Scha Al-Yahya

Pelakon, model dan pengacara Malaysia

Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (lahir 30 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya ialah seorang pelakon, pengacara, peragawati dan jurucakap produk Malaysia. Beliau mula dikenali selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 dan membuat kemunculan sulung di televisyen menerusi drama Impian Illyana (2006) dengan memegang watak pembantu sebagai Yati, Scha mula meraih pencapaian luar biasa menerusi watak lakonannya sebagai Dania dalam siri drama Awan Dania (2008-2010) sekaligus melancarkan kerjayanya sebagai pelakon. Selepas berlakon dalam beberapa siri TV terutamanya dalam genre komedi, beliau membuat kemunculan sulungnya di layar lebar sebagai pelakon utama menerusi filem Antoo Fighter (2007) lantas terus dikenali sebagai antara pelakon komedi wanita yang cukup popular. Kredit filemnya yang lain termasuk Histeria (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010), Aku Bukan Tomboy (2011) dan Awan Dania The Movie (2012).

Scha Al-Yahya
Kelahiran
Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya

(1983-05-30) 30 Mei 1983 (umur 40)
PendidikanDiploma Teknologi Maklumat
Pusat pendidikanKolej PTPL
PekerjaanPelakon, pengacara, peragawati, jurucakap produk
Tahun aktif2006–kini
PasanganAwal Ashaari (k. 2012)
Anak-anak2 (termasuk Lara Alana)

Bagi kerjayanya sebagai pengacara, beliau telah mengacarakan rancangan TV termasuk Sehati Berdansa, Muzik-Muzik dan Gempak Superstar. Sebagai jurucakap produk, Scha telah menjadi duta dan jurucakap bagi produk seperti Carefree, Rexona, Yakult, Watsons dan Bio Essence. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan bagi kerjaya televisyen dan filem termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Festival Filem Malaysia, Anugerah Shout! dan Anugerah Skrin.

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 30 Mei 1983 di Sungai Petani, Kedah dan merupakan anak kedua daripada empat beradik.[1] Beliau berdarah kacukan Melayu, Cina dan Arab Hadhrami.[1] Scha merupakan anak saudara kepada pasangan penyanyi Syed Sobrie dan Datin Sheril Aida. Beliau juga merupakan anak saudara pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Usop Wilcha. Scha memiliki Diploma Teknologi Maklumat di Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL; kini dikenali sebagai Kolej MSU), Shah Alam. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pramugari syarikat penerbangan komersial AirAsia selama setahun (2006-2007). Selepas tamat perkhidmatan selama setahun, beliau melibatkan diri di dalam dunia peragaan, iklan TV dan lakonan.[2][3]

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya hiburan profesional pada 2006 selepas memenangi pertandingan pencarian Dewi Remaja 2005/2006 anjuran majalah Remaja terbitan Karangkraf.[4] Selepas memenangi Dewi Remaja, Scha ditawarkan melakonkan watak pembantu menerusi drama Impian Illyana dan watak komedi untuk drama bersiri Bella di TV3, dan seterusnya membintangi drama online Gua.com.my, Luna Fantasiku.[5]

Scha mula meraih perhatian ramai menerusi drama bersiri, Awan Dania yang diterbitkan sebanyak 3 musim, di mana beliau berperanan sebagai Dania, seorang gadis tomboi yang berusaha untuk mencapai impiannya bergelar seorang pramugari. Filem pertamanya berjudul Antoo Fighter yang bergenre komedi memperkenalkan beliau di layar perak sebelum membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Evolusi KL Drift 2 (2010), Aku Bukan Tomboy (2011) dan Awan Dania The Movie (2013). Sejak itu, Scha popular dengan watak-watak komedi menerusi beberapa drama seperti Prebet Jamilah, Mimi Mencari Cinta dan Jodoh. Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Artis Komedi Wanita Terbaik dan Artis Komedi Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2013.[6] Selain itu, beliau juga muncul bersama pelakon Indonesia, Fauzi Baadila dalam muzik video lagu "Mencari Konklusi" oleh kumpulan Hujan.

