Schindler's List merupakan sebuah filem drama sejarah Amerika Syarikat 1993 arahan Steven Spielberg dan ditulis oleh Steven Zaillian. Ia berdasarkan novel fiksyen sejarah pada tahun 1982 Schindler's Ark oleh karya Thomas Keneally yang berbangsa Australia. Filem ini mengisahkan peranan Oskar Schindler, seorang ahli perniagaan perindustrian dari Jerman yang menyelamatkan lebih dari seribu pelarian Yahudi-Poland yang kebanyakannya dari Holocaust dengan memberikan perlindungan di dalam kilang miliknya semasa Perang Dunia II. Ia dibintangi oleh Liam Neeson sebagai Schindler, Ralph Fiennes sebagai pegawai SS, Amon Göth dan Ben Kingsley sebagai akauntan berbangsa Yahudi Schindler, Itzhak Stern.

Schindler's List
PengarahSteven Spielberg
Tarikh tayangan
1993
Masa tayangan
195 minit.
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris

Jalan cerita sunting

Di Kraków semasa Perang Dunia II, Kerajaan Jerman memaksa orang tempatan beragama Yahudi di Poland memasuki Ghetto Kraków yang penuh dengan kesesakan. Oskar Schindler, seorang berbangsa Jerman mewakili Parti Nazi Czechoslovakia, tiba di bandar itu, dengan harapan dapat membuat kekayaannya. Schindler memberi rasuah kepada Wehrmacht (tentera bersenjata Jerman) dan beberapa pegawai Schutzstaffel, untuk membeli sebuah kilang menghasilkan enamelware. Schindler mengupah Itzhak Stern, seorang pegawai beragama Yahudi yang mempunyai hubungan perniagaan pasaran gelap dan komuniti khas perniagaan Yahudi; dia mengendalikan pentadbiran dan membantu Schindler mengatur pembiayaan. Stern memastikan bahawa sebanyak mungkin pekerja beragama Yahudi dianggap penting bagi usaha membiayai kos perang kerajaan Jerman dan mengelakkan komuniti ini dibawa oleh pasukan Schutzstaffel ke kem konsentrasi atau dibunuh. Sementara itu, Schindler menjaga hubungan persahabatan dengan Parti Nazi dan menikmati kekayaan dan status sebagai "Herr Direktor".

Leftenan Kedua Amon Göth tiba di Kraków untuk mengawasi pembinaan kem tahanan di Płaszów. Ketika kem itu siap, dia memerintahkan Ghetto dibubarkan: dua ribu orang Yahudi diangkut ke Płaszów, dan dua ribu yang lain dibunuh di jalanan. Schindler menyaksikan pembunuhan itu dan sangat tersentuh hatinya. Dia secara khusus memerhatikan seorang gadis muda dengan selendang merah yang bersembunyi dari Nazi dan kemudian melihat tubuhnya di atas gerobak mayat. Schindler berhati-hati untuk menjaga persahabatannya dengan Göth dan terus menikmati sokongan SS, kebanyakannya urusannya semuanya melalui rasuah. Göth menzalimi pembantu Yahudi Helen Hirsch dan menembak orang secara rawak dari balkoni sebuah villa; tahanan yang lainnya berada dalam keadaan takut akan nyawa mereka kini berada di hujung tanduk. Seiring berjalannya waktu, fokus Schindler beralih dari menghasilkan wang yang banyak kepada berusaha menyelamatkan sebanyak mungkin nyawa orang yang tidak bersalah. Untuk melindungi pekerjanya dengan lebih baik, Schindler memberi rasuah kepada Göth agar membenarkannya dia membina sebuah kubu kecil bagi menempatkan komuniti tersebut.

Ketika Jerman hampir mengalami kekalahan dalam perang dunia, Göth diperintahkan untuk menghantar saki baki komuniti Yahudi Poland di Płaszów ke kem konsentrasi di Auschwitz. Schindler meminta izin kepada Göth untuk memindahkan pekerjanya ke kilang peluru yang dia rancangkan untuk dibina di Brünnlitz berhampiran bandar asalnya Zwittau. Göth enggan bersetuju, tetapi dia masih menagih rasuah. Schindler dan Stern membuat "Schindler's List" iaitu senarai 850 orang yang akan dipindahkan ke Brünnlitz dan bukannya Auschwitz.

Oleh kerana pekerja Yahudi diangkut dengan kereta api ke Brünnlitz, wanita dan gadis itu secara salah diarahkan ke Auschwitz-Birkenau; Schindler memberi rasuah kepada Rudolf Höss, ketua komandan di Auschwitz, untuk pembebasan mereka. Di kilang baharu, Schindler melarang pengawal SS memasuki kilangnya tanpa izin dan membenarkan orang Yahudi untuk menyambut hari Sabbath Yahudi. Selama tujuh bulan berikutnya, dia menghabiskan banyak wangnya untuk menyuap pegawai Nazi dan membeli selongsong tempurung dari syarikat lain; kerana pemalsuan Schindler, kilang itu tidak menghasilkan persenjataan yang boleh digunakan untuk peperangan. Schindler kehabisan wang pada tahun 1945, sama seperti kerajaan Jerman menyerah kalah dalam perang dunia kedua.

