuk S-Bahn Rhein-Ruhr, S-Bahn Salzburg dan juga kebanyakan S-Bahn di Switzerland.

Lihat juga sunting