Sekolah Berasrama Penuh

jenis sekolah di Malaysia

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (Fully Residential School) merupakan kumpulan sekolah menengah berasrama yang diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan berkualiti. Perkembangan SBP mula diberi penekanan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1975-1980).[1]

Sejarah sunting

Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu daripada kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).[2]

Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ia “hanya menghasilkan petani dan nelayan Melayu yang lebih baik”. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan tujuan “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, sempena nama Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Pada September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah mencadangkan penubuhan enam buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu, Sekolah Dato’ Abdul Razak (1956), Sekolah Tun Fatimah (1956), Sekolah Tuanku Abdul Rahman (1957), Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (1963), Sekolah Alam Shah (kini dinamakan Sekolah Sultan Alam Shah, 1963) dan Sekolah Seri Puteri (1968).

Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Sultan Hisamuddin Alam Shah di Klang, Selangor. Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang. Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Antara tahun 1973 hingga 1975, 10 buah SBP yang lain telah dibina menerusi Rancangan Malaysia Kedua.

Sehingga kini, Malaysia telah mempunyai 71 buah SBP: 11 buah SBP Premier, 45 buah Sekolah Menengah Sains (SMS), 12 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan tiga buah Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP). Enam buah SBP merupakan sekolah lelaki dan enam buah SBP yang lain merupakan sekolah perempuan.

Jenis Sekolah Berasrama Penuh sunting

SBP Premier sunting

SBP Premier terdiri daripada beberapa buah sekolah berasrama penuh yang terawal ditubuhkan dan kebanyakannya diiktiraf sebagai sekolah berprestasi tinggi. Sehingga kini terdapat 11 buah sekolah yang tergolong dalam SBP Premier.

Sekolah Menengah Sains (SMS) sunting

Konsep Sekolah Menengah Sains (SMS) mula ditubuhkan pada tahun 1973 apabila kemajuan pendidikan di kalangan murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada pemimpin negara. Oleh itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai: "an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects.

Sebanyak 10 buah Sekolah Menengah Sains yang terawal telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua. Sehingga kini, terdapat 45 buah Sekolah Menengah Sains yang telah dibina di serata negara. SMS Alor Gajah menjadi Sekolah Menengah Sains yang paling baharu dibuka iaitu pada tahun 2023.

Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) sunting

Konsep Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) mula ditubuhkan pada Januari 1982 atas cadangan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia pada waktu itu, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman. Idea ini muncul kerana kesedaran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada ketika itu untuk membina sekolah Agama Islam di Kuala Lumpur. SMAP Labu merupakan SMAP pertama yang telah ditubuhkan pada tahun 1982. Sehingga kini terdapat tiga buah SMAP di serata negara iaitu di Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) sunting

Konsep Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula ditubuhkan pada tahun 2002. Pada tahun 2002, empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Sains Teknikal. Sehingga kini terdapat 12 buah SBPI di seluruh negara.

Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sunting

Pada tahun 2014, SMAP Bentong menjadi SBP pertama yang melaksanakan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Bagi SBP tersebut, para pelajar perlu menamatkan hafazan Al-Quran dalam tempoh lima tahun persekolahan. Sehingga kini terdapat empat SBP yang telah melaksanakan program ini termasuklah SBPI Batu Rakit, SBPI Rawang, SMAP Kajang dan SBPI Selandar.

Falsafah SBP sunting

Pendidikan di sekolah berasrama penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

Matlamat SBP sunting

  1. Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
  2. Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
  3. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
  4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
  5. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.
  6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP.
  7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.
  8. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP.
  9. Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.
  10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujud tuntutan wawasan 2020.