Pun begitu, beliau pernah mencuba beberapa watak serius, antaranya watak mangsa pelacuran di zaman pendudukan Jepun dalam drama Geisha Melayu Terakhir serta lakonan memberangsangkan sebagai gadis lesbian dalam filem Histeria yang melayakkan Scha dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 pada tahun 2009. Tetapi popularitinya lebih diraih menerusi lakonan komedi selain mula menceburi bidang pengacaraan, antaranya bergelar pengacara Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu selama dua musim. Di luar bidang lakonan, beliau menguruskan butik miliknya, Schapoholic[7] yang diperoleh dari perkataan bahasa Inggeris, "Shopaholic".[8]

Beliau kembali ke televisyen pada 2016 menerusi peranan Alana Sofea dalam drama bersiri Isteri vs Tunang lakonan bersama Hisyam Hamid,[9] dan setahun kemudian, beliau muncul dengan peranan utama sebagai Syazlin dalam drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen lakonan bersama Aiman Hakim Ridza.[10][11] Scha telah dilantik oleh gergasi telekomunikasi Malaysia, Maxis sebagai duta telefon pintar NeXT pada 3 November 2017.[12]

Pada 16 April 2018, Scha bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Maya Karin, Joe Flizzow, Nora Danish, dan Kavita Sidhu turut serta untuk kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[13][14][15][16]

Pada Hari Raya Aidilfitri 2018, Scha berlakon di samping pelakon muda Lia Natalia menjayakan peranan utama dalam telefilem Baju Raya Eksklusif arahan Shuhaimi Lua Abdullah. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di TV3 pada Raya ketiga. Ia mengisahkan tentang dua sepupu, Nurin dan Hazwani yang merancang untuk menjual baju raya eksklusif bagi Aidilfitri akan datang.[17] Scha kembali aktif di layar lebar selepas lima tahun menyepi tanpa sebarang filem terbaharu, beliau tampil bersama Erra Fazira, Sherry Alhadad dan Azhan Rani dalam filem Bikin Filem; Scha memegang watak sebagai Zarina, seorang pelakon yang bercita-cita tinggi yang diperkosa oleh bapanya sendiri.[18][19]

Scha menjalinkan kerjasama dengan pereka kasut Christy Ng bagi mempromosikan koleksi kasut dan beg tangan terhad untuk sambutan Hari Raya 2019 bagi tempoh tiga bulan.[20][21][22]

Kehidupan peribadi sunting

 
Scha dan suaminya, Awal ketika majlis perkahwinan mereka.

Pada 4 Mei 2012, Scha berkahwin dengan pelakon dan pengacara Awal Ashaari. Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya.[23] Ijabkabul dilakukan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus. Majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).[24][25]

Siaran langsung majlis perkahwinan menerusi saluran Astro Ria terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal (hujan?). Raqim Ahmad Ramli menjelaskan bahawa masalah itu akan diperbaiki. Sebelum ini, perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU berjalan lancar.[26] Pasangan ini mendapat cahaya mata perempuan diberi nama Lara Alana, dilahirkan pada 22 Julai 2014.[27][28]

Pada Mac 2019, Scha dan suami, Awal telah menang satu kes saman menuntut ganti rugi sebanyak RM345,305 juta terhadap syarikat pengedar minyak wangi D'Haja (M) Sdn. Bhd. atas kehilangan hasil jualan produk minyak wangi keluaran mereka.[29]

Pada Januari 2020, Scha telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim dikenali sebagai endometriosis. Ini menandakan kali kedua Scha menjalani pembedahan endometriosis selepas kali pertama ialah pada 2013, iaitu sebelum beliau melahirkan Lara Alana.[30] Beliau disahkan hamil bayi kedua pada Ogos 2020.[31][32]

