Samaratungga (mangkat 833) ialah Raja Dinasti Sailendra yang keempat dan juga Maharaja Srivijaya. Baginda mengahwini Dewi Tara, puteri Sri Dharmasetu daripada Kerajaan Srivijaya dan mewarisi takhta Srivijaya kemudiannya selepas kemangkatan Sri Dharmasetu. Baginda juga mewarisi takhta dari bapanya, Indra, yang mangkat pada tahun 812, dan memerintah Kerajaan Mataram Kuno selama 21 tahun antara tahun-tahun 812 hingga 833. Pada masa pemerintahannya, Candi Borobudur, sebuah candi agama Buddha yang terbesar di dunia, selesai dibina.

Pada masa Raja Samaratungga, Candi Borobudur selesai dibangun.

Samaratungga mempunyai dua orang anak, iaitu Putera Balaputradewa dan Puteri Pramodhawardhani. Pramodhawardhani yang bernikah dengan Rakai Pikatan, raja Mataram Kuno daripada Dinasti Sanjaya, kemudian mewarisi bapanya pada tahun 833 apabila Rakai Pikatan merampas takhta daripada Balaputradewa yang merupakan pewaris raja yang sah. [1]


Rujukan sunting

Didahului oleh:
Indra
Raja Mataram (Dinasti Syailendra)
812833
Digantikan oleh:
Pramodhawardhani