Sekatan Genting Gaza

Sekatan Genting Gaza 2007–kini dilakukan oleh dua negara iaitu Israel dan sekutunya Mesir sejak Jun 2007, ketika Hamas mengambil alih wilayah Palestin itu selepas terjadinya konflik Fatah-Hamas untuk menguasai Palestin.[1] Sebelum itu sekatan ekonomi 2006-2007 dikenakan terhadap Pihak Berkuasa Palestin selepas pilihan raya yang menyaksikan Hamas berjaya membentuk kerajaan Palestin pada Februari 2006.

Pintu sempadan Rafah antara Mesir dan Palestin pada 2009

Genting Gaza mempunyai sempadan darat dengan Israel dan Mesir dan sempadan laut. Mesir dan Israel sangat menjaga sempadan mereka dengan wilayah tertutup. Israel hanya membenarkan bantuan kemanusiaan terhad dari pertubuhan tertentu, namun mesti melalui jalan darat. Kuantitinya juga terhad kepada satu perempat daripada kuantiti sebelum sekatan.[2] Angkatan Laut Israel melaksanakan sekatan laut tiga batu nautika dari pantai. Mesir pula menghalang pembinaan terowong bawah tanah bagi mengelak pemecahan sekatan melalui penyeludupan.

Tujuan Israel membuat sekatan ialah untuk menyekat serangan roket Palestin dari Genting Gaza ke bandar-bandarnya dan mengelakkan Hamas dari mendapat senjata lain. Mesir berpendapat bahawa ia tidak boleh membuka pintu sempadan Rafah sepenuhnya kerana akan melemahkan kesahan Pihak Berkuasa Palestin serta akan mengekalkan perpecahan antara Gaza dan Tebing Barat.[3]

Sekatan ini dikritik oleh Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, Majlis Hak Asasi Manusia PBB[4][5] dan pertubuhan hak asasi manusia lain. Namun Amerika Syarikat menyokong kepungan ini secara rasmi.[6]

Akibat kecaman hebat antarabangsa selepas rampasan armada Gaza, Mesir dan Israel mengurangkan taraf sekatan pada Jun 2010, apabila sempadan Rafah dibuka separa oleh Mesir. Israel pula mengumumkan akan membenarkan lebih banyak barangan awam memasuki Gaza, namun tidak barangan dwiguna.[7]

Intifada 2000-2007 sunting

Intifada al-Aqsa meletus pada September 2000 menyebabkan Israel melancarkan Kepungan Genting Gaza dan menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza .Situasi ekonomi dan kemanusiaan memburuk menimbulkan kebimbangan yang besar di luar negeri. UNCTAD melaporkan produktiviti peretanian Gazaterhenti kerana pemusnahan tanah, pokok, sayur-sayuran dan greenhouse.

Angkatan Pertahanan Israel meninggalkan Jalur Gaza pada 1 September 2005 sebagai sebahagian rancangan pihak Israel. Perjanjian antara otoritas Palestin dengan Israel yang diusahakan oleh Condoleezza Rice pada November 2005 untuk meningkatkan kebebasan bergerak dan kegiatan ekonomi di Gaza. Sempadan Rafah dengan Israel hendaklah dibuka semula dengan transit dipantau oleh Kesatuan Eropah dan Pihak berkuasa Palestin.Semua barang, kenderaan dan trak ke dan dari Mesir harus melalui pintu sempadan Shalom dan pintu sempadan Karni. Kos kerugian Palestin ialah $ 500,000 per hari terutama makanan.

Hamas berjaya mengalahkan Fatah dalam Pilihan raya Palestin 2006 tetapi terhad di Gaza sahaja. Kerajaan Gaza baru "sangat menentang" perjanjian sempadan 2005 dan kehadiran pemantau Kesatuan Eropah di Rafah . Amerika bimbang dengan gaya Hamas yang mirip 'pengganas' dan rasa bimbang peristiwa 9/11 masih ada.

Pelanggaran sempadan Gaza-Mesir 2008 sunting

Sempadan Gaza-Mesir mula diceroboh mulai 23 Januari 2008 setelah beberapa orang bersenjata di Gaza mencetuskan ledakan dekat sempadan menyeberang Rafah. Mereka menghancurkan penghalang antara Gaza dengan Israel. PBB menganggarkan setengah juta penduduk dari Genting Gaza menyeberangi sempadan ke Mesir mencari makanan dan persediaan. Mesir menutup semua pintu sempadan Rafah pada 3 Februari 2008.

Usaha melonggarkan sekatan 2008 sunting

Perjanjian gencatan senjata antara Isarael dengan Hamas pada Jun 2008.Israel bersetuju untuk mengurangkan kepungan dari Genting Gaza .

Rampasan Hamas 2009 sunting

Pada 12 Januari 2009, dilaporkan Hamas menyerang beberapa dari 100 trak bantuan yang memasuki Gaza, mencuri isinya dan menjualnya. Sayap bersenjata Hamas juga merebut 12 trak penuh dengan bantuan kemanusiaan yang telah disumbangkan oleh Jordan pada 20 Januari 2009.

Pada 3 Februari, 3.500 selimut dan lebih dari 400 pakej sembako disita oleh pegawai polis Hamas dari UNRWA. Koordinator Bantuan Kecemasan PBB menuntut agar bantuan dikembalikan. 5 Februari, Hamas merebut 200 tan bekalan bantuan makanan dari UNRWA.Hamas menjelaskan bahawa insiden itu akibat salah faham antara pemandu lori .Hamas mengembalikan semua bantuan yang disita.

