Sejarah Afghanistan

Afghanistan, negara di persimpangan jalan Asia Tengah, telah banyak mengalami sejarah yang bergolak. Sejak berkurun lamanya, Afghanistan pernah dijajahi banyak kuasa-kuasa besar seperti Genghis Khan dan Alexander Agung.

Sebuah negara Afghanistan telah diasaskan pada tahun 1746 di bawah Empayar Durrani tetapi kuasa pemerintah telah dipindahkan kepada British sehingga Raja Amanullah menaiki takhta pada tahun 1919. Sejak itu, Afghanistan telah melalui bermacam jenis pemerintahan dan beberapa perang saudara.

Raja-raja Afghanistan berasal daripada puak Abdali dari suku etnik Afghan, dan nama puak tersebut ditukarkan kepada "Durrani" sejak Ahmad Shah menaiki takhta.

Pada kurun ke-20, sebanyak sebelas raja-raja Afghanistan telah diturunkan takhta menerusi cara-cara yang tidak demokratik: 1919 (dibunuh), 1929 (meninggalkan takhta), 1929 (dihukum mati), 1933 (dibunuh), 1973 (dibuang), 1978 (dihukum mati), 1979 (dihukum mati), 1979 (dihukum mati), 1987 (disingkir), 1992 (diguling) and 1996 (diguling).

Zaman stabil yang terakhir sekali dikecapi oleh Afghanistan wujud dari tahun 1933 hingga 1973, apabila negara itu berada di bawah pimpinan Raja Zahir Shah. Pada 1973, Sardar Mohammed Daoud, saudara kepada Zahir Shah telah melancarkan rampasan kuasa. Namun pada 1978, Daoud dan keluarganya dibunuh oleh ahli komunis Parti Demokratik Rakyat Afghanistan yang memberontak dan berjaya mengambil alih kuasa memerintah.

Penentangan dan konflik yang hebat terhadap kerajaan berhaluan kiri telah memaksa Kesatuan Soviet untuk menakluk Afghanistan pada 24 December 1979. Namun demikian, setelah berhadapan dengan tekanan antarabangsa dan 15,000 askar Soviet terkorban akibat tentangan puak mujahidin yang dilatih oleh Amerika Syarikat, Pakistan dan kerajaan lain; askar Soviet berundur dari tanahair Afghanistan pada tahun 1989.

Walaupun begitu, pihak mujahideen masih bergaduh sesama sendiri dan ini telah melahirkan beberapa panglima perang (warlordism). Pertelingkahan yang paling tragik berlaku pada 1994, apabila 10,000 orang terbunuh di wilayah Kabul. Puak Taliban yang mendapat sokongan padu dari Pakistan akhirnya berjaya merampas kuasa pada 1996. Puak Taliban berjaya merampas 90% negara ini, kecuali timur-laut Afghanistan yang dikuasai oleh 'Perikatan Utara'. Sewaktu memerintah Afghanistan, mereka telah melaksanakan kerajaan Islam secara ekstrim. Disamping itu, puak Taliban telah memberi bantuan serta tempat selamat kepada pengganas Islam termasuk Osama bin Laden dan Al-Qaeda.

Akibat kaitan Taliban dengan kumpulan pengganas ini serta serangan 11 September 2001 di New York, pada tahun 2001 tentera Amerika telah melancarkan serangan di Afghanistan dan menjatuhkan kerajaan Taliban. Pada akhir 2001, pemimpin utama dari pihak pembangkang Afghan telah berjumpa di Bonn, Jerman untuk merangka suatu kerajaan baru. Hasilnya adalah perlantikan Hamid Karzai sebagai Pengerusi Lembaga Interim Afghan (AIA) pada Disember 2001. Setahun kemudian, pilihan raya kebangsaan telah diadakan dan Karzai telah dipilih sebagai Presiden.

Tambahan kepada pertelingkahan politik ganas dan kegiatan ketenteraan untuk mengusir unsur Al-Qaida dan Taliban yang tinggal, Afghanistan menderita kemiskinan teruk, panglima perang yang ramai, infrastruktur yang usang, dan periuk api dimerata-rata tempat.

Pada 3 dan 25 Mac 2002, siri gempa bumi melanda Afghanistan, dengan kemusnahan beribu buah rumah dan kehilangan nyawa seramai 1,800. Lebih dari 4000 orang tercedera. Gempa bumi berlaku di daerah Samangan (3 Mac) dan daerah Baghlan (25 Mac). Yang kedua lebih teruk, dan mengakibatkan kebanyakan mangsa. Pihak berkuasa antarabangsa membantu kerajaan Afghanistan untuk menangani keadaan tersebut.