Sekolah Berprestasi Tinggi

Gelaran untuk sekolah di Malaysia

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) (High Performance School) di Malaysia ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.[1]

Latar belakang sunting

Hasrat untuk mengenal pasti dan mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya di Majlis Perhimpunan bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 Julai 2009.

Sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, sekolah kluster dan Sekolah Berasrama Penuh. Dengan ini, kita akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sebelum penamat 2012.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan pelan tindakan untuk mengenal pasti 100 SBT menjelang 2012. Usaha ini sejajar dengan hasrat "1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Pada 9 September 2009, KPM mengambil keputusan untuk mengiktiraf 100 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan menjadi SBT serta menubuhkan Sektor SBT di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK) supaya pengurusan SBT dapat dilaksanakan dengan efisien.

Sebanyak 20 buah sekolah telah diumumkan sebagai SBT Kohort 1 oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada 25 Januari 2010 dan majlis pengiktirafannya telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur pada 29 Januari 2010. Pada 18 Februari 2011, sebanyak 23 buah sekolah pula telah diumumkan sebagai SBT Kohort 2[2] oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang, Sarawak. Pada 4 Februari 2012 pula, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan lagi senarai 14 buah sekolah sebagai SBT Kohort 3[3] dalam satu majlis pengiktirafan SBT di Putrajaya. Seterusnya pada 28 Disember 2012, 25 buah sekolah lagi diberi taraf SBT, menjadikan jumlah kesemuanya 91 buah.[4]

Rasional sunting

Rasional menghargai dan memberi pengiktirafan SBT kepada sekolah adalah untuk:

  1. Mengangkat Kualiti Sekolah-Sekolah Terbaik
    Meningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap autonomi untuk membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan (contoh: pengurusan organisasi, pengurusan instruksional, pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia).
  2. Menghasilkan Murid Cemerlang
    Menghasilkan murid cemerlang yang berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institut pendidikan terbaik di dunia dan seterusnya menjadi personaliti unggul dalam semua bidang yang diceburi.
  3. Merapatkan Jurang Antara Sekolah-Sekolah Dalam Sistem
    Menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi melalui penandaarasan, bimbingan dan jaringan dengan SBT.

Pemilihan sunting

Kriteria pemilihan diumumkan kepada semua sekolah melalui portal KPM. Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan SBT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan dianggotai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) Sektor Operasi Pendidikan, TKPPM Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, TKPPM Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) dan Sekretariat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Calon untuk pengiktirafan SBT adalah terdiri daripada sekolah rendah dan menengah yang berada dalam Band 1 berdasarkan skor komposit yang mengambil kira Gred Purata Sekolah (GPS) dan Keputusan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysian (SKPM).

Pemilihan SBT akan melalui tiga proses saringan:

Saringan Pertama: Sekolah berada dalam band satu (1), iaitu sekolah rendah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 85 peratus (%), dan sekolah menengah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 90 peratus (%) wajib mengisi Borang Pencalonan Pengiktirafan SBT (BPP-SBT). Skor komposit merupakan 70% gred purata sekolah (GPS) dan 30% Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sekolah akan disenaraikan mengikut skor komposit dan markah dalam BPP-SBT.

Saringan Kedua: KPM akan memilih sekolah yang layak daripada band satu (1) untuk dinilai dan diverifikasi dengan menggunakan instrumen SKPM dan Annex-SBT oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Annex-SBT akan menilai lima (5) ciri kecemerlangan dan keunggulan sekolah iaitu personaliti unggul, anugerah diterima, jalinan, jaringan dan penandaarasan.

Saringan Ketiga: Sekolah yang telah diverifikasi oleh JNJK disusun mengikut markah penarafan SKPM dan Annex-SBT. Hanya sekolah yang mendapat skor sekurang-kurangnya 90 % dalam penarafan SKPM yang telah diverifikasi oleh JNJK akan diambil kira. Jawatankuasa pemilihan akan memilih sekolah yang layak untuk diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Penentuan Band Sekolah sunting

Band Skor komposit (%)
Sekolah rendah Sekolah menengah
1 ≥85 ≥90
2 75–84.99 80–89.99
3 65–74.99 70–79.99
4 55–64.99 60–69.99
5 45–54.99 50–59.99
6 35–44.99 40–49.99
7 ≤34.99 ≤39.99

Ganjaran sunting

Sekolah yang menerima pengiktirafan SBT diberi peruntukan khas, insentif dan latihan untuk pemimpin, guru dan Anggota Staf Sokongan (AKS). Pihak pengurusan sekolah juga diberi autonomi dalam aspek pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia berdasarkan prestasi dan pemilihan murid.

