Samuel Eto'o

Footballer

Samuel Eto'o Fils (Sebutan bahasa Perancis: [samɥɛl eto fis]; lahir 10 Mac 1981) merupakan bekas pemain bola sepak Cameroon. Beliau bermain di posisi penyerang. Beliau telah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Afrika sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2003, 2004, 2005 dan 2010. Beliau menduduki tempat ketiga dalam anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 2005.

Samuel Eto'o
Maklumat peribadi
Nama penuh Samuel Eto'o Fils[1]
Tarikh lahir (1981-03-10) 10 Mac 1981 (umur 43)
Tempat lahir Douala, Cameroon[2]
Ketinggian 1.79 m (5 ka 10 in)[3][4]
Posisi permainan Penyerang
Nombor 5
Kerjaya remaja
1992–1997 Akademi Sukan Kadji
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1997–2000 Real Madrid 3 (0)
1997–1998Leganés (loan) 30 (4)
1999Espanyol (pinjaman) 0 (0)
2000Mallorca (pinjaman) 19 (6)
2000–2004 Mallorca 120 (48)
2004–2009 Barcelona 145 (108)
2009–2011 Inter Milan 67 (33)
2011–2013 Anzhi Makhachkala 53 (25)
2013–2014 Chelsea 21 (9)
2014–2015 Everton 14 (3)
Pasukan kebangsaan
2000 Cameroon B23 6 (1)
1997–2014 Cameroon 118 (56)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Ogos 2014

Eto'o telah menjaringkan 100 gol selama lima musimnya di Barcelona dan juga memegang rekod pemain Afrika yang banyak beraksi di La Liga.[5] Beliau menjadi pemain kedua dalam sejarah yang menjaringkan dua gol di perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Beliau telah bersama pasukan kebangsaan Cameroon dalam tiga kejohanan Piala Dunia dan enam Piala Negara-Negara Afrika. Selain itu, beliau juga merupakan penjaring terbanyak pasukan kebangsaan Cameroon dengan menjaringkan 56 gol daripada 118 kaps. Pada 27 Ogos 2014, beliau mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa.

Pada bulan September 2021, Samuel Eto'o, mengumumkan pencalonannya untuk menjadi presiden Persekutuan Bola Sepak Kamerun (Fecafoot).

Kerjaya kelab sunting

Real Madrid sunting

Samuel Eto'o sertai akademi remaja Real Madrid pada tahun 1997 tetapi beliau hanya berlatih bersama Real Madrid B. Apabila pasukan Real Madrid B tersingkir ke Segunda División B, di mana pemain bukan-Kesatuan Eropah tidak boleh beraksi. Atas keputusan itu, beliau dipinjam ke divisyen dua CD Leganés untuk musim 1997–98. Selepas membuat 30 penampilan untuk kelab dan menjaringkan empat gol, beliau kembali ke Madrid berikutan penghujung musim 1998–99. Pada Januari 1999, beliau dipinjam ke RCD Espanyol tetapi gagal membuat sebarang penampilan untuk kelab.

Mallorca sunting

Pada musim seterusnya, beliau berpindah ke RCD Mallorca secara pinjaman. Beliau menjaringkan enam gol dalam 19 perlawanan. Pada penghujung musim, Eto'o meninggalkan Real Madrid dan menandatangani kontrak tetap bersama Mallorca dengan bayaran £4.4 juta. Dalam musim keduanya, beliau menjaringkan 11 gol.

Barcelona sunting

Eto'o berpindah ke FC Barcelona pada musim panas 2004 dengan bayaran sebanyak €24 juta.

Eto'o membuat penampilan pertama bersama Barcelona dalam perlawanan pembukaan liga menentang Racing de Santander pada 29 Ogos 2004. Selepas Barcelona menjuarai La Liga 2004–05, pasukannya mengadakan parti di Camp Nou. Eto'o bersama penyokong mencarut,"Madrid, cabrón, saluda al campeón" (Melayu; Madrid, haram). Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol mendenda Eto'o sebanyak €12,000 atas komen beliau dan beliau kemudian meminta maaf.

Dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2005-2006, penjaga gol Arsenal, Jens Lehmann telah dibuang padang atas mengasari Eto'o di luar padang dan pasukan Catalan itu bermain bersungguh-sungguh selepas memperoleh kelebihan menentang sepuluh orang. Barcelona menang pada perlawanan itu, 2-1 dan Eto'o dianugerahkan sebagai Penyerang Terbaik UEFA.