Pada Februari 2021, beliau dikurniakan cahaya mata kedua yang bernama Lyla Amina.[33]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Antoofighter: Amukan Drakulat! Lara Filem pertama
Histeria Alissa
2009 Papadom[34] Shasha
Dimensi Cinta
2010 Evolusi KL Drift 2[35] Aleya
2011 Libas Ratna
Aku Bukan Tomboy[36] Farisha
2013 Awan Dania The Movie Dania
Papadom 2 Shasha
Dampak Suria
2015 Transformers: Age of Extinction[37][38][39] Darcy Tirrel Alih suara (versi Bahasa Melayu)
2020 Bikin Filem Zarina Ishak
2022 Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Kapten Nur Liyana Aziz TUDM
2024 Telaga Suriram Inspektor Kamilia Pos-produksi

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Terlalu Istimewa Ana TV3
2009 Naik Hantu Ziffa Astro Ria
Lemas Dalam Cinta[40] Sofi TV1
2010 Prebet Jamilah[41] Jamilah Astro Ria
2011 Geisha Melayu Terakhir[42][43] Suraya
Prebet Jamilah 2[44] Jamilah
2012 Cikgu Timah Tukar Sekolah Cikgu Timah Astro Warna
2013 Sweet Lola[45] Lola TV9
Baran Rania TV3
2016 Isteri Vs. Tunang Raya Alana Sofea Astro Ria
Pen Merah Pen Biru Ain
2018 Baju Raya Eksklusif Nurin TV3
Dilema Zandra Amelia ntv7
2020 Racun Suami Jahanam Maria Astro Citra

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2006 Impian Illyana Yatie TV3
2007 Honeyz TV1
Sadiq & Co[46] ntv7
2008 Luna Fantasiku[47] Sarah Gua.com.my
Bella Sofia TV3
2008–2011 Awan Dania[48] Dania Astro Ria
2009 Chef Jo[49] TV3
2010 K.I.T.A.[50] Kiera Astro Ria
2011 Dunia Kita[51][52] Rania
Mimi Mencari Cinta Mimi Astro Warna
Kelaaas Kau Maria Maria Astro Ria
2013 Jodoh Olly
2014 3 Campur 2 Mira Astro Ceria
2016 Isteri vs Tunang Alana Sofea Astro Ria
2017 Urusan Hati Cik Drama Queen Syazlin
3 Dara Kg.com Esah Astro Warna
2018 Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! Rania Astro Ria
2019 3 Dara Pingitan Esah Astro Warna

Televisyen sunting

Tahun Program Saluran TV
2009 Sehati Sejiwa TV1
Sampaikan Aidilfitri TV9
Chopp
Sehati Berdansa (Musim 3) Astro Ria
2010 Kata Kau
2013–2014 Muzik Muzik TV3
2016 Gempak Superstar Astro Ria
2019 Lagu Cinta Kita
2020 Pa & Ma Journey Bersama SchAwaLara
I Can See Your Voice Malaysia (Musim 3) TV3

Muzik video sunting

Tahun Tajuk lagu
2008 "Chantek" bersama Altimet dan Adeep Nahar
2009 "State of Trance" bersama DJ Juice
"Mencari Konklusi" bersama Fauzi Baadila dan Hujan

