S. Rossley (dilahirkan sebagai Syed Ahdross Bin Syed Ahmad Alqadry; 1943 – 25 Januari 2017) merupakan seorang pelakon filem Melayu yang popular pada 1960-an. Mula berlakon menerusi filem Anak Buloh Betong (1967) dan Lampong Karam arahan S. Kadarisman, diikuti filem Dang Lenggang (1972). Beliau turut berlakon dalam filem Darma Kesuma (1967) bersama Dayang Sulu.

S. Rosley
Kelahiran
Syed Ahdross Bin Syed Ahmad Alqadry

1943
Meninggal dunia25 Januari 2017 (berumur 73–74)
Hospital Besar Changi, Singapura
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1964–1972
MajikanMalay Film Productions
Merdeka Film Productions
PasanganFauziah Zie
Anak-anakRuziq Ahdross
Fido Ahdross
Shariffah Fathin Ahdross

Penglibatan dalam karier seni sunting

S. Rosley melibatkan diri dalam Pesta Drama Sriwana pada tahun 1964 yang mana pengadil pesta tersebut adalah seniman S. Kadarisman yang mengambil beliau berlakon dalam lakonan pertamanya dalam filem Anak Buloh Betong.

Perkahwinan sunting

S. Rosley pernah mendirikan rumahtangga bersama-sama dengan pelakon tempatan, Fauziah Zie dan dikurniakan empat orang anak iaitu Syed Khairuzaad, Syed Mohamed Ruziq, Shariffah Fathinussalwa dan Syed Firdaus (Fido Ahdross) tetapi mereka berdua kemudian mengambil keputusan untuk berpisah secara baik sekitar 30 tahun lalu.

Meninggal dunia sunting

S. Rosley menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 74 tahun di sini sekitar 1.40 pagi Rabu akibat Penginfarkan Miokardium Akut atau serangan jantung.[1][2]

Rujukan sunting

  1. ^ IRA MUSFIRAH MOHAMED RASHID (25 Januari 2017). Seniman 1960-an S. Rosley meninggal dunia akibat serangan jantung Berita MediaCorp. Dicapai pada 25 Januari 2017.
  2. ^ Seniman 1960-an S. Rosley Meninggal Sakit Jantung Diarkibkan 2017-01-28 di Wayback Machine MyNews Hub. 25 Januari 2017.

Pautan luar sunting