Eto'o juga memenangi anugerah Pemain Terbaik Afrika pada musim itu. Beliau juga menduduki tempat ketiga pada anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA, membuatkna beliau menjadi pemain kedua Afrika terhebat sepanjang zaman, dibelakang bintang Liberia, George Weah.

Pada musim 2006-07 bermula dengan nasib malang buat Eto'o apabila bahagian meniskus pada lutut kanannya retak apabila menentang Werder Bremen dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada 27 September 2006. Eto'o kemudian direhatkan selama dua sehingga tiga bulan. Eto'o kemudian menjalani latihan bersama Barcelona pada awal Januari 2007.

Eto'o merekodkan jaringan hatrik pertama ketika menentang UD Levante pada 24 Februari 2008. Beliau menghabiskan musim 2007-08 dengan 16 gol daripada 18 penampilan pada musim itu. Pada 25 Oktober, beliau merekodkan hatrik terpantas dalam sejarah apabila menjaringkan tiga gol dalam masa 23 minit ke atas UD Almería. Pada 8 November 2008, Eto'o menjaringkan empat gol pada separuh masa pertama ketika Barcelona menentang Real Valladolid dan keputusan perlawanan berkesudahan 6–0.

Pada 29 November 2008, beliau menjaringkan gol pada karier ke-111nya untuk Barcelona dalam semua kejohanan ketika menentang Sevilla FC, 3-0. Keputusan itu membuatkan beliau menjadi 10 penjaring terbanyak kelab.[6]

Pada 14 Februari 2009, beliau menjaringkan gol ke-99 dan gol ke-100nya menentang Real Betis, Barcelona seri 2-2.

Inter Milan sunting

 
Eto’o bermain untuk Inter pada 2009.

Selepas Maxwell melengkapkan perpindahan dari Inter Milan, Joan Laporta mengesahkan bahawa persetujuan bersama Barcelona untuk menukar pemain, Zlatan Ibrahimović sertai Barcelona dan Eto'o berpindah ke Inter dengan bayaran €46 juta. Eto'o kemudian ke Milan untuk melepasi ujian kesihatan sebelum ke kelab.[7]

Pada 27 Julai 2009, Eto'o melepasi ujian kesihatan dan menandatangani kontrak lima tahun bersama Inter. Eto'o menjaringkan gol dari kotak penalti menentang Bari dalam perlawanan pertamanya di Serie A

Eto'o bersama Mario Balotelli menjaringkan dua gol ketika Inter menang 5-3 ke atas Palermo. Pada 22 Mei 2010, Eto'o bermain perlawanan akhir Liga Juara-Juara buat kali ketiga dalam kerjayanya dan Inter menang 2-0 ke atas Bayern Munich. Pada 21 Ogos 2010, Eto'o menjaringkan dua gol ketika Inter membenam Roma 3-1 untuk menjuarai Piala Super Itali 2010. Beliau menjaringkan hatriknya untuk Inter ketika menentang Werder Bremen pada 29 September 2010.[8]

Pada 29 Mei, Eto'o menjaringkan dua gol ketika perlawanan akhir Coppa Italiana menentang Palermo dan membantu Inter menang 3-1 dan jumlah gol pada musim sebanyak 37, satu rekod baru dalam kariernya.[9]

Anzhi Makhachkala sunting

Pada 23 Ogos 2011, Anzhi Makhachkala mengadakan persetujuan bersama Inter Milan untuk menandatangani Eto'o dengan kontrak tiga tahun membuatkan beliau menjadi pemain termahal dunia dengan bayaran sebanyak €20 juta (bersama cukai) per musim. Eto'o membuat debut untuk Anzhi pada 27 Ogos 2011 menentang FC Rostov dan menjaringkan gol pada minit ke-80 hasil daripada hantaran lintang Yuri Zhirkov. Jutawan Anzhi, Suleiman Kerimov mengejutkan dunia bola sepak Rusia apabila kekayaannya berkurang secara drastik. Akibatnya, hampir semua pemain bintang yang telah ditandatangani meninggalkan kelab kepunyaannya.

