San Juan, Puerto Rico

San Juan (IPA: [saŋ hwaŋ]) (daripada ungkapan Sepanyol, San Juan Bautista, "Santo John si Baptis") ialah ibu kota dan kawasan perbandaran yang terbesar di Puerto Rico. Menurut banci pada tahun 2000, ia mempunyai jumlah penduduk sebanyak 433,733 orang dan oleh itu, menyebabkannya merupakan bandar raya yang ke-42 terbesar di bawah bidang kuasa Amerika Syarikat.

San Juan, Puerto Rico
San Juan, dengan Banjaran Gunung Luquillo (Sierra de Luquillo) di latar belakang.
San Juan, dengan Banjaran Gunung Luquillo (Sierra de Luquillo) di latar belakang.
Bendera San Juan, Puerto Rico
Mohor rasmi San Juan, Puerto Rico
Nama panggilan: La Ciudad Amurallada (Kota Bertembok), Los Capitalinos (Yang Dari Ibu Kota), La Losa (Si Jubin)
Lokasi San Juan di dalam pulau Puerto Rico
Lokasi San Juan di dalam pulau Puerto Rico
NegaraAmerika Syarikat
WilayahPuerto Rico
Wad (bario)18
Diasaskan1508/1521
Pentadbiran
 • Datuk bandarJorge A. Santini Padilla (PNP)
 • Senarai senator.1 - San Juan
 • Agihan wakil1,2,3,4,5
Keluasan
 • Bandar Raya76.93 batu persegi (199.2 km2)
 • Tanah47.82 batu persegi (123.9 km2)
 • Air29.11 batu persegi (75.4 km2)  37.8%
Penduduk
 (2000)[1]
 • Bandar Raya434,374
 • Kepadatan9,084.4/batu persegi (3,507.5/km2)
 • Metro
2,509,007
 • Gentilic
Sanjuaneros
Zon waktuUTC-4 (AST)
Lagu kebangsaan"En Mi Viejo San Juan"
Laman sesawangwww.sanjuancapital.com

San Juan diasaskan oleh kolonis-kolonis Sepanyol pada tahun 1521. Mereka menggelarnya Ciudad de Puerto Rico ("Kota Puerto Rico"). San Juan ialah kota yang tertua di Puerto Rico serta kota diasaskan orang Eropah yang kedua tertua di benua Amerika selepas Santo Domingo, kini sebahagian Republik Dominican.[2] Banyak bangunan sejarah terletak di San Jua, antaranya Kubu San Felipe del Morro dan Kubu San Cristobál yang merupakan bekas kubu-kubu pertahanan kota yang paling terkenal.

Pada hari ini, San Juan bertindak sebagai salah satu pelabuhan laut Puerto Rico yang paling penting,[3] serta juga pusat perkilangan, kewangan dan pelancongan di pulau ini. Jumlah penduduk kawasan metropolitan, termasuk San Juan dan kawasan-kawasan perbandaran Bayamón, Guaynabo, Cataño, Canóvanas, Caguas, Toa Alta, Toa Baja, Carolina, dan Trujillo Alto, adalah hampir dua juta orang; justera itu, hampir setengah daripada jumlah penduduk Puerto Rico kini tinggal dan bekerja di kawasan ini.[4]

San Juan telah menjadi tuan rumah kepada banyak acara yang penting dalam komuniti sukan, termasuk:

Lihat juga sunting

Nota dan rujukan sunting

  1. ^ a b "San Juan dan bario-barionya". Biro Banci Amerika Syarikat. 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-12. Dicapai pada 2007-05-02.
  2. ^ Magaly Rivera. "Ibu Kota San Juan". Selamat Datang ke Puerto Rico. Dicapai pada 2007-05-02.
  3. ^ "Pelabuhan San Juan" (dalam bahasa bahasa Sepanyol). Pihak Berkuasa Pelabuhan Puerto Rico. 2007. Dicapai pada 2007-05-09.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Tentang Puerto Rico". Syarikat Pelancongan Puerto Rico. 2007. Dicapai pada 2007-05-08.

Pautan luar sunting

Koordinat: 18.45° U -66.10° T