Endorsmen sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Scha Al-Yahya
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2005/2006 Dewi Remaja Menang
2006 EH! 20 Yang Anggun Tercalon
2008 50 Gorgeous Female Magazine Tercalon
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Baru Wanita Popular Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-22 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
2010 EH! 20 Yang Anggun Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pelakon TV Filem Popular Tercalon
Anugerah Shout! Anugerah Hot Chick Menang
2011 Anugerah Skrin Anugerah Sinaran Pantene Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
2012 Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan Anugerah Jelita Tercalon
Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Bergaya Tercalon
Selebriti Paling Fotogenik Menang [57]
Pasangan Selebriti Pilihan (dengan Awal Ashaari) Tercalon
Anugerah Shout! Anugerah Hot Chick Tercalon
Anugerah Blokbuster Anugerah Heroin Terhebat Tercalon
2013 Anugerah Melodi Artis Wanita Pilihan Tercalon
Pasangan Pilihan (dengan Awal Ashaari) Menang
Anugerah Lawak Warna Artis Komedi Wanita Terbaik (TV) Tercalon
Artis Komedi Wanita Paling Popular Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Wanita Stailo Tercalon
Anugerah Shout! Anugerah Hot Chick Tercalon
2014 Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Bergaya Tercalon
Selebriti Paling Fotogenik Menang [58]
Pasangan Selebriti Pilihan (dengan Awal Ashaari) Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Couple MeleTOP Menang
2017 InTrend Gala 2017 Selebriti Fesyen Ikonik Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Aiman Hakim Ridza) Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Demi ibu bapa Sharifah sanggup berkorban apa sahaja". Utusan Online. 27 December 2006.
  2. ^ Sinema Malaysia Retrieved on 2008-12-23
  3. ^ http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/CoverStory/20091227053642/Article
  4. ^ "Scha Al-Yahya Ada Tarikan Komersial". 11 July 2008.
  5. ^ Li Ee Kee (2008-07-07). "'Luna Fantasiku' Drama Online Terbaru Gua". gua.com.my. Dicapai pada 2008-07-11.
  6. ^ "Dewi Remaja 2006 winner Sharifah Nor Azean".
  7. ^ "Scha kukuhkan jenama Schapoholic". Media Hiburan. 18 Mac 2013. Dicapai pada 25 Mac 2013.
  8. ^ Khadijah Ibrahim (19 Julai 2012). "Scha terus dilimpahi rezeki". Utusan Malaysia. Dicapai pada 25 Mac 2013.
  9. ^ Isteri vs Tunang Kepala Bergetar. 14 Disember 2015.
  10. ^ Urusan Hati Cik Drama Queen bukan drama kahwin paksa Astro Gempak (16 Februari 2017). Diperoleh pada 10 Julai 2017.
  11. ^ Urusan Hati Cik Drama Queen Diarkibkan 2019-01-24 di Wayback Machine Kepala Bergetar. 23 Mac 2017.
  12. ^ Izwan Ismail (3 November 2017). "Maxis names Scha Alyahya as brand ambassador for NeXT X1 smartphone". New Straits Times. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  13. ^ Hemananthani Sivanandam (17 April 2018). "Neelofa, Hans Isaac and local celebs fight fake news and cyberbullying". The Star. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  14. ^ "Celebrities campaign against cyberbullying". Free Malaysia Today. 17 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-02. Dicapai pada 15 Mei 2018. They will also fight dissemination of fake news on social media as they are often the target of malicious attacks.
  15. ^ Beatrice Nita Jay, Siti Nnur Maserah Amran (17 April 2018). "Celebrities lend their support in 'war' against cyber bullying, fake news [NSTTV]". New Straits Times. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  16. ^ Tahir Alhamzah (19 April 2018). "#Showbiz: 'Our daughter became the subject of cyber-bully'". New Straits Times. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  17. ^ Ridzuan Abd Rahman (31 Mei 2018). Telefilem santai dalam mood raya Harian Metro. Dicapai pada 18 Jun 2018.
  18. ^ "Scha: I won't let criticism affect me". The Star Online. 28 Jun 2018. Dicapai pada 11 Julai 2018.
  19. ^ Sudirman Mohd Tahir (1 Julai 2018). "Serlah realiti industri seni". Harian Metro. Dicapai pada 11 Julai 2018.