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi sunting

Kohort Jenis sekolah Nama sekolah Singkatan Negeri Moto Laman web rasmi sekolah
1 SBP   The Malay College Kuala Kangsar MCKK Perak Fiat Sapientia Virtus (Kebijaksanaan Mutu
Manusia)
[1]
1 SBP   Sekolah Seri Puteri SSP Selangor Ilmu, Usaha, Jaya [2]
1 SBP   Sekolah Sultan Alam Shah SAS,
SSAS
Putrajaya Chita, Usaha, Jaya [3]
1 SBP   Kolej Tunku Kurshiah KTK,
TKC
Negeri Sembilan Rajin dan Usaha,
Tangga Kemajuan
[4] Diarkibkan 2013-06-03 di Wayback Machine
1 SBP   Kolej Islam Sultan Alam Shah KISAS,
SASIC
Selangor Bersama Merangkul
Keunggulan
[5] Diarkibkan 2015-10-06 di Wayback Machine
1 SBP   Sekolah Dato' Abdul Razak SDAR Negeri Sembilan Berilmu untuk Berjasa [6]
1 SBP   Sekolah Tun Fatimah STF Johor Berusaha Tangga
Kejayaan
[7]
1 SBP   Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim SMSAH Kedah Belajar dan Berbakti [8]
1 SBP   Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra SMSTSP Perlis Tekun, Usaha, Jaya
1 SBP   Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah SMSMS,
MOZAC
Melaka Bersikap Membina [9]
1 SMK Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara Kuala Lumpur Nisi Dominus Frustra [10]
1 SMK Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George SGGS,
SMKPSG
Pulau Pinang Aut Viam Inveniam
Aut Faciam

(Di Mana Ada Kemahuan,
Di Situ Ada Jalan)
[11]
1 SMK   Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman Selangor Berusaha Ke Medan Jaya [12]
1 SMK   Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma Kedah Unggul dan Terbilang [13]
1 SMK   Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki SABKL Kuala Lumpur Pelajaran Panduan Hidup [14]
1 SMK   Sekolah Menengah King Edward VII SMKE Perak Magni Nominis Umbra
1 SK Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara SKSBU Kuala Lumpur Tanpa Tuhan Tiada Segalanya
1 SK   Sekolah Kebangsaan Zainab 2 SKZ2 Kelantan Berusaha Lunas Kejayaan [15]
1 SK   Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (2) Johor Rajin dan Gigih
1 SK   Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara SKBD Kuala Lumpur Setia, Maju [16]
1 SK   Sekolah Kebangsaan Convent, Taiping Perak Simple in Virtue and
Steadfast in Duty
1 SK   Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 SKTTDI1 Kuala Lumpur Usaha Tangga Kejayaan [17]
2 SABK Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Terengganu SMIYT,