Chelsea sunting

Pada 29 Ogos 2013, Eto'o menandatangani kontrak satu tahun bersama Chelsea dengan bayaran yang tidak didedahkan.[10] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea pada 19 Oktober 2013 menentang Cardiff City. Dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Schalke pada 6 November, Eto'o menjaringkan dua gol dan pasukannya menang 3-0.[11] Dalam perlawanan liga pertama Eto'o pada tahun 2014 iaitu pada 20 Januari, beliau menjaringkan hatrik pertamaya untuk Chrlsea ketika The Blues menang 3-1 ke atas Manchester United.[12] Pada 8 Mac, Eto'o menjaringkan gol ke-300 dalam kerjayanya ketika menentang Tottenham, 4-0.[13]

Everton sunting

 
Eto'o bersama Everton pada 2014.

Pada 26 Ogos 2014, beliau sertai Everton dan menandatangani kontrak dua tahun. Beliau membuat debut empat hari kemudian sambil menjaringkan gol dengan tandukan tetapi pasukannya tewas 3-6 kepada Chelsea. Beliau mula berazam untuk menjuarai Liga Europa bersama Everton, satu kejohanan yang tidak pernah dimenangi oleh Eto'o.

Kerjaya antarabangsa sunting

Eto'o membuat debut untuk pasukan kebangsaan Cameroon sehari sebelum hari ulang tahun ke-16nya pada 9 Mac 1997, 5-0 tewas kepada Costa Rica. Pada 1998, beliau menjadi pemain bola sepak termuda yang mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 1998 dan beliau bermain di perlawana peringkat kumpulan, tewas 3-0 kepada Itali pada 17 Jun 1998. Eto'o menjaringkan gol solonya pada Piala Dunia FIFA 2002 ketika menentang Arab Saudi dan Cameroon menang 1-0 hasil jaringan solo beliau.

Eto'o sebahagian daripada skuad Cameroon yang menjuarai Piala Negara-Negara Afrika 2000 dan 2002. Beliau juga membantu skuad Cameroon melangkah ke perlawanan akhir tetapi sebagai naib juara ketika Piala Konfederasi FIFA 2003. Cameroon tersingkir pada peringkat suku akhir Piala Negara-Negara Afrika 2006 selepas tendangan penalti Eto'o tersasar dan Ivory Coast menang 12-11 melalui penalti selepas seri 1-1. Namun, Eto'o tetap menjadi penjaring terbanyak kejohana ndengan menjaringkan lima gol. Beliau terlepas latihan bersama rakan sepasukan sebelum perlawanan suku akhir apabila beliau perlu menghadiri anugerah Pemain Terbaik Afrika CAF di Togo.

Dalam perlawanan Piala Negara-Negara Afrika 2008, Eto'o menjadi penjaring terbanyak sejarah edisi Piala Negara-Negara Afrika selepas menjaringkan dua gol ketika menentang Sudan pada 30 Januari 2008. Samuel Eto'o kini penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Negara-Negara Afrika dengan menjaringkan 16 gol.

 
Eto'o bermain untuk Cameroon pada 2009.

Pada 19 Jun 2010, Eto'o menjaringkan gol untuk Cameronn di peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2010 menentang Denmark akibat kesilapan dari Christian Poulsen. Cameroon tewas 2–1 dan tersingkir dari Piala Dunia. Pada Disember 2010, Eto'o menjadi pemain pertama yang dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Afrika buat kali keempat.[14]

Pada Jun 2014, Eto'o terpilih dalam skuad Cameroon yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Beliau menjadi pemain ketiga Afrika yang mengambil empat bahagian pada kejohanan itu di belakang Jacques Songo'o dan Rigobert Song.[15]

Selepas berpindah ke Everton, Eto'o mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa.[16]

Statistik sunting

Pasukan kebangsaan Cameroon
Tahun Kmncln Gol
1997 3 0
1998 5 0
1999 1 0
2000 9 5
2001 9 2
2002 13 5
2003 7 2
2004 9 4
2005 6 1
2006 5 5
2007 3 1
2008 11 11
2009 8 5
2010 12 8
2011 9 4
2012 2 0
2013 4 2
2014 2 1
Jumlah 117 56

Gol antarabangsa sunting

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 26 Disember 2014.
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Hantaran Kmncln Gol Hantaran Kmncln Gol Hantaran Kmncln Gol Hantaran
  Leganés 1997–98 30 4 0 0 0 0 30 4
Jumlah 30 4 0 0 0 0 30 4
  Real Madrid 1998–99 1 0 0 0 0 0 1 0
Jumlah 1 0 0 0 0 0 1 0
  Espanyol 1998–99 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 0 0 0 0 0 0 0 0
  Real Madrid 1999–2000 2 0 0 0 3 0 5 0
Jumlah 2 0 0 0 3 0 5 0
  Mallorca 1999–2000 13 6 0 0 13 6
2000–01 28 11 5 2 33 13
2001–02 30 6 1 1 9 3 40 10
2002–03 32 14 6 5 0 0 38 19
2003–04 32 17 2 0 7 4 41 21
Jumlah 135 54 14 8 16 7 165 69
  Barcelona 2004–05 37 25 6 1 0 0 7 4 0 45 29 6
2005–06 35 26 5 2 2 0 11 6 4 48 34 9
2006–07 19 11 8 4 1 0 4 1 3 27 13 11
2007–08 18 16 3 4 0 0 7 1 0 29 17 3
2008–09 36 30 4 4 0 0 12 6 2 52 36 6
Jumlah 145 108 26 15 3 0 41 18 9 201 129 35
  Inter Milan 2009–10 32 12 5 3 2 0 13 2 2 48 16 7
2010–11 35 21 9 7 8 1 11 8 5 53 37 15
Jumlah 67 33 14 10 10 1 24 10 7 101 53 22
  Anzhi 2011–12 22 13 6 1 0 0 0 0 0 23 13 6
2012–13 25 10 5 3 2 0 16 9 3 44 21 8
2013–14 4 2 0 0 0 0 0 0 0 4 2 0
Jumlah 51 25 11 4 2 0 16 9 3 71 36 14
  Chelsea 2013–14 21 9 4 5 0 0 9 3 2 34 12 6
Jumlah 21 9 4 5 0 0 9 3 2 34 12 6
  Everton 2014–15 13 3 1 1 0 0 4 1 1 18 4 2
Jumlah 13 3 1 1 0 0 4 1 1 18 4 2
Jumlah kerjaya 465 236 56 49 23 1 113 48 22 625 308 79

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Mallorca
Barcelona
Inter Milan

Antarabangsa sunting

Cameroon
Pasukan Olimpik Cameroon

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ name="Premier League Clubs submit Squad Lists">"Premier League Clubs submit Squad Lists" (PDF). Premier League. 4 September 2013. m/s. 8. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-10-08. Dicapai pada 5 September 2013.
  2. ^ "Samuel Eto'o Fils". FC Internazionale Milano. Dicapai pada 12 January 2009.
  3. ^ Samuel Eto'o Fils
  4. ^ http://www.chelseafc.com/first-team/player/28608/title/samuel--eto'o
  5. ^ Phil Minshull (5 May 2008). "Eto'o sets La Liga record". BBC Sport. Dicapai pada 5 May 2008.
  6. ^ "Eto'o is one of Barça's top ten all-time goalscorers". fcbarcelona.cat. 30 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-30. Dicapai pada 1 December 2008.
  7. ^ "Ibrahimovic will arrive on Sunday". FC Barcelona. 24 July 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-26. Dicapai pada 25 July 2009.
  8. ^ "Irresistible Eto'o fires hat-trick". ESPNsoccernet. ESPN. 29 September 2010. Dicapai pada 30 September 2010.
  9. ^ "Inter vs Palermo Report". Goal.com. 29 May 2011. Dicapai pada 31 May 2011.
  10. ^ "ETO'O SIGNS". Chelsea F.C. 29 August 2013. Dicapai pada 29 August 2013.
  11. ^ "Chelsea 3 – Schalke 0: Samuel Eto'o brace earns Blues win over Schalke". Daily Star. 6 November 2013. Dicapai pada 19 January 2014.
  12. ^ "Eto'o treble sinks United". ESPNFC. 19 January 2014. Dicapai pada 19 January 2014.
  13. ^ "MATCH REPORT: CHELSEA 4 TOTTENHAM HOTSPUR 0". Chelsea F.C. 8 March 2014. Dicapai pada 9 March 2014.
  14. ^ "Samuel Eto'o wins record fourth African Player award". BBC Sport. 20 December 2010. Dicapai pada 21 December 2010.
  15. ^ "The squads in numbers". FIFA. 7 June 2014. Dicapai pada 14 June 2014.
  16. ^ "Samuel Eto'o: Everton striker retires from international football". BBC. 27 August 2014. Dicapai pada 27 August 2014.
  17. ^ http://www.theguardian.com/football/2010/dec/20/samuel-etoo-african-player-year
  18. ^ "Eto'o takes Pichichi". Sky Sports.
  19. ^ name="news.sport-express.ru"