Savate [sa-vat] aau juga dikenali sebagai Boxe Francaise ialah seni bela diri dari negara Perancis yang menggunakan kaki dan tangan. Savate mengabungkan teknik Tinju ala Barat dan beberapa teknik tendangan.


Savate
Juga digelar Boxe Francaise, French Boxing
Fokus Kaki dan tangan
Negara asal Perancis Perancis
Pencipta Michel Casseux

Perkataan "savate" dalam bahasa Perancis bermaksud kasut tua; secara lebih teliti lagi, ia merujuk kepada kasut khusus yang pernah dipakai askar tentera dan kelasi di negara tersebut yang lama-kelamaan dikembangkan menjadi peralatan khusus dalam sukan ini.

Sejarah sunting

Catatan asal mengenai sukan ini mula ditemui pada awal abad ke-19 jauh selepas pencatatan terhadap sukan tinju dilakukan pada abad ke-18. Menurut sejarawan Jean-François Loudcher,[1] savate merupakan hasil perkembangan penggabungan gerakan tempur bagi tujuan mempertahankan diri atau berperang tanding paling banyak tertumpu di kawasan utara Perancis dan Paris[2][3][4] sambil juga berikutan tarikan semula minat umum terhadap senaman fizikal.

Jurusan tempur ini mula dijadikan suatu sukan moden hasil dua tokoh utama: Michel "le Pisseux" Casseux[5] (1794–1869) yang membuka sebuah sekolah mengkhusus seni ini sambil menetapkan peraturan tertentu untuk sukan ini (misalnya larangan mencengkam, menjolok dan menanduk) pada tahun 1825 dan pelajarnya Charles Lecour (1808–1894) menerapkan unsur tinju dalam sukan tersebut hasil penelitiannya terhadap suatu pertarungan tinju oleh dua orang peninju Inggeris tahun 1838.[6]

Kelengkapan sunting

 
Savate shoes

Sepertimana yang diterangkan mengenai asal-usul savate, sukan ini diutamakan pada pemakaian kasut khas; kasut ini berhujung getah keras yang membolehkan tendangan menggunakan semua bahagian kaki. Sarung tangan tinju jenis berlapik atau tidak lapik juga akan disarungkan.

Peserta dalam pertandingan utama akan memakai suatu kelengkapan tertentu iaitu intégrale [in-tĕ-gral] terdiri daripada sepasang singlet dan seluar panjang khas.

Teknik tempuran sunting

Seni ini dicirikan oleh pengunaan tendangan dan pukulan yang khusus menangkis lawan:

Tendangan sunting

  1. fouetté [fu-é] - tendangan sorong/ memutar menggunakan hujung atau jari kaki
  2. chassé [syas-sé] - tendangan samping atau depan yang menggunakan bantalan kaki; disasarkan sama ada pada sisi ("chassé lateral") atau hadapan lawan ("chassé frontal").
  3. revers - tendangan mengunakan tapak kaki kasut sepenuhnya ke arah hadapan atau belakang lawan
  4. coup de pied bas [ku dé pié ba] - tendangan membawah bertujuan mengena tulang kering melalui penyentuhan sisi dalam tapak kasut. [7][8]

Kesemua gerakan tendangan ini dikelaskan mengikut arah pergerakan diingini sama ada tendangan tersebut meninggi atas (figure), pada paras sederhana (médian) mahupun paras rendah (bas).

Pukulan sunting

  1. direct bras avant - pukulan lurus ke depan menggunakan tangan depan
  2. direct bras arrière - pukulan lurus ke depan menggunakan tangan belakang
  3. crochet - pukulan mengait ke samping
  4. uppercut - pukulan mengait ke atas

Aturan dan regulasi sunting

Savate moden membahagikan jenis yang dibenarkan dalam tujuan bertanding kepada tiga tingkat:

  • Assault - menganjurkan fokus dalam teknik dan melarang serangan secara berlebihan
  • Pre-Combat - memperbolehkan serangan dengan kekuatan penuh asalkan Petarung tersebut menggunakan pelindung kepala dan badan.
  • Combat - level paling sengit di mana yang Petarung dilarang menggunakan apapun pelindung kecuali pada kemaluan dan gigi.

Sukan ini tidak menggunakan tali pinggang untuk menandai level kemahiran seseorang sepertimana kebanyakan ilmu bela diri lain namun lebih menggunakan sarung tangan seumpama dipakai peninju. Tahap kemahiran ditandai bermula dari biru sebagai pemula kemudiannya hijau, merah, putih, kuning dan perak (dari tahap I, II hingga V); emas merupakan warna pangkat tertinggi.

Rujukan sunting

  1. ^ Jean-François Loudcher, Histoire de la savate, du chausson et de la boxe française, 1797-1978 : d'une pratique populaire à un sport de compétition, éditions Ouest-France
  2. ^ "Martial Arts of the World: R-Z". Books.google.co.uk. Dicapai pada 10 January 2015.
  3. ^ "Black Belt September 1997". Books.google.co.uk. Dicapai pada 10 January 2015.
  4. ^ "Black Belt November 2004". Books.google.co.uk. Dicapai pada 10 January 2015.
  5. ^ Green, Thomas A. (2001). Martial Arts of the World. ABC-CLIO. m/s. 519.
  6. ^ Savate – Canne – Baton au fil des siècle: la vérifiable histoire de la boxe française. dan catatan Owen Swift di Nicholson, Renton (1840). The Handbook To Boxing. London.
  7. ^ "Black Belt March 1967". Books.google.co.uk. Dicapai pada 10 January 2015.
  8. ^ "Black Belt April 2004". Books.google.co.uk. Dicapai pada 10 January 2015.

Pautan luar sunting