Sains gunaan

disiplin

Sains gunaan merupakan penggunaan ilmu daripada satu atau lebih bidang sains semula jadi untuk mengatasi masalah praktikal. Bidang-bidang kejuruteraan merupakan sains gunaan. Sains gunaan selalunya dibezakan dengan sains asas, yang tertumpu pada memajukan teori dan undang-undang saintifik yang menerangkan dan meramalkan fenomena alam atau fenomena lain.[1]

Sains gunaan adalah penting bagi perkembangan teknologi. Penggunaannya dalam medan industri biasanya dipanggil sebagai penyelidikan dan pembangunan (R&D). Bidang kejuruteraan dan perubatan merupakan contoh utama sains gunaan. Sains gunaan juga boleh menggunakan sains formal seperti statistik dan teori kebarangkalian, seperti dalam epidemiologi. Sains gunaan juga boleh mengaplikasikan sains sosial, seperti aplikasi psikologi dalam psikologi gunaan, kriminologi dan undang-undang.

Cabang sunting

Sains gunaan berfungsi sebagai sistem yang bercabang ke dalam bidang kerja lain yang lebih mendalam tentang suatu sistem. Penyelidikan gunaan ialah kaedah penyelesaian masalah, dan juga praktikal dalam bidang sains seperti dalam psikologi gunaan. Psikologi gunaan menggunakan tingkah laku manusia untuk merebut maklumat untuk mencari fokus utama dalam satu kawasan yang boleh menyumbang kepada mencari penyelesaian.[2] Lebih khusus, kajian ini digunakan dalam bidang psikologi jenayah. Dengan pengetahuan penyelidikan gunaan yang diperoleh, kajian dijalankan ke atas penjenayah di samping tingkah laku mereka untuk menangkap mereka.[3] Lebih-lebih lagi, penyelidikan ini diluaskan terhadap penyiasatan jenayah. Di bawah kategori ini, kaedah penyelidikan menunjukkan pemahaman tentang kaedah saintifik dan reka bentuk penyelidikan sosial yang digunakan dalam penyelidikan kriminologi. Ini mencapai lebih banyak cabang sepanjang prosedur ke arah penyiasatan, bersama undang-undang, dasar, dan teori kriminologi.

Bidang kejuruteraan pula melibatkan termodinamik, pemindahan haba, mekanik bendalir, statik, dinamik, mekanik bahan, kinematik, elektromagnet, sains bahan, sains bumi dan fizik kejuruteraan. Bidang-bidang ini juga termasuk dalam skop sains asas.

Sains perubatan, contohnya mikrobiologi perubatan, penyelidikan farmaseutikal dan virologi klinikal ialah sains gunaan yang menggunakan biologi dan kimia dalam bidang perubatan. Pembangunan farmaseutikal juga boleh termasuk dalam skop kejuruteraan.

Penyelidikan gunaan sunting

Penyelidikan gunaan ialah aplikasi praktikal sains. Ia mengakses dan menggunakan teori, pengetahuan, kaedah dan teknik terkumpul bagi tujuan negara, perniagaan atau pelanggan. Berbeza dengan kejuruteraan, penyelidikan gunaan tidak termasuk analisis atau pengoptimuman perniagaan, ekonomi dan kos. Penyelidikan gunaan boleh difahami dengan lebih baik dalam mana-mana kawasan apabila dilawankan dengan penyelidikan asas atau tulen. Sebagai contoh, penyelidikan geografi asas berusaha untuk mencipta teori dan kaedah baharu yang membantu dalam penjelasan proses yang membentuk struktur spatial persekitaran fizikal atau manusia. Sebaliknya, penyelidikan gunaan menggunakan teori dan kaedah geografi yang sedia ada untuk memahami dan menangani isu empirikal tertentu.

Penyelidikan gunaan biasanya mempunyai objektif komersial khusus yang berkaitan dengan produk, prosedur atau perkhidmatan.[4] Perbandingan antara penyelidikan tulen dengan gunaan menyediakan rangka kerja dan hala tuju asas untuk diikuti oleh bidang perniagaan.

Penyelidikan gunaan berurusan dengan menyelesaikan masalah praktikal,[5] dan secara amnya menggunakan metodologi empirikal. Oleh kerana penyelidikan gunaan berada dalam dunia nyata yang tidak kemas, protokol penyelidikan yang ketat mungkin perlu dilonggarkan. Sebagai contoh, mungkin mustahil untuk mengguna pakai sampel rawak. Oleh itu, ketelusan dalam metodologi adalah penting. Implikasi tafsiran keputusan yang ditimbulkan dengan melonggarkan kanun metodologi yang ketat juga harus dipertimbangkan.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Bunge, M. (1974), Rapp, Friedrich (penyunting), "Technology as Applied Science", Contributions to a Philosophy of Technology: Studies in the Structure of Thinking in the Technological Sciences (dalam bahasa Inggeris), Dordrecht: Springer Netherlands: 19–39, doi:10.1007/978-94-010-2182-1_2, ISBN 978-94-010-2182-1, dicapai pada 2023-02-07
  2. ^ "APA Strengthens Commitment to Applied Psychology". American Psychological Association. February 22, 2019. Dicapai pada November 6, 2022.
  3. ^ Wisdom, C S; Toch, H. "Contribution of Psychology to Criminal Justice Education". US. Department of Justice. Dicapai pada November 1, 2022.
  4. ^ "Basic vs. Applied Research". www.utep.edu. Dicapai pada 2020-10-31.
  5. ^ "a definition of applied research". Diarkibkan daripada yang asal pada August 18, 2011. Dicapai pada August 17, 2011.()
  6. ^ Coombs, Crispin (2017). "Coherence and transparency: some advice for qualitative researchers". Production. 27. doi:10.1590/0103-6513.006817. ISSN 0103-6513.

Pautan luar sunting

Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
Industri Kejuruteraan kewangan | Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
Kejuruteraan Biokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan Keselamatan Bioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan Komunikasi Grafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan Rekreasi Alatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / Kediaman Alat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaan Elektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
Tentera Bom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera