Sains forensik merupakan satu bidang sains yang menjalankan kajian ke atas penyiasatan jenayah dengan menggunakan ilmu sains seperti kimia, biologi, fizik, teknologi maklumat, dan sebagainya.[1] Akan tetapi, bidang ini telah diperluaskan sehingga menggunakan ilmu sains sosial dalam penyiasatannya seperti perakaunan dan ekonomi. Matlamat utama sains forensik adalah untuk mencari kenyataan di sebalik sesuatu kes.[2][3]

Etimologi sunting

Istilah forensik berasal dari perkataan Latin, forensis yang bermaksud "sebelum ke forum".

Teori sains forensik sunting

  • Teori Sentuhan: ia diperkenalkan oleh Locard yang menyatakan bahawa "every contact leaves trace". Adalah dipercayai bahawa setiap sentuhan antara dua objek akan meninggalkan kesan iaitu barang kes. Kesan ini akan dicari dan dikumpulkan oleh pihak berkuasa iaitu polis untuk melakukan penyiasatan melalui analisis, biasanya analisis kimia.
  • Teori individualistik: setiap barang kes adalah tidak sama walaupun ianya dihasilkan oleh kilang yang sama. Teori ini diterima pakai untuk membuat perbandingan antara dua objek yang disyaki sama atau daripada sumber yang sama. Contohnya, dua cebisan kaca dipadankan pinggirnya untuk mengetahui sama ada mereka adalah daripada sekeping kaca yang sama sebelum ia dipecahkan. Jika dua kaca adalah daripada sumber yang asal, maka ciri-ciri individualistik akan wujud dan tiada kaca lain dapat menghasilkan padanan pinggir yang sama.

Rujukan sunting

  1. ^ "Sections". American Academy of Forensic Sciences. 27 August 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 August 2015. Dicapai pada 28 August 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Job Description for Forensic Laboratory Scientists". Crime Scene Investigator EDU. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2015. Dicapai pada 28 August 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Schafer, Elizabeth D. (2008). "Ancient science and forensics". Dalam Ayn Embar-seddon, Allan D. Pass (eds.) (penyunting). Forensic Science. Salem Press. m/s. 40. ISBN 978-1-58765-423-7.CS1 maint: extra text: editors list (link)

Pautan luar sunting