Sebagai anggota Parti Nazi dan pembiaya perang, Schindler mesti melarikan diri dari Tentera Soviet yang semakin maju ke hadapan. Pengawal SS di kilang Schindler telah diperintahkan untuk membunuh komuniti Yahudi tersebut, tetapi Schindler meyakinkan mereka untuk kembalilah kepada keluarga kamu sebagai seorang lelaki, bukannya pembunuh. Mengucapkan selamat tinggal kepada pekerjanya, dia bersiap untuk menuju ke bahagian barat (Jerman Barat), dengan harapan untuk menyerah diri kepada pihak Amerika Syarikat. Para pekerja memberikannya pernyataan yang ditandatangani untuk membuktikan perannya dalam menyelamatkan nyawa komuniti Yahudi tersebut dan memberikannya sebentuk cincin yang terukir dengan petikan Bahasa Hebrew: Barangsiapa yang menyelamatkan satu nyawa seumpamanya anda telah menyelamatkan nyawa di seluruh dunia' . Schindler tersentuh dan berasa sangat malu, merasakan dia seharusnya melakukan lebih banyak perkara bukannya melarikan diri ke bahagian barat. Dia menangis dan ditenangkan oleh para pekerjanya sebelum dia dan isterinya beransur pergi. Ketika komuniti Schindlerjuden ini terbangun pada keesokan paginya, seorang askar Soviet mengumumkan bahawa mereka telah dibebaskan. Mereka terpinga-pinga tidak tahu ke mana arah tujunya selepas itu sama ada pulang ke Poland atau menuju ke bahagian timur (Jerman Timur). Komuniti Yahudi tersebut terus berjalan ke sebuah bandar berhampiran. Epilog mengungkapkan bahawa Göth akhirnya dihukum gantung sampai mati, manakala Schindler pula gagal di dalam perniagaan baharunya juga perkahwinannya setelah perang tamat.

Sehingga kini, komuniti Schindlerjuden yang masih hidup di bandar tersebut dianggarkan mencecah sehingga 6,000 orang juga bersama para pelakon menziarahi pusara sebenar Schindler dan meletakkan batu di papan nisannya (tanda tradisional kaum Yahudi sebagai penghormatan menziarahi kubur). Di lihat juga kelibat pelakon Liam Neeson meletakkan dua kuntum bunga mawar di atas pusaranya.

Barisan pelakon sunting

Penerimaan sunting

Pecah panggung sunting

Filem ini memperoleh kutipan $96.1 juta ($172 juta dolar pada tahun 2020) di Amerika Syarikat dan Kanada dan lebih daripada $321.2 juta di seluruh dunia. Di Jerman, filem ini ditonton oleh lebih 100,000 orang pada minggu pertama sahaja dari 48 pawagam [2] dan akhirnya ditayangkan di 500 pawagam (termasuk 80 yang dibayar oleh pihak berkuasa perbandaran),[3] dengan jumlah kemasukan enam juta dan jumlah keseluruhan $38 juta.[4] Tayangan ulang tahunnya yang ke-25 menghasilkan $551,000 di 1,029 pawagam.[5]

Kontroversi sunting

 
Plak peringatan di Emalia, kilang milik Schindler di Kraków

Di Malaysia filem ini pada awalnya dilarang. Menurut Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa filem tersebut adalah propaganda Yahudi, memberitahu kepada media bahawa kisah ini mencerminkan keistimewaan dan kebajikan satu kaum sahaja dan nampaknya filem itu adalah propaganda dengan tujuan meminta simpati serta menodai bangsa lain. [6]

Rujukan sunting

  1. ^ Hughes, Katie (August 7, 2018). ""Schindler's List" credits still". Flickr. Diarkibkan daripada yang asal pada March 8, 2021. Dicapai pada August 7, 2018.
  2. ^ Harris, Mike (March 14, 1994). "'Doubtfire' sweeps up o'seas B.O.". Variety. m/s. 10.
  3. ^ Groves, Don (April 4, 1994). "'Schindler' dominates o'seas B.O.". Variety. m/s. 10.
  4. ^ Klady, Leonard (November 14, 1994). "Exceptions are the rule in foreign B.O.". Variety. m/s. 7.
  5. ^ Coyle, Jake (December 9, 2018). "'Ralph' tops box office again, 'Aquaman' is a hit in China". CTV News (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada August 6, 2020. Dicapai pada June 1, 2020.
  6. ^ Variety 1994.

Pautan luar sunting