Sa'ad bin Ubadah

(Dilencongkan dari Saad bin Ubadah)

Sa'ad bin 'Ubadah bin Dulaim (Arab: سعد بن عبادة بن دليم‎‎) merupakan salah seorang Sahabat nabi dan ketua Bani Khazraj dari Madinah.[1] Dia adalah salah satu orang Ansar yang melakukan baiat Aqabah kepada Nabi Muhammad, dan selalu menyokong perjuangannya.[1]

Sa'ad bin 'Ubadah merupakan salah seorang pemimpin Bani Sa'idah, salah satu puak suku Bani Khazraj. Nasab lengkapnya adalah Sa'ad bin 'Ubadah bin Dulaim bin Haritsah bin Abu Hazimah bin Tsa'labah bin Tharif bin Al-Khazraj bin Sa'idah (nenek moyang Bani Sa'idah) bin Ka'ab bin Al-Khazraj (nenek moyang dari suku Bani Khazraj).[2] Ayahnya, 'Ubadah bin Dulaim, dan datuknya Dulaim bin Haritsah, terkenal dengan kemurahan hati mereka; begitu juga Sa'ad sendiri dan anaknya Qais bin Sa'ad.[3][4] Selama masa jahiliah, Sa'ad mengadakan perjanjian perdagangan dengan Jubair bin Muth'im dari Bani Naufal, dan Harits bin Harb bin Umayyah dari Bani Abdu Syams.[3][4]

Sa'ad termasuk dalam kumpulan 75 penduduk Yatsrib yang setia kepada Nabi Muhammad di Baiat Aqabah 2 pada tahun 622 Masehi[5] Dia ditawan oleh orang Quraisy, tetapi rakan dagangnya Jubair bin Muth'im dan Harits bin Harb kemudian membebaskannya.[5] Ketika Nabi Muhammad tiba di Madinah, Sa'ad selalu menyokong perjuangannya dan menjadi orang kepercayaan Nabi Muhammad, dan bahkan beberapa kali dilantik sebagai pemimpin umat Islam ketika Nabi berada di luar kota.[6] Begitu juga dalam peperangan, Sa'ad juga sering dipercayai sebagai salah satu pemegang panji orang Islam yang mewakili kaum Ansar, termasuk semasa Pembukaan Kota Mekah.[7][8]

Dalam perjumpaan di Tsaqifah Bani Sa'idah setelah Nabi Muhammad wafat, Sa'ad diusulkan sebagai calon khalifah untuk mewakili Ansar, walaupun pada akhirnya Abu Bakar yang terpilih.[9] Disebutkan Ibn Hazm dalam Asma al-Shahâbah wa Mâ Likulli Wâhidim Minhum min al-'Adad, bahawa Sa'ad bin 'Ubadah telah meriwayatkan 21 hadis.[10]

Sa'ad bin 'Ubadah dianggap meninggal pada 15 H/636M, di Syam.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Khalid, Khalid Muhammad (2016). Yang Merangkak Ke Surga, Sirah 60 Sahabat Rasulullah Saw. Shahih. m/s. 444. ISBN 979-575-328-2, 9789795753285.
  2. ^ Ibn Hišām, ʿAbd al-Malik; Ibn Isḥāq, Muḥammad; Guillaume, Alfred (1955). Sīrat Rasūl Allāh. Diterjemahkan oleh Alfed Guillaume. Oxford University Press. m/s. 204.
  3. ^ a b Khalid, Khalid Muhammad (2014). 60 Orang Besar di Sekitar Rasulullah Saw. Mizan Mizania. m/s. 616. ISBN 602-9255-90-8, 9786029255904.
  4. ^ a b Hidayatullah, Irfan (2007). Perempuan Bersayap Surga: Kumpulan Kisah Menakjubkan. DAR! Mizan. m/s. 103. ISBN 979-752-711-5, 9789797527112.
  5. ^ a b Uchrowi, Zaim (2011). Muhammad Sang Teladan. PT Balai Pustaka (Persero). m/s. 34. ISBN 979-690-127-7.
  6. ^ Muhalawi, Hanafi (2005). Tempat-Tempat Bersejarah Dalam Kehidupan Rasulullah. Gema Insani. m/s. 237. ISBN 979-560-058-3, 9789795600589.
  7. ^ Suruc, Salih (2015). Best Stories of Abu Bakar As-Shiddiq. Diterjemahkan oleh Abul Aziz & Andi Setiawan. Puspa Swara. m/s. 280-281. ISBN 979-1479-95-X, 9789791479950.
  8. ^ Ayyasy, Muhammad Abu (2009). Strategi Perang Rasulullah. Agromedia Pustaka. m/s. 147. ISBN 979-017-067-X, 9789790170674.
  9. ^ Arkan, Ahmed (2014). Lelaki Penghuni Surga. Puspa Swara. m/s. 33-36. ISBN 979-1479-86-0, 9789791479868.
  10. ^ Hani al-Tarabulsi al-Shafi`i (13-05-2012). "The narrators amongst the companions". Copyright © 2017 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved. Www.ummah.com. Dicapai pada 28-04-2017. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)CS1 maint: uses authors parameter (link) CS1 maint: others (link)
  11. ^ Azami, Prof. Dr. Muhammad Mustafa (2008). 65 Sekretaris Nabi. Diterjemahkan oleh Mahfuzh Hidayat Lukman. Gema Insani. m/s. 111. ISBN 978-979-077-080-5.