SS-Totenkopfverbände

SS-Totenkopfverbände (SS-TV), diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai Unit Tengkorak Maut,[2] adalah sebuah organisasi SS yang bertanggungjawab bagi mentadbir kem tahanan Nazi untuk Reich Ketiga.[3] Walaupun lambang Totenkopf (tengkorak) merupakan lencana kebesaran bagi keseluruhan topi SS, SS-TV juga memakai insignia Tengkorak Maut pada kolar kanan bagi membezakan ia dari formasi Nazi Schutzstaffel (SS) yang lain.

SS-TV
SS-Totenkopfverbände
Lencana topi pegawai SS-Totenkopf (Tengkorak Maut), versi kedua yang digunakan dari tahun 1934 hingga 1945

SS-TV officers standing in front of prisoners at KZ Gusen in October 1941.
Intisari agensi
DibentukJun 1934
Dibubarkan8 Mei 1945
JenisOrganisasi separa tentera
Bidang kuasa
Jerman Jerman Nazi
Taklukan Eropah
Ibu pejabatOranienburg, near Berlin
52°45′16″N 13°14′13″E / 52.75444°N 13.23694°E / 52.75444; 13.23694
Kakitangan22,033 (SS-TV 1939[1] dan
Divisyen SS Totenkopf tahun 1942)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Organisasi separa tentera
Agensi induk
Schutzstaffel

SS-TV yang asalnya ditubuhkan pada tahun 1933 merupakan sebuah unit bebas didalam SS dengan mempunyai pangkat sendiri dan struktur pemerintahan. Ia mengurus kem-kem diseluruh Jerman dan kemudian, Eropah taklukan Jerman. kem-kem di Jerman termasuk Dachau, Bergen-Belsen dan Buchenwald; kem-kem tempat lain di Eropah termasuk Auschwitz di Poland taklukan Jerman dan Mauthausen di Austria serta banyak lagi kem tahanan yang lain dan kem maut. Fungsi utama kem penghapusan ialah pembunuhan beramai-ramai dan Treblinka, Bełżec dan Sobibór telah dibina untuk Aktion Reinhard. Mereka bertanggungjawab dalam memudahkan apa yang pihak Nazi panggil Penyelesaian Terakhir, dikenali semasa perang sebagai HaShoah atau Holokus.[4] Ia telah dilakukan oleh SS dengan kerjasama Pejabat Keselamatan Utama Reich, dan Pejabat Besar Ekonomi dan Pentadbiran SS atau WVHA.[5]

Pada permulaan Perang Dunia II salah satu unit tempur pertama Waffen-SS, Divisyen SS Totenkopf, telah dibentuk dari anggota SS-TV. Ia kelak mendapat reputasi yang ganas dan fanatik, terlibat dalam jenayah perang seperti Pembunuhan Le Paradis tahun 1940 sewaktu kejatuhan Perancis. Di Barisan Timur pembunuhan beramai-ramai orang awam Poland dan Soviet dalam Operasi Barbarossa merupakan kerja pasukan petugas khas yang dikenali sebagai SS-Einsatzgruppen, yang telah diatur oleh Heinrich Himmler dan Reinhard Heydrich.[6]

Nota sunting

  1. ^ Sydnor, Charles W. Soldiers of Destruction: the SS Death's Head Division, 1933-1945. m/s. 34.
  2. ^ McNab 2009, m/s. 137.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan USCCPA tidak disediakan
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan saul tidak disediakan
  5. ^ McNab 2009, m/s. 41, 134–144.
  6. ^ Richard Rhodes (2007). Himmler, Heydrich, and the Einsatzgruppen. Masters of Death: The SS-Einsatzgruppen and the Invention of the Holocaust. Knopf Doubleday Publishing Group. Notes. ISBN 0307426807. Also in: Donald L. Niewyk, Francis R. Nicosia (2012). USSR and the Einsatzgruppen. The Columbia Guide to the Holocaust. Columbia University Press. m/s. 24-. ISBN 0231528787. Dicapai pada 12 October 2015.CS1 maint: uses authors parameter (link)

Rujukan sunting

  • Evans, Richard J. (2005). The Third Reich in Power. New York: Penguin. ISBN 978-0-14-303790-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kershaw, Ian (2008). Hitler: A Biography. New York: W. W. Norton & Company. ISBN 978-0-393-06757-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • McNab, Chris (2009). The SS: 1923–1945. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-49-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Padfield, Peter (2001) [1990]. Himmler: Reichsführer-SS. London: Cassel & Co. ISBN 0-304-35839-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Stein, George H. (1984). The Waffen SS: Hitler's Elite Guard at War, 1939-1945. Cornell University Press, ISBN 0-8014-9275-0.
  • Sydnor, Jr., Charles W. (1990). Soldiers of Destruction: the SS Death's Head Division, 1933-1945. Princeton University Press, ISBN 0-691-00853-1.