Sandra Miju Oh atau lebih dikenali sebagai Sandra Oh (lahir 30 November 1970) merupakan pelakon Kanada yang telah memenangi Anugerah Golden Globe dan pencalonan untuk Anugerah Emmy. Beliau mula mendapat perhatian khususnya di Amerika Syarikat sebagai Dr. Cristina Yang menerusi siri terbaitan ABC, Grey's Anatomy selain filem-filem seperti Under the Tuscan Sun dan Sideways. Pada 2005, Oh dicalonkan oleh majalah People sebagai antara 50 Orang Tercantik.[1]

Sandra Oh
오미주
Oh pada 2007
Kelahiran
Sandra Miju Oh

(1970-11-30) 30 November 1970 (umur 53)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1989–kini
PasanganAlexander Payne (2003-2006)
Rakan kongsi domestikAndrew Featherston (2007–kini)

Biografi sunting

Kehidupan awal sunting

Oh dilahirkan oleh warga Korea yang berhijrah ke Ottawa Nepean, Ontario, dimana beliau mula-mula belajar berlakon dan menari.[2]. Kemudia di Sekolah Tinggi Sir Robert Borden, beliau menyertai kelab Persekitaran (BASE - Borden Active Students for the Environment), dan mengetuai kempen membantah penggunaan bekas stirofoam. Selain itu ketika di sekolah tinggi itu juga, beliau dilantik menjadi ketua pelajar. Selain menghadiri kelas tarian balet dan lakonan, Oh juga aktif dalam bermain alat muzik seruling. Kerana mengetahui beliau tidak memiliki bakat dalam tarian, maka beliau menumpukan perhatian terhadap kelas lakonan. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap dunia lakonan, beliau terbabit dalam pementasan kelas, pementasan sekolah dan pernah menyertai kelab drama dimana beliau terlibat dalam “Canadian Improv Games”. Oh juga belajar mengenai drama di “National Theatre School” di Montreal, setelah beliau terlibat dalam produksi David Mamet untuk “Oleanna”. Dalam masa yang sama, beliau telah memenangi peranan dalam biografikal filem TV sebagai dua wanita Cina-Kanada yang penting, Vancauver dan Adrienne Clarkson.

Kerjaya sunting

Oh mula dikenali di Kanada setelah membintangi sebuah filem Kanada, “Double Happiness” yang juga memperlihatkan beliau memenangiGenie Award untuk Best Actress. Selain itu, beliau juga terbabit dalam beberapa filem Kanada seperti Long Life, Happiness & Prosperity and Last Night, dan beliau memenangi Best Actress Genie. Oh juga memenangi FIPA d'Or Best Actress di Festival Filem Cannes menerusi wataknya di dalam The Diary of Evelyn Lau.

Oh mula menjadi sebutan melalui filem Under the Tuscan Sun and Sideways. Beliau pernah terbabit dalam "Dancing at the Blue Iguana," namun watak beliau tidak begitu meraih populariti untuknya. Menerusi drama kedoktoran terbitan ABC, Grey's Anatomy, beliau memenangi 2006 Golden Globe Award untuk Best Supporting Actress in a Series dan 2006 Anugerah Screen Actors Guild untuk Outstanding Performance by a Female Actor in a Drama Series. Pada Julai 2006, beliau mendapat pencalonan kedua dari Emmy untuk produksi yang sama sebagai Cristina Yang.

Oh juga mendapat pujian untuk musim keenam Arli$$ sebagai Rita Wu. Beliau menerima NAACP Image Award untuk Best Supporting Actress in a Comedy Series dan Cable Ace award untuk Best Actress in a Comedy bagi lakonannya menerusi Arli$$.

Beliau pernah muncul di dalam siri remaja, Popular (1999) sebagai seorang guru.

Pada 2006, beliau membintangi filem The Night Listener sebagai "Anna," di samping pelakon handalan seperti Robin Williams dan Toni Collette.

Kehidupan peribadi sunting

Oh dan pembikin filem Amerika, Alexander Payne (yang mencipta Sideways, dibintangi Oh) memulakan hubungan selama lima tahun, termasuk dua tahun di alam perkahwinan. Mereka berkahwin pada 1 Januari 2003. Payne dan Oh berpisah pada awal 2005 dan bercerai secara rasmi pada akhir 2006.[3] Oh dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan seorang pemuzik, Andrew Featherston.[4]

Sandra mempunyai seorang kakak, Grace (peguam yang tinggal di British Columbia), dan adik lelaki, Raymond.

Lakonan sunting

  • Double Happiness (1994)
  • Arli$$ (siri TV) (1996)
  • Bean (1997)
  • Last Night (1998)
  • The Red Violin (1998)
  • Popular (siri TV) (1999)
  • Dancing at the Blue Iguana (2000)
  • The Princess Diaries (2001)
  • Big Fat Liar (2002)
  • Long Life, Happiness & Prosperity (2002)
  • Under the Tuscan Sun (2003)
  • Rick (2003)
  • Sideways (2004)
  • Mulan II (2004)
  • Hard Candy (2005)
  • Grey's Anatomy (siri TV) (2005-kini)
  • Cake (2005)
  • 3 Needles (2005)
  • The Night Listener (2006)
  • For Your Consideration (2006)
  • Kung Fu: The Legend Continues
  • Judging Amy
  • American Dragon: Jake Long
  • Six Feet Under
  • Odd Job Jack.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting