Sejadah (Arab, سجادة) adalah tikar kecil (yang adakalanya berambal seakan permaidani kecil) digunakan oleh umat Islam sebagai alas untuk menunaikan solat. Penggunaan sejadah bukanlah wajib. Asalnya kegunaan ini berasaskan pada tujuan kebersihan dalam Islam - mencegah dari terkena habuk, atau kuman di lantai.

Sejadah (Arab: سجادة sajjāda pl. سجاجيد sajājīd, atau musallah; Turki: seccade atau namazlık; Parsi: جانماز, Urdu: جانمازjānamāz) merupakan hamparan kain yang digunakan oleh orang muslim sebagai hamparan antara tanah dan mereka yang bersolat bagi menjaga kebersihan, yang membabitkan sujud dan duduk di atas tanah. Seseorang muslim perlu berwuduk sebelum bersolat dan mengerjakan solat di tempat yang bersih. Kebanyakan sejadah moden dihasilkan di kilang tenun. Reka bentuk sejadah berdasarkan dari kampung mana ia dihasilkan dan penenunnya. Apabila bersolat, sudut pada atas sejadah perlu diarahkan pada arah kiblat bagi bersolat, Mekah. Semua orang muslim diwajibkan mengetahui arah kiblat dari rumah atau ditempat mereka berada.

Ciri-ciri dan kegunaan sunting

Sejadah memiliki simbol yang kuat dan secara tradisi di jaga dengan baik. Adalah tidak hormat bagi seseorang meletakkan sejadah di tempat yang kotor (kerana seseorang muslim perlu bersih sebagai menghormati Allah) atau melemparkannya tanpa hormat. Sejadah secara tradisi dianyam dengan pola segi empat, dengan corak sudut pada hujung kepala. Dalam segi empat itu sendiri, terdapat simbol Islam dan seni bina Islam. Hiasan bukan sahaja penting tetapi memiliki nilai mendalam dalam rekaan sejadah.

 
Sejadah Turki kurun ke-18 dengan gambar sudut mewakili mihrab, Muzium Kebangsaan Warsaw.

Sejadah mempunyai ciri sudut pada satu hujung, yang mewakili mihrab yang terdapat disetiap masjid, penunjuk arah pada Mekah. Kebanyakan sejadah turut menunjukkan satu atau lebih lampu masjid, merujuk pada "Surah An-Nur" (Cahaya) dalam Al-Quran. Masjid khusus kadang-kala dipaparkan; contoh paling popular termasuk masjid di Mekah, Medina, dan terutamanya di Jerusalem. Hiasan bukan sekadar memainkan peranan sebagai gambaran tetapi juga sebagai pengingatan pada ahli ibadat. Sesetengah contoh termasuk sikat dan kendi, sebagai peringatan pada orang muslim untuk membasuh tangan dan menyikat rambut mereka sebelum bersolat. Satu lagi kegunaan penting yang digunakan sebagai hiasan adalah bagi membantu saudara baru dengan meletakkan gambaran tangan pada sejadah sebagai tempat di mana tangan diletakkan ketika bersolat.

Sejadah biasanya dibuat di bandar atau kampung masyarakat yang menggunakannya dan sering kali dinamakan menurut tempat asal bagi mereka yang menjual atau mengumpulkannya. Pola sebenar banyak berbeza menurut pengayam asal dan bahan berbeza digunakan. Sesetengah memiliki pola, pewarna dan bahan yang secara tradisi/tempatan pada daerah di mana ia dihasilkan. Pola sejadah pada umumnya memiliki sudut di bahagian atas, yang diletakkan ke arah Mekah. Semasa bersolat mereka yang bersolat akan melutut pada tengah sejadah dan meletakkan kedua belah tangan mereka di kiri-kanan bahagian atas sejadah, dahinya menyentuh gambaran mihrab. Sejadah biasa berukuran anggaran 2.5 ka × 4 ka (0.76 m × 1.22 m) - 4 ka × 6 ka (1.2 m × 1.8 m), cukup untuk melutut dan bersujud.

 
Sejadah dengan pokok kehidupan, burung, tumbuhan, bunga dan pasu/

Beberapa negara menghasilkan tekstil dengan corak sejadah untuk eksport. Banyak sejadah moden adalah khusus untuk perdagangan dan dihasilkan dalam jumlah yang besar untuk jualan di pasaran perdagangan antarabangsa atau pasaran pelancong.

Terdapat banyak sejadah yang masih wujud masa kini yang telah dijaga dengan baik yang berusia lebih dari 100 tahun.[1] Dalam kebanyakan kes, ia segera digulung dengan cermat selepas solat.

Galeri sunting

Jenis-Jenis Sejadah Terkini[2] sunting

  1. Sejadah bersaiz normal - Sejadah ini adalah sejadah biasa di lihat bersaiz sederhana yang boleh memuatkan untuk seorang
  2. Sejadah mini - Sejadah ini adalah sejadah yang kerap kali digunakan ketika bermusafir kerana kecil, dan mudah di bawa. Ia juga sering dihadiahkan kepada tetamu ketika majlis-majlis istimewa seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.
  3. Sejadah eksklusif wangi - Sejadah ini adalah sejadah yang bersaiz sederhana tetapi lebih tebal dan berkualiti. Terdapat jenis yang tidak wangi dan berwangi.
  4. Sejadah panjang - Sejadah ini sering digunakan di masjid atau surau bagi mengalas kawasan sujud. Ianya di buat dengan kain putih yang nipis, mudah untuk di basuh dan diuruskan, dan di gulung jika tidak digunakan kerana agak panjang.
  5. Sejadah musafir - Sejadah ini adalah sejadah bersaiz sederhana dan ada yang bersaiz agak kecil berbanding sejadah biasa. Ia selalunya di buat dengan material nylon yang nipis, ringan, dan mudah di lipat menjadi saiz kecil. Sering kali sejadah ini disertakan dengan kompas bagi membantu menentukan arah kiblat.
  6. Sejadah Turki - Sejadah Turki adalah sejadah yang mendapat sentuhan seni Turki dalam corak pembuatannya. Ianya boleh terdiri daripada pelbagai saiz dan mempunyai bermacam ketebalan.
  7. Sejadah kanak-kanak. Sejadah yang bersaiz kecil, khas untuk kanak-kanak. Corak bagi sejadah ini adalah lebih ceria, sesuai dengan kanak-kanak. Antara contoh sejadah kanak-kanak di Malaysia adalah sejadah kanak-kanak daripada MommyHana https://www.mommyhana.com/product/my-sajaddah-combo-bag-mh/
  8. Sejadah AR. Sejadah ini adalah sejadah yang boleh diimbas menggunakan gadget. Antara fungsi utama sejadah jenis ini adalah untuk menarik perhatian anak kecil agar mereka suka untuk mendirikan solat. Sejadah AR pintar pertama di Malaysia yang boleh mengetahui waktu solat, azan serta iqomah ialah My 4D Sajjadah Kids daripada MommyHana https://www.mommyhana.com/product/my-4d-sajjadah-kids-girls/

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ Carpets from the Islamic World, 1600-1800 [1]
  2. ^ MYsejadah "Jenis-jenis Sejadah" - Laman web pemborong sejadah