iKT,

Terengganu
2 SBP   Sekolah Menengah Sains Alam Shah SMSAS,
ASiS
Kuala Lumpur Kreatif, Inovatif, Produktif [18]
2 SBP   Sekolah Tuanku Abdul Rahman STAR Perak Ilmu Panduan Hidup [19]
2 SBP   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak SBPIGBK,
INTEGOMB
Kuala Lumpur Benar, Tepat, Efektif [20]
2 SBP   Sekolah Menengah Sains Miri SMSM,
SAINSRI
Sarawak Berusaha, Berilmu, Beramal [21]
2 SBP   Sekolah Menengah Sains Seri Puteri SESERI Kuala Lumpur Proaktif, Inovatif, Efektif [22]
2 SBP   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu SBPIKP,
I-KUPS
Kedah Cemerlang, Gemilang, Terbilang [23]
2 SBP   Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra SMSTMFP Kelantan Sains Asas Kemajuan [24]
2 SBP   Sekolah Menengah Sains Selangor SMSS Kuala Lumpur Budi, Usaha, Bakti [25]
2 SBP Sekolah Menengah Sains Muar SAMURA Johor Berilmu, Berbakti [26]
2 SBP   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak SBPITAR,
InSTAR
Pahang Beyond Success [27]
2 SBP   Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub SEMESTA Pahang Ilmu, Amal, Budi [28]
2 SBP   Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir SASER Negeri Sembilan Berilmu, Beriman, Berbakti [29]
2 SBP   Sekolah Menengah Sains Sabah SMESH Sabah Teguh, Setia, Budi [30]
2 SBP   Sekolah Menengah Sains Kuching SAINSKU Sarawak Berilmu, Berwawasan [31]
2 SBP   Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu SMAPL Negeri Sembilan Ilmu, Iman, Amal [32]
2 SBP Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor KUSESS Selangor Berilmu, Beramal, Berbakti [33]
2 SBP   Sekolah Menengah Sains Tapah SESTA Perak Berilmu , Bertakwa [34]
2 SMK   Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong SMKLB Terengganu Cemerlang, Gemilang, Terbilang [35]
2 SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil Banat Kelantan [36]
2 SK Sekolah Kebangsaan Convent, Muar Johor Tulus dengan Fadilat,
Azam dengan Bakti
[37]
2 SK Sekolah Kebangsaan Seri Biram SKSB Pahang Pengetahuan Suluh Kemajuan [38]
2 SK   Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin SKSAT Kedah Usaha Tangga Kejayaan [39] [40]
2 SK   Sekolah Kebangsaan Setiawangsa SKTS Kuala Lumpur Iman, Ilmu, Bakti [41]
2 SK Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Kuantan Pahang Ilmu Menerangi Kejahilan [42]
2 SK Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai Sarawak
2 SK Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail SKSI Terengganu Pengetahuan Asas Kemajuan [43]
2 SK Fail:Sekolah Kebangsaan Jalan 3.jpg Sekolah Kebangsaan Jalan 3 SKJ3 Selangor Ilmu, Iman, Amal [44]
2 SK   Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam SKS9SA Selangor Menyayangi, Mendidik, Cemerlang [45]
2 SJK Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Perempuan China 2-D Pulau Pinang
2 SJK Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lick Hung Selangor [46]
2 SJK Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tung Hua Sibu Sarawak [47]
3 SBP   Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa SMSSMJ,
SMOJI
Kedah Berilmu dan Berbudi [48]
3 SBP   Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar STJ Negeri Sembilan Maju Sempurna [49]
3 SBP   Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi SAKTI Johor Ilmu, Bakti, Kualiti [50]
3 SBP   Sekolah Menengah Sains Johor SMSJ Johor Budi, Karya, Bakti [51]
3 SK Sekolah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim SKPSI Johor Bertugas Maju,
Cuba Bersungguh
[52]
3 SK   Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent SKIJC Johor Simple in Virtue and
Steadfast in Duty
[53]
3 SK Sekolah Kebangsaan Ibrahim Kedah [54]
3 SK   Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 SKSS1 Terengganu Perkhidmatan Diutamakan
Dari Diri
[55]
3 SK Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud SKTM Terengganu Keazaman Arah Kejayaan [56]
3 SK Sekolah Kebangsaan Assunta Convent (M) Pahang
3 SK   Sekolah Kebangsaan Minden Height Pulau Pinang Bacalah
3 SJK Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kwang Hwa, Bayan Lepas Pulau Pinang 敬爱诚朴 [57]
3 SJK Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa H Kedah
3 SJK Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 2 Johor [58]
3 SBP   Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud SESMA Terengganu Disiplin, Kualiti, Dedikasi [59]
3 SBP   Sekolah Menengah Sains Kepala Batas SMSKB,
KEBSES,
SAKBA
Pulau Pinang Kualiti Pemangkin Kecemerlangan [60]
3 SBP   Sekolah Menengah Sains Pokok Sena SMSPS,
SAINA
Kedah Berilmu, Beramal, Bertaqwa [61]
3 SBP   Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah SEMSAS Pahang Hidup Berjasa [62]
3 SBP   Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor SEMASHUR Selangor Usaha, Amal, Bakti [63]
3 SBP   Sekolah Menengah Sains Labuan SMSL,
SMEXCEL
Labuan Usaha, Jaya, Bakti [64]
3 SBP   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit SBPIBR,
BRaInS
Terengganu Berilmu, Berakhlak, Berkualiti [65]
3 SBP   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar SBPIS,
SISMe
Melaka Cemerlang, Berwawasan [66]
3 SBP   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan SBPIK,
INTEK
Pahang Membentuk Generasi Pemimpin [67]
3 SMK Kolej Sains Pendidikan Islam Terengganu
3 SMK Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Johor
3 SMK Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent Johor Simple in Virtue and
Steadfast in Duty
[68]