Israel juga menuduh Hamas menyeludup senjata terus ke Gaza melalui terowong ke Mesir. Buktinya serangan roket Hamas tidak berhenti. Hamas juga tidak akan meneruskan perundingan pembebasan tentera Israel bernama Gilad Shalit sejak tahun 2006

PBB mencatat tujuh pelanggaran IDF dari gencatan senjata antara bulan Jun 20 dan 26 Jun dan tiga pelanggaran oleh kumpulan-kumpulan Palestin. Pada 18 Disember Briged Izzuddin Al-Qassam sayap tentera Hamas, melaporkan 185 pelanggaran Israel selama masa tenang. 223 roket dan mortar ditembakkan dari Gaza selama 139 hari bertenang, termasuk 20 roket dan 18 mortir sebelum 4 November. Roket api menurun sebanyak 98 % dalam empat setengah bulan antara 18 Jun dan 4 November. Hamas menyangkal bertanggung jawab atas serangan roket selama tempoh bertenang.

Pada Januari 2009, selepaa fasa pertama Perang Gaza, Israel menyatakan akan meneruskan kepungan ekonomi bagi melemahkan kekuatan Hamas. Pada Julai 2009, Israel mengatakan sedang membuat usaha bantuan kemanusiaan di Gaza. Pada bulan Mei 2010, kemasukan ke Gaza iaitu lebih 1.5 juta liter bahan bakar solar dan bensin, buah-buahan dan sayuran, gandum, gula, daging, ayam dan produk ikan, produk susu, makanan ternakan, produk kesihatan, pakaian dan kasut.

Hujah Mesir melaksanakan kepungan sunting

Mesir akan hanya membuka pintu sempadan jika ada pemantauan antarabangsa dan pemantauan dari Pihak Berkuasa Palestin yang dipimpin oleh Mahmud Abbas. Menteri Luar Negeri Mesir Ahmed Aboul Gheit bimbang jika sempadan dibuka , ia akan menguatkan lagi perpecahan antara Gaza dan Tebing Barat.

Hamzah Mansour selaku ahli Majlis Syura dari Barisan Bertindak Islam IAF kesal dengan tindakan Mesir menyokong kepungan Israel di Gaza.Menteri Ireland, Micheal Martin menyifatkan kepungan itu sangat tidak berperikemanusiaan.Michael Martin adalah menteri luar negeri Kesatuan Eropah pertama memasuki Gaza.

Hujah Israel melaksanakan kepungan sunting

Tujuan kepungan itu ialah untuk menekan Hamas menamatkan serangan roket Qassam dan mengurangkan persediaan bahan-bahan membuat roket.

Amerika Syarikat telah lama mendesak Israel untuk mengurangkan sekatan di Gaza. Setiausaha Negara Hillary Clinton bertemu Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada bulan Februari 2010 menggesa sekatan ekonomi diringankan. Pada bulan Jun 2009, bekas Presiden Jimmy Carter bertemu bertemu dengan pemimpin Hamas di Gaza selama tiga jam. Beliau bertemu dengan bekas Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh dan pegawai Hamas lain. Katanya jenayah kepungan ini harus diselidiki.

Paus Benedict XVI melawat Bethlehem pada Mei 2009 simpati dengan penderitaan warga Gaza.

Industri perikanan Gaza sunting

Kepungan laut menyebabkan kerosakan industri perikanan Gaza. Sebelum ini kegiatan perikanan dibenarkan sehingga 20 batu laut lepas pantai di bawah Perjanjian Yerikho Gaza 1994 .Nelayah Gaza perlu perjalanan sekurang-kurangnya 12-15 batu dari pantai di beting untuk menangkap ikan lebih besar. Jumlah tangkapan pada tahun 1999 hampir 4,000 tan dalam pra-kepungan 1999. Ini dikurangkan menjadi 2.700 ton pada tahun 2008. Pada tahun 90an, industri perikanan Gaza bernilai $ 10.000.000 per tahun atau 4% daripada jumlah keseluruhan ekonomi Palestin.

Kumpulan bantuan sunting

Pada 7 Mac 2008 ,Amnesty International , CARE International UK , dan Oxfam , menerbitkan laporan bahawa situasi kemanusiaan di Genting Gaza semakin teruk berbanding pendudukan Israel 1967. Warga awam Gaza hendaklah dibenarkan akses terhadap air bersih, elektrik dan rawatan perubatan. Kepungan hendaklah ditarik balik. Hukuman mestilah adil terhadap 1,500,000 penduduk wilayah itu.

Rampasan armada Gaza 2010 sunting

Pada 31 Mei 2010, tentera laut Israel dan helikopter menyerbu kapal-kapal antarabangsa yang membawa bantuan ke Gaza, mengorbankan 10-16 sukarelawan pro Palestin.

Rujukan sunting

  1. ^ "Hamas takes control of Gaza". Guardian. 15 Jun 2007. Dicapai pada 3 Jun 2010.
  2. ^ "Gaza aid flotilla 'leaves Cyprus'". BBC. 2010-05-30. Dicapai pada 1 Jun 2010.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan egypt tidak disediakan
  4. ^ "Israel 'understated' Gaza deaths". BBC News. 2009-09-09. Dicapai pada 2010-04-22.
  5. ^ "UN Fact Finding Mission finds strong evidence of war crimes and crimes against humanity committed during the Gaza conflict; calls for end to impunity". Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 15 September 2009. Dicapai pada 2010-06-04.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan NYT20100601 tidak disediakan
  7. ^ Israel to allow more 'civilian' goods into Gaza: official AFP