Sarah Fitz-Gerald (lahir 1 Disember 1968) ialah seorang pemain skuasy wanita dari Australia. Antara kejayaan yang dicapainya adalah, juara lima kali Terbuka Dunia (1996, 1997, 1998, 2001 dan 2002). Hal ini menjadikan beliau antara pemain skuasy terbaik dunia.

Sarah Fitz-Gerald

Kerjaya sunting

Sarah dilahirkan di Melbourne, Australia, sebuah kawasan yang sememangnya dikenali sebagai tempat bakat dalam skuasy dilahirkan. Pada tahun 1987, dia memenangi Kejohanan Remaja Dunia dan merupakan Atlit Remaja Perempuan Australia Tahunan. Dia memenangi banyak gelaran sekitar tahun 90-an. Walau bagaimanapun tahun 1996 ialah dimana dia mencapai kemuncak kerjayanya. Dia menewaskan pemain dari England iaitu Cassie Jackman dipusingan akhir Terbuka Dunia. Dalam dua tahun berikutnya dia menewaskan Michelle Martin pada pusingan akhir.

Dalam dua tahun berikutnya, prestasi Sarah menurun disebabkan pembedahan lutut yang dijalaninya. Pada tahun 2000 dia tewas kepada Carol Owens diperingkat separuh akhir. Bagaimanapun, dia kembali ke prestasi sebenar pada tahun 2001 apabila menumpaskan pemain New Zealand, Leilani Joyce dengan keputusan 9-0, 9-3, 9-2.

Tahun 2002 menyaksikan beliau memenangi Terbuka Dunia terakhirnya dengan menumpaskan Natalie Pohrer 10-8, 9-3, 7-9, 9-7. Dia juga memenangi pingat emas dalam Sukan Komanwel 2002 di Manchester, England.

Keputusan Terbuka Dunia sunting

Pautan luar sunting