Sejarah Cuba bermula apabila Christopher Columbus tiba di pulau ini pada tahun 1492. Pada tahun 1511, Diego Velazquez dari Sepanyol telah membawa anak kapalnya untuk menjajah Cuba dengan masa yang singkat. Penjajahan Sepanyol di pulau ini berpanjangan sehingga kapal perang Amerika Syarikat, USS Maine telah diletupkan di pelabuhan Havana tanpa mengetahui apa puncanya. Tanpa berfikir panjang, Amerika Syarikat menyalahkan Sepanyol di atas kejadian ini.

Diego Velázquez de Cuéllar, konkuistador atau penakluk Cuba.

Perang Sepanyol-Amerika bermula. Amerika Syarikat telah berjaya mengalahkan Sepanyol dengan menawan Filipina, Cuba, Puerto Rico dan kepulauan lain. Amerika Syarikat telah campur tangan dalam hal pentadbiran negara Cuba. Semasa Jeneral Fulgencio Batista menjadi presiden, hubungan diantara Cuba dan Amerika Syarikat menjadi lebih rapat dalam hal perdagangan dan ekonomi. Pada 26 Julai 1953, Fidel Castro telah mengasaskan Pergerakan 26 Julai di Mexico bersama dengan Che Guevara dan Raul Castro untuk memulakan Revolusi Cuba dengan menentang kerajaan Batista.

Pada 1 Januari 1959, revolusi ini berakhir apabila Batista melarikan diri ke Republik Dominika sebelum berpindah ke Portugal dan Sepanyol. Selepas revolusi, Castro telah mengisytiharkan negara sosialis. Oleh sebab itu, Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Cuba di atas perbuatan Castro itu. Namun, Castro menjalinkan hubungan dengan Kesatuan Soviet. Beberapa tahun kemudian, Soviet ingin meletakkan peluru berpandu di Cuba, takut dengan penjajahan Amerika Syarikat, Castro menerima cadangan itu. Dalam perjalanan membawa peluru berpandu, kapal terbang milik tentera udara Amerika Syarikat telah mengesan dari jauh kapal perang Soviet yang membawa ke Cuba. Lalu, mencetus krisis peluru berpandu Cuba. Namun, keadaan kembali tenang apabila Soviet menarik balik peluru berpandu dengan janji Amerika Syarikat tidak akan menjajah Cuba melalui surat-menyurat dan telekomunikasi.

Pada tahun 1991, kejatuhan Kesatuan Soviet telah menyebabkan Cuba mengalami kemelesetan ekonomi. Cuba mencari jalan untuk membuka pintu perlancongan untuk pelancong luar datang ke negara mereka. Keadaan ini dipanggil Tempoh Khas. Pada awal abad ke-21, Amerika Syarikat telah melonggarkan sekatan ekonominya dengan menjual beberapa buatan dari negara besar itu. Keadaan ini akan memulihkan ekonomi Cuba pada masa hadapan.

Peribumi Cuba dan Jajahan Sepanyol sunting

 
Gambaran orang Carib (dari John Gadriel Stedman).

Cuba merupakan tapak pertama dalam Dunia Baru yang dihuni kaum peribumi pra-Columbia. Pulau ini juga menjadi tapak asas bagi Sepanyol untuk menjejaki tanah benua Amerika. Sebelum zaman penjajahan Sepanyol, terdapat tiga kaum peribumi utama iaitu Taíno, Ciboney dan Carib. Antara ketiga-tiga etnik ini, kaum Taino lebih maju kerana menjalankan aktiviti pemburuan, perikanan dan pertanian manakala Carib lebih primitif dan ganas dari Taino. Mereka mengembangkan wilayah jajahan dengan pertempuran ganas dan mengahwini wanita puak yang kalah kemudian memakan kaum lelakinya.

Sejarah negara ini bermula apabila ketibaan Christopher Columbus di pulai ini pada tahun 1492 kemudian dijajah oleh Diego Velázquez de Cuéllar dari Sepanyol pada tahun 1511. Penjajah Sepanyol memaksa kaum Taino dan Arawak di kawasan perlombongan emas dan ladang tebu.

