Sejarah United Kingdom

Sejarah United Kingdom sebagai negara berdaulat bermula pada 1 Mei 1707.

England dan Scotland telah mempunyai kerajaan sendiri sejak abad ke-9. Kerajaan England menguasai Wales pada 1284 dengan Statut Ruddlan. England dan Scotland telah bersetuju disatukan di bawah Akta-akta Kesatuan 1707. Penyatuan ini menubuhkan Kerajaan Great Britain. Great Britain pula disatukan dengan kerajaan Ireland di bawah Akta Kesatuan 1800 untuk membentuk Kerajaan Bersatu Great Britain dan Ireland (United Kingdom of Great Britain and Ireland). Bahagian selatan pulau Ireland diberikan kemerdekaan pada 1922 lalu menjadi Republik Ireland. Ireland Utara masih merupakan wilayah United Kingdom, yang bertukar nama menjadi United KIngdom of Great Britain and Northern Ireland.

Britain memainkan peranan besar dalam Zaman Kesedaran abad ke-18, dan menyumbang kepada perkembangan bidang falsafah, sains, kesusasteraan dan seni teater. Pada abad ke-19, Britain pula menyumbang kepada perkembangan fahaman demokrasi berparlimen, sastera, seni dan sains. Empayar British menjadi kaya dengan perindustrian dan eksploitasi terhadap tanah jajahan serta perdagangan dan perhambaan. Namun, Britain telah mengharamkan perhambaan pada awal abad ke-19. Mereka merupakan negara pertama mengambil tindakan ini.

Selepas Revolusi Perindustrian dan kekalahan Napoleon dari Perancis, Britain menjadi kuasa utama abad ke-19. Wilayah dan tanah jajahan Empayar British meliputi kira-kira satu pertiga keluasan dunia, dan merupakan tempat kediami lebih daripada satu pertiga jumlah penduduk dunia.

Selepas pemerintahan Ratu Victoria, Britain mula kehilangan kuasa dan pengaruh dalam perindustrian kepada Amerika Syarikat dan Empayar Jerman. Namun, Britain dan sekutu-sekutunya memenangi Perang Dunia Pertama dan berjaya meluaskan tanah jajahannya lagi. Britain, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet dan negara-negara Komanwel yang lain sekali lagi berjaya menewaskan Jerman dan Itali dalam Perang Dunia Kedua. Britain mengalami kemusnahan, kerugian yang teruk akibat perang ini. Kuasa dan pengaruhnya di dunia mula berkurang.

Pengaruh British yang semakin berkurangan dibuktikan dalam Krisis Suez 1956, apabila pihak Britain dan Perancis gagal menghalang Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser daripada memiliknegarakan Terusan Suez. Ekonomi dan perindustrian lemah menjadi unggul keadaan Britain selepas peperangan. Namun, di bawah kepimpinan Margaret Thatcher, ekonomi Britain berjaya dipulihkan. Arus perkembagan ini diteruskan selepas Tony Blair menjadi Perdana Menteri. United Kingdom telah menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 1973.

Bendera United Kingdom berdasarkan kepada bendera England, Scotland dan Ireland