Sarikei

Bandar di Sarawak

Sarikei merupakan salah satu daripada sebelas bahagian di Sarawak (dahulu dikenali sebagai Bahagian Keenam). Di bawah pentadbiran bahagian Sarikei terdapat empat buah daerah kecil iaitu bandar Sarikei, Maradong, Julau dan Pakan.

Bandar Sarikei
Maskot Bandar Sarikei
Maskot Bandar Sarikei
Nama panggilan: Bandar Nanas
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Sarikei
DaerahDaerah Sarikei
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Sarikei
 • Pengerusi Majlis DaerahCr. Chan Phan Chan
 • ResidenMichael Dawi
Keluasan
 • Jumlah985 km2 (380 batu persegi)
Penduduk
 (2010[1])
 • Jumlah56,798
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Poskod
96100
Kod panggilan negara+6084 (talian tetap sahaja)
Kawasan KejirananJulau dan Pakan
Awalan plet lesenQR (untuk semua kenderaan kecuali teksi)
Laman sesawangwww.sarikeiro.sarawak.gov.my

Bandar Sarikei terletak di tepi sungai Rajang yang merupakan sungai terpanjang di Malaysia. Sarikei didiami oleh pelbagai etnik yang terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melanau dan Melayu.

Pekan-pekan kecil di dalam daerah Sarikei termasuklah Pakan, Bintangor, Jaka, Belawai dan Tanjung Manis. Kedudukan bandar Sarikei di tengah-tengah menjadikannya bandar persinggahan bagi mereka yang dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu yang dihubungi melalui jalan raya ataupun melalui pengangkutan sungai dengan menaiki bot ekspres. Terdapat juga perkhidmatan pengangkutan bas awam dari Kuching ke Sarikei dan seterusnya ke Sibu.

Sarikei amat sinonim dengan produk tanaman buah nenas Sarikei. Selain daripada itu, Sarikei juga terkenal dengan hasil buah dabai dan buah durian. Bandar ini menjadi pusat pemasaran sesar unjur, sejenis makanan popular di kalangan kaum Melanau.

Pautan luar sunting

  1. ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. iv. Dicapai pada 2011-01-24.