Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian, Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian (Cf)

Lencana SMK Confucian (Cf)

Alamat  Malaysia Lorong Hang Jebat, Kuala Lumpur
Telefon 0320783394
Faksimili 3320310452
Pengelasan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Moto “勤朴勇毅”
Laman Web klconfucian.edu.my
Kod Sekolah WEB0212
Pengetua Lee Seng Chuen
Penolong Kanan Pentadbiran Khoo Liang Pin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Lam Kok Hong
Penolong Kanan Kokurikulum Ho Siew Fung
Tahun dirasmikan 1963

Sekolah Menengah Kebangsaan Confucian (Cf) merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Lorong Hang Jebat, Kuala Lumpur.

Pada tahun 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Confucian (Cf) memiliki 573 pelajar lelaki dan 411 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 984 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru.2009

Sekolah memulakan servis pada tahun 1963 dan mengunakan bangunan sekolah swasta (SM Confucian Swasta atau dikenali sebagai SM Confucian Private School) sejak itu.

Lagu Sekolah sunting

Lagu Rasmi Sekolah SMJK Confucian 《尊孔校歌》
Bahasa Cina

(Lirik Asal)

Cara Bacaan

(Han Yu Pin Yin)

綠蔭如蓋 芳草如茵 巍巍我校氣象新 Lǜ yīn rú gài fāng cǎo rú yīn wéiwéi wǒ xiào qìxiàng xīn
莘莘学子 如旭初升 猛着祖鞭励前程 Shēn shēn xuézǐ rú xù chū shēng měngzhe zǔ biān lì qiánchéng
强健吾身 纯洁吾品 勤修学业进兮进 Qiáng jiànwú shēn chúnjié wú pǐn qín xiūxué yè jìn xī jìn
建設國家 仔肩榧輕 勤樸勇毅當力行 Jiànshè guójiā zǐ jiān fěi qīng qín pǔyǒngyǔ dāng lìxíng

Lirik Lagu di atas merupakan lagu rasmi sekolah SMJK Confucian, SRJK(C) Confucian dan Sekolah Menengah Confucian (Swasta).

Sejarah sunting

Pada tahun 1906, seorang nazir bernama Low Si Ji bercadang mewujudkan sekolah untuk keperluan pendidikan orang Cina di Tanah Melayu. Encik Loke Yew mendermakan RM30,000 untuk menyewa 3 buah rumah baru di kampung Attap untuk dijadikan sekolah yang kemudian dinamakan Sekolah Menengah Confucian. Pada tahun 1942, Sekolah terpaksa ditutup akibat serangan Jepun. Bangunan sekolah diduduki oleh tentera Jepun dan segala kemudahan dimusnahkan. Selepas peperangan pada tahun 1945, Lembaga Pengelola Sekolah melantik Encik Lim Lian Geok sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Sekolah bersama empat orang AJK bertanggungjawab memulihkan sekolah.

Pada tahun 1962, Sekolah Menengah Confucian menerima cadangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memisahkan sekolah menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Namun Sekolah Menengah Confucian (SUWA) diteruskan dengan Moto dan Visi Sekolah Menengah Confucian. Pada tahun yang sama, kerajaan telah memberikan tanah berdekatan Jalan Sungai Besi untuk pembinaan sekolah rendah.

Pada tahun 1963, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian (SMJK Confucian atau SMK Confucian (CF)) dengan rasminya dipisahkan daripada Sekolah Menengah Confucian (SUWA, dulu dikenali sebagai SM Confucian).

Oleh kerana Sekolah Menengah Confucian (SUWA) ialah pemilik tanah dan harta Sekolah Menengah Confucian, Lembaga sekolah SUWA dengan murah hati meminjamkan bangunan lama kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian (SMK Confucian CF) walaupun sekolah SMK Confucian CF ialah hak milik atau sekolah kerajaan.

Untuk membalas kesyukuran, SMK Confucian juga memberi sokongan sepenuh-penuhnya kepada pemilik tanah SM Confucian (SUWA) dengan membantu mendapatkan dana untuk bangunan sekolah baru yang berada di atas tanah yang sama.

Apa Maksud CF atau sekolah conforming sunting

Sekolah conforming (CF) juga dikenali sebagai SMJK (Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan). Ia diklasifikasi sebagai sekolah bantuan kerajaan. Kerajaan memberikan gaji kakitangan sekolah, memberi sokongan dan sekolah adalah dalam pentadbiran kerajaan. Sekolah conforming juga ialah hak milik kerajaan. 

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Confucian (Cf)
Lorong Hang Jebat, Kuala Lumpur

Pautan luar sunting