  20. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 April 2019). "Scha teliti pasal kontrak". Harian Metro. Dicapai pada 21 April 2019.
  21. ^ Farhana Ab Rahman (13 April 2019). "Scha lebih hati-hati jalin kerjasama". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2019.
  22. ^ Mohd Fadhil Abdollah (12 April 2019). "Seimbang dan sempurna – Scha Alyahya". Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 April 2019.
  23. ^ "Two-star tie-up". The Star Online. 1 May 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-24. Dicapai pada 2021-09-04.
  24. ^ "Awal & Scha Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-08. Dicapai pada 2021-09-04.
  25. ^ "Celebrity couple Awal and Scha to weds in May". AsiaOne Showbiz. 29 March 2012.
  26. ^ "Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-09. Dicapai pada 2021-09-04.
  27. ^ "Awal Ashaari And Scha Al-Yahya To Reveal Baby Daughter After Confinement Period Ends". MyNewsHub. 4 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-20. Dicapai pada 2017-02-23.
  28. ^ Wan Nasrah Abdul Rahim (26 September 2013). "Scha: Sedia bergelar 'mummy'!". Sinar Harian. Dicapai pada 20 November 2013.
  29. ^ Siti Azielah Wahi (27 Mac 2019). "Awal Ashaari, Scha Alyahya menang saman". Sinar Harian. Dicapai pada 2 April 2019.
  30. ^ Najiy Jefri (26 Januari 2020). "Scha selamat jalani pembedahan". Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2020.
  31. ^ Lara Alana (6 Ogos 2020). "Scha Alyahya hamil anak kedua". Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2020.
  32. ^ Sudirman Mohd Tahir (14 Ogos 2020). "Scha Alyahya belum tahu jantina anak". Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2020.
  33. ^ Sudirman Mohd Tahir (12 Februari 2021). "Scha Alyahya bersalin anak perempuan". Harian Metro. Dicapai pada 22 Februari 2021.
  34. ^ "Dengarnya : Filem Papadom Kutip Lebih RM3.3 Juta". Berita Harian. 4 November 2009.
  35. ^ "Evolusi KL Drift 2 Filem Termahal Skop". Utusan Online. 9 March 2010.
  36. ^ "Filem Aku Bukan Tomboy Selongkar Dunia Tomboy". Sensasi Selebriti. 1 November 2011. Dicapai pada 2011-11-30.
  37. ^ Farhana Ab Rahman (Jun 23, 2015). "Selebriti popular jayakan alih suara filem Transformers: Age of Extinction". Harian Metro. Dicapai pada Jun 24, 2015.
  38. ^ Gwen Manickam (July 15, 2015). "All star treat from HBO Asia with 'Transformers' in Bahasa". malaymail online. Dicapai pada July 16, 2015. (Inggeris)
  39. ^ "Transformers versi tempatan sempena Syawal". Sinar Harian. Julai 16, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-07. Dicapai pada Julai 16, 2015.
  40. ^ "Drama Lemas Dalam Cinta Lakonan Fahrin Ahmad dan Scha". 21 August 2009.
  41. ^ "Klik: Tunggu Prebet Jamilah". Berita Harian. 8 August 2010.
  42. ^ "'Buat komedi lebih mudah'". myMetro. 10 August 2011.
  43. ^ "An Intriguing Movie Of Malaya's Geisha During The Japanese Occupation". Perak Today. Dicapai pada 27 August 2011.
  44. ^ "Biar peminat tentukan". Berita Harian. 4 August 2011.
  45. ^ "Sweet Lola (TV9)". 11 August 2013.
  46. ^ "Sadiq & Co". Red Communications.
  47. ^ "Sekitar Pelancaran Drama Online Pertama Arahan Aziz M Osman". Budiey.com. Dicapai pada 9 July 2008.
  48. ^ "Awan Dania - Scha Alyahya's new drama series for Astro RIA". 25 October 2008.
  49. ^ "Chef Jo penuh dengan drama dan ilmu masakan". 3 May 2009.
  50. ^ "K.I.T.A. kisah empat gadis". Utusan Online. 9 April 2010.
  51. ^ "Dunia Kita Ala Drama Korea". mStar Online. 27 May 2011.
  52. ^ "Drama Bersiri Dunia Kita Suntik Unsur Korea". Murai.com. 25 May 2011.
  53. ^ "Selebriti Aidilfitri with Watsons". NewStraitsTimes. 30 July 2012.
  54. ^ "Slowing the ageing process". The Star Online. 2 July 2009.
  55. ^ "Carefree bantu wanita berasa segar". 7 April 2010.
  56. ^ "One-stop shopping hub". The Star. 26 July 2012.
  57. ^ Pasti ramai yang bersetuju mereka pasangan selebriti muda paling cocok setakat ini.
  58. ^ "Anugerah Stail Eh! Nobatkan Awal Selebriti Paling Bergaya". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-20. Dicapai pada 2014-06-03.

Pautan luar sunting

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Annahita Bakavoli
Dewi Remaja
2005/2006
Diikuti oleh:
Neelofa