STOVL (bahasa Inggeris Short Take Off and Vertical Landing) adalah singkatan kepada perlepasan pendek dan pendaratan menegak. Ia sering kali digunakan bagi merujuk pada pesawat STOVL iaitu sebuah pesawat kepak kaku yang mampu berlepas daripada landasan pendek (atau menegak sekiranya tidak membawa beban yang berat) dan mendarat secara menegak (iaitu tanpa landasan).

Sebuah pesawat F-35B berlepas daripada dek penerbangan di atas HMS Queen Elizabeth pada tahun 2020

Di atas kapal pengangkut pesawat, tanpa bantuan manjanik, pesawat kepak kaku berlepas dengan menggunakan tujahan vektor, yang mana mungkin dibantu dengan sebuah landasan lompatan-ski. STOVL bertujuan untuk membolehkan sesebuah pesawat untuk membawa beban yang lebih besar dibandingkan dengan penggunaan VTOL, selain memerlukan sebuah landasan yang pendek. Contoh yang terkenal adalah pesawat Hawker Siddeley Harrier dan Sea Harrier. Meskipun ianya secara teknikal adalah sebuah pesawat VTOL, ia dioperasikan sebagai sebuah pesawat STOVL di sebabkan berat yang dibawa semasa berlepas termasuk persenjataan dan bahan api. Contoh ini juga terpakai untuk pesawat F-35B Lightning II, yang mana memiliki keupayaan VTOL dalam ujian penerbangan tetapi dioperasikan sebagai sebuah pesawat STOVL.

Rujukan sunting