3 SK   Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan SKTAI Terengganu Ilmu Suluh Jiwa [69]
3 SK Sekolah Kebangsaan Zainab (1) Kelantan
3 SK Sekolah Kebangsaan Bertam Indah SKBI Pulau Pinang Berilmu, Beramal, Berbakti [70], [71]
3 SK   Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma SKSA Kedah Rajin dan Usaha
Tangga Kejayaan
[72], [73]
3 SK   Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (2) SKCIJ2 Melaka Tulus dengan Fadilah,
Azam dengan Bakti
[74]
3 SK Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar 2 SKBP2 Johor Berilmu, Berwawasan, Beretika [75]
3 SK Sekolah Kebangsaan Seri Gaya SKSG Sabah [76]
3 SK   Sekolah Kebangsaan (P) Methodist (2), Melaka Melaka Hidup Bernilai
3 SK   Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani SKBM Johor Pengetahuan Suluh Kemajuan [77]
3 SK   Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera SRKSI Perlis Usaha, Kejujuran,
Kesetiaan
[78]
3 SJK Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ave Maria Convent Perak Simple in Virtue and
Steadfast in Duty
[79]
3 SJK Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Bin Melaka Ilmu Obor Kemajuan [80]
3 SJK Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Union, Pulau Pinang Pulau Pinang [81]
4 SBP   Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan SHAH Pekan Pahang Ilmu, Amal, Budi [82]
4 SBP   Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu SMSKP Kedah Sukses, Kreatif, Produktif [83]
4 SBP   Sekolah Menengah Sains Machang SMACH Kelantan Berusaha,Berilmu,Berbakti [84]
4 SBP   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol SBPIJ,
INTEJ
Negeri Sembilan Ilmu Memantapkan Iman [85]
4 SBP   Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah SERATAS Perak Berdisiplin, Berilmu, Berbakti [86]
4 SBP   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng SBPIGPG,
I-GOP
Perak Ilmu, Amal, Iman [87]
4 SBP   Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang SMAPK Selangor Ilmu, Iman, Amal [88]
4 SBP   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang SBPIR,
SEPINTAR
Selangor Sumber Penjana Muslim Bestari [89]
4 SMK   Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat SDPB Johor Usaha, Jaya, Bakti [90]
4 SMKA   Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah SMASR,
SMSR
Melaka Al-Amanah [91]
4 SMKA   Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad SMAI,
AIRIS
Pulau Pinang Al-Iman, Asasu, An-Najah [92]
4 SK Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam SKTMBP Johor Berbudi Berbakti [93]
4 SK   Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (1) SKCIJ1 Melaka Simple in Virtue and
Steadfast in Duty
[94]
4 SK Sekolah Kebangsaan Convent, Tanah Rata Pahang Tulus dengan Fadilah,
Azam dengan Bakti
[95]
4 SK Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II SKSIII Perak Ilmu Panduan Hidup
4 SK Sekolah Kebangsaan Marian Convent Perak Tulus dengan Fadilah,
Azam dengan Bakti
[96]
4 SK Sekolah Kebangsaan Convent, Green Lane SKCGLPP Pulau Pinang Tulus dengan Fadilah,
Azam dengan Bakti
[97]
4 SK Sekolah Kebangsaan Taman Megah SKTM Selangor Tekun Berusaha [98]
4 SK Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong SKBJ Selangor Berilmu, Berdisiplin, Berbudaya [99]
4 SK Sekolah Kebangsaan Sri Petaling SKSP Selangor [100]
4 SK   Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) SKPP11satu Putrajaya Iman dan Ilmu
Penjana Bakti
[101]
4 SJK Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Rem Johor
4 SJK   Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Han Chiang Pulau Pinang 勤,朴,公,勇
(Diligence, Moderation,
Fairness, Braveness
)
[102]
4 SJK Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kuen Cheng 2 Kuala Lumpur [103]
5 SBP   Sekolah Menengah Sains Rembau SEMESRA Negeri Sembilan Tekun, Bersatu, Berjaya, Terbilang [104]
5 SBP   Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin SMSTSSS, SOKSEK, TUNASS Pulau Pinang Ilmu Asas Kemajuan [105]
5 SMK   Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang SMART Pahang Ilmu, Ihsan, Bestari [106]
5 SMK   Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul SMKBJ Pulau Pinang Cemerlang, Gemilang, Terbilang [107]
5 SK Sekolah Kebangsaan Air Merah SKAM Kedah Pengetahuan Menjana Wawasan [108]
5 SK Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Baharu SKSWB Kelantan Berdisiplin, Cemerlang Sentiasa, Berusaha [109]
5 SK Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 SKKK3 Kelantan Berilmu, Berdisiplin, Berwawasan [110]
5 SK Sekolah Kebangsaan St Thomas SKST Pahang
5 SK Sekolah Kebangsaan Lingga Baru SKLB Sabah Pendidikan Maju
Pelita Hidup
[111]
5 SK Sekolah Kebangsaan Saujana Impian SKSI Selangor Berdisiplin, Berhemah, dan Berketrampilan [112]
5 SK Sekolah Kebangsaan Kampong Raja, Terengganu SKKR Terengganu Ilmu Sahabat Sejati [113], [114]
5 SK   Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) SKPP92 Putrajaya Usaha, Cemerlang, Terbilang [115]
5 SJK   Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ringlet Pahang Berdisiplin, Berilmu, Berjaya

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sekolah Berprestasi Tinggi BPSBPSK Kementerian Pelajaran Malaysia
  2. ^ Berita Harian 18 Februari 2011: Sekolah terbaik
  3. ^ Berita Harian 4 Februari 2012: 14 sekolah lagi dapat taraf SBT
  4. ^ "Education Ministry announces another 25 HPS". The Star Online. 28 Disember 2012. Dicapai pada 29 Disember 2012.

Pautan luar sunting