Senarai SBP sunting

Bil Sekolah Berasrama Penuh Jenis Singkatan Zon Tahun ditubuhkan Moto Laman web rasmi sekolah
1   Kolej Melayu Kuala Kangsar (The Malay College Kuala Kangsar) SBP Premier MCKK Utara 1905 Fiat Sapientia Virtus (Kebijaksanaan Mutu Manusia) [1]
2   Kolej Tunku Kurshiah SBP Premier TKC Selatan 1947 Rajin dan Usaha, Tangga Kemajuan [2]
3   Kolej Islam Sultan Alam Shah SBP Premier KISAS Tengah 1955 Bersama Merangkul Keunggulan [[3]]
4   Sekolah Dato' Abdul Razak SBP Premier SDAR Selatan 1956 Berilmu untuk Berjasa [4]
5   Sekolah Tun Fatimah SBP Premier STF Selatan 1956 Berusaha Tangga Kejayaan [5]
6   Sekolah Tuanku Abdul Rahman SBP Premier STAR Utara 1957 Ilmu Panduan Hidup [6]
7   Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim SBP Premier JENAN Utara 1963 Belajar dan Berbakti [7]
8   Sekolah Sultan Alam Shah SBP Premier SAS Tengah 1963 Chita, Usaha, Jaya [8]
9   Sekolah Seri Puteri SBP Premier SSP Tengah 1968 Ilmu, Usaha, Jaya [9]
10   Sekolah Menengah Sains Johor SMS SMSJ Selatan 1973 Budi, Karya, Bakti, Ikhlas [10]
11   Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah SMS MOZAC Selatan 1973 Bersikap Membina [11]
12   Sekolah Menengah Sains Selangor SMS SMSS Tengah 1973 Budi, Usaha, Bakti [12]
13   Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah SMS SEMSAS Timur 1973 Hidup Berjasa [13]
14   Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud SBP PREMIER SESMA Timur 1973 Disiplin, Kualiti, Dedikasi [14]
15   Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa SMS SEMOJI Utara 1973 Berilmu dan Berbudi [15]
16   Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra SBP Premier FARIS Timur 1973 Sains Asas Kemajuan [16]
17   Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar SMS STJ Selatan 1973 Maju Sempurna [17]
18   Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra SMS SYED PUTRA Utara 1973 Tekun, Usaha, Jaya
19   Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin SMS TUN SYED Utara 1973 Ilmu Asas Kemajuan [18]
20   Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu SMAP SMAPL Selatan 1982 Ilmu, Iman, Amal [19]
21 Sekolah Menengah Sains Dungun SMS SMSD Timur 1982 Berilmu, Berdisiplin, Berbakti [20]
22   Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah SMS SERATAS Utara 1982 Berdisiplin, Berilmu, Berbakti [21]
23   Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub SMS SEMESTA Timur 1983 Ilmu, Amal, Budi [22]
24   Sekolah Menengah Sains Machang SMS SMACH Timur 1983 Berilmu, Berusaha, Berbakti [23]
25 Sekolah Menengah Sains Muar SMS SAMURA Selatan 1983 Berilmu, Berbakti [24]
26   Sekolah Menengah Sains Sabah SMS SMESH SQL 1984 Teguh, Setia, Budi [25]
27   Sekolah Menengah Sains Teluk Intan SMS SEMESTI Utara 1984 Ilmu Teras Hidup [26]
28   Sekolah Menengah Sains Labuan SMS SMEXCEL SQL 1985 Usaha, Jaya, Bakti [27]
29   Sekolah Menengah Sains Lahad Datu SMS SEMSALD SQL 1988 Berilmu, Bersatu, Terus Maju [28]
30   Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang SMAP SMAPK Tengah 1989 Ilmu, Iman, Amal [29]
31   Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan SMS SHAH Pekan Timur 1989 Ilmu, Amal, Budi [30]
32   Sekolah Menengah Sains Miri SMS SAINSRI SQL 1990 Berusaha, Berilmu, Beramal [31]
33   Sekolah Menengah Sains Kuching SMS SAINSKU SQL 1994 Berilmu, Berwawasan [32]
34   Sekolah Menengah Sains Pokok Sena SMS SAINA Utara 1995 Berilmu, Beramal, Bertaqwa [33]
35   Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi SMS SAKTI Selatan 1996 Ilmu, Bakti, Kualiti [34]
36 Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor SMS KUSESS Tengah 1996 Berilmu, Beramal, Berbakti [35]
37   Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh SMS SCIPP Timur 1998 Ilmu, Amal, Gemilang [36]
