Saud ibn Abdulaziz Al Saud

Saud ibn Abdulaziz Al Saud

Raja Saud
Keluarga Diraja Saudi
Saud ibn Abdul Aziz Al Saud

Saud ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud (15 Januari 1902 - 23 Februari 1969) ialah Raja Arab Saudi daripada tahun 1953 sehingga 2 November 1964.

Beliau ialah antara anak sulung Raja Abdul Aziz Al Saud. Beliau kemudiannya dilantik menjadi putera mahkota pada 11 Mei 1933 dan ditabalkan menjadi raja selepas kematian ayahnya pada tahun 1953. Semasa pemerintahannya banyak agensi-agensi kerajaan ditubuhkan di samping penubuhan Universiti Raja Saud di Riyadh.

Sepanjang pemerintahannya banyak ketidakpuasan disuarakan oleh anggota keluarganya sendiri. Seperti ayahnya, beliau mempunyai banyak anak lebih kurang 30 orang. Raja Saud memberi anak-anaknya kuasa yang tinggi di samping melantik mereka ke posisi-posisi yang penting di dalam kerajaan. Hal ini menyebabkan adik-adiknya terutama adik-adik tirinya tidak berpuas hati. Mereka melihat anak-anak Raja Saud tidak mempunyai cukup pengalaman dalam memerintah negara di samping khuatir yang Raja Saud mungkin melantik anaknya menggantinya selepas ini. Raja Saud gemar membelanjakan wang negara demi kepentingan peribadi dan keluarganya. Beliau juga membuat kekecohan politik yang antaranya dikaitkan dengan cubaan pembunuhan Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir ketika itu. Dia juga diketahui dengan sikapnya yang suka minum arak yang nyata merupakan perkara yang dilarang dalam Islam.

Satu rampasan kuasa oleh keluarganya sendiri berlaku pada tahun 1964 dengan disokong oleh golongan ulama. Walaupun Muhammad ibn Abdulaziz Al Saud merupakan pewaris takhta yang paling layak namun dia enggan menerimanya dan sebaliknya menyokong penabalan adik tirinya iaitu Faisal ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud sebagai raja. Raja Saud kemudiannya ke Geneva, Switzerland setelah diusir keluar daripada Arab Saudi. Pada tahun 1966, Raja Saud telah dijemput oleh Presiden Gamal Abdel Nasser untuk tinggal di Mesir. Beliau meninggal dunia di Athens, Greece pada tahun 1969.

Pautan luar sunting