Imigrasi dari orang kulit hitam Afrika sunting

 
Hatuey yang memimpin kaum Taino untuk menentang penjajah Sepanyol. Malangnya, dia telah ditangkap dan mati dibakar.

Pada awal abad ke-16, Empayar Sepanyol meluaskan jajahan dengan menjajah Cuba. Penjajah Sepanyol ini menindas dan memperhambakan kaum peribumi malah menyebabkan populasinya berkurang. Oleh sebab itu, orang Sepanyol membawa masuk hamba Afrika yang kemudiannya menjadi sebahagian penduduk besar Cuba.

Perdagangan hamba abdi dan eksploitasi orang Sepanyol berterusan sehinggalah tercetus rusuhan besar-besaran hamba abdi kulit hitam dikenali Pemberontakan Aponte pada tahun 1812. Kebangkitan pemberontakan kemerdekaan Cuba juga berlaku pada tahun 1868 yang dikenali sebagai Perang Sepuluh Tahun yang menyatukan orang Cuba berbilang kaum menentang penjajah Sepanyol.

Kemerdekaan Cuba sunting

 
Letupan USS Maine di pelabuhan Havana.

Penjajah Sepanyol menjanjikan pembaharuan dan ekonomi serta membebaskan hamba selepas perang kemerdekaan Cuba pertama. Namun, mereka tidak menepati janji dan rakyat Cuba kecewa sehingga membawa kepada pemberontakan kedua iaitu Perang Kemerdekaan Cuba pada tahun 1895. Ribuan pejuang kemerdekaan terkorban termasuklah Ketua Parti Revolusi Cuba, José Martí. Pada tahun 1898, USS Maine milik Amerika Syarikat di pelabuhan Havana telah diletupkan tanpa diketahui puncanya. Justeru, Amerika Syarikat menyalahkan Sepanyol di atas kejadian ini.

Perang Amerika-Sepanyol pun bermula. Pada awal abad ke-20, konflik ini berakhir apabila Sepanyol menandatangani perjanjian damai di mana Amerika Syarikat diberi kuasa untuk mengawal Cuba. Sejak itu, Amerika Syarikat mula campur tangan dalam hal pentadbiran Cuba. Pada tahun 1902, Tomás Estrada Palma dipilih menjadi presiden Cuba dab menyenaraikan polisi Pindaan Platt yang banyak memanfaatkan Amerika Syarikat. Kerajaan dikawal secara diktatorial selama 30 tahun kemudian dalam serba kekurangan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Fulgencio Batista berjaya merampas kuasa melalui penggulingan pada tahun 1933.

Revolusi Cuba sunting

 
Che Guevara dan Fidel Castro merupakan tokoh terpenting dalam Revolusi Cuba.

Fidel Castro yang merupakan seorang peguam telah bergabung dengan angkatan gerila Che Guevara berjaya mengguingkan rejim Batista pada Januari 1959. Castro mengambil alih perniagaan persendirian dan industri komersial menjadikan milikan negara termasuklah hartanah milik Amerika Syarikat. Tindakannya memberi tamparan yang hebat kepada Cuba dan Amerika Syarikat. Oleh sebab itu, Amerika Syarikat menghentikan perdagangan dan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Cuba. Castro mengawal sepenuhnya sistem kerajaan dan ekonomi di mana ia meningkatkan kebergantungan subsidi dari Kesatuan Soviet. Castro juga mengenalkan sistem pendidikan dan kesihatan yang percuma kepada rakyat Cuba.

Bagaimanapun, kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1990 telah menyebabkan Cuba turut berdepan masalah ekonomi. Justeru, Castro cuba menukar polisi ekonomi negara dengan meraih pendapatan melalui aktiviti perlancongan.

Rujukan sunting

  • Kembara Khazanah Cuba m/s 42-43