38   Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu SMS SESTER Timur 2000 Menjana Kecemerlangan Jati Diri
39   Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor SMS SEMASHUR Tengah 2000 Usaha, Amal, Bakti [37]
40   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol SBPI INTEJ Selatan 2002 Ilmu Memantapkan Iman [38]
41   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang SBPI SEPINTAR Tengah 2002 Sumber Penjana Muslim Bestari [39]
42   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam SBPI INTESABER Tengah 2002 Ilmu, Iman, Istiqamah [40]
43   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh SBPI INSOFT Timur 2002 Ilmu, Iman, Amal [41]
44   Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir SMS SASER Selatan 2002 Berilmu, Beriman, Berbakti [42]
45   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak SBPI INSTAR Timur 2003 Beyond Success [43]
46   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar SBPI SISME Selatan 2003 Cemerlang, Berwawasan [44]
47   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit SBPI BRAINS Timur 2003 Berilmu, Berakhlak, Berkualiti [45]
48   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak SBPI INTEGOMB Tengah 2003 Benar, Tepat, Efektif [46]
49   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng SBPI I-GOP Utara 2003 Ilmu, Amal, Iman [47]
50   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan SBPI INTEK Timur 2003 Membentuk Generasi Pemimpin [48]
51   Sekolah Menengah Sains Alam Shah SMS ASIS Tengah 2003 Kreatif, Inovatif, Produktif [49]
52   Sekolah Menengah Sains Seri Puteri SMS SESERI Tengah 2003 Proaktif, Inovatif, Efektif [50]
53   Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar SMS ISKANDAR Selatan 2003 Sepakat, Bestari, Progresif, Inovatif [51]
54   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu SBPI I-KUPS Utara 2004 Cemerlang, Gemilang, Terbilang [52]
55   Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh SMS SABDA Utara 2009 Unggul Terbilang [53]
56   Sekolah Menengah Sains Kepala Batas SMS SAKBA Utara 2009 Kualiti Pemangkin Kecemerlangan [54]
57   Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu SMS KUPSIS Utara 2009 Sukses, Kreatif, Produktif [55]
58   Sekolah Menengah Sains Rembau SMS SEMESRA Selatan 2009 Tekun, Bersatu, Berjaya, Terbilang [56]
59   Sekolah Menengah Sains Tapah SMS SESTA Utara 2010 Berilmu, Bertakwa [57]
60   Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu SMS SAHUT Timur 2011 Menjana Kecemerlangan Jati Diri
61   Sekolah Menengah Sains Sembrong SMS SASEM Selatan 2011 Ihsan, Ilmu, Khalifah [58]
62 Sekolah Menengah Sains Setiu SMS SAIS Timur 2011 Ilmu, Sahsiah, Gemilang [59]
63   Sekolah Menengah Sains Banting SMS BASiS Tengah 2012 Berilmu, Beramal, Berbakti [60][61]
64   Sekolah Menengah Sains Batu Pahat SMS SEHEBAT Selatan 2012 Integriti, Kredibiliti, Inovatif [62]
65   Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong SMAP SUPERB Timur 2013 Melangkaui Kecemerlangan [63]
66   Sekolah Menengah Sains Jeli SMS JeSS Timur 2013 Ilmu, Amal, Taqwa [64]
67   Sekolah Menengah Sains Kuching Utara SMS SAKURA SQL 2013 Ilmu, Integriti, Iltizam
68   Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban SMS SGS Selatan 2014 Modal Insan Aspirasi Negara [65]
69   Sekolah Menengah Sains Gua Musang SMS GUAMSS Timur 2015 Ilmu, Budi, Kebijaksanaan
70 Akademi Sains Pendang SMS PENDETA Utara 2021 Nurturing Leaders in Humanising Technology
71 Sekolah Menengah Sains Alor Gajah SMS SAGA Selatan 2023 Beriman, Berilmu, Berjasa

Rujukan sunting

  1. ^ "KPM - Sekolah Berasrama Penuh". www.moe.gov.my. Dicapai pada 2023-09-28.
  2. ^ "Sejarah SBP". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2012. Dicapai pada 3 Disember 2021.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting