Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam (High School Bukit Mertajam) merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia. Kod sekolah ini ialah PEB0042.

Bukit Mertajam High School
Cogan kata Aut Coepisse Noli Aut Confice
"Accomplish or Do Not Begin"
Ditubuhkan 18 Januari 1927
Jenis Sekolah tinggi
Kerajaan
Pengasas Edgar De La Mothe Stowell
Gred Tingkatan 1 - Tingkatan 6
Lokasi 77, Jalan Sri Bukit, 14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang, , Malaysia
Kampus Kampus Sekolah Besar, di pusat bandar
Warna Merah, Putih, dan Hitam
Laman web [2]

Nama sunting

Nama sekolah ini pernah ditukar beberapa kali, iaitu Government English School Bukit Mertajam pada tahun awal penubuhannya, kepada Bukit Mertajam High School, lalu kepada High School Bukit Mertajam sekarang.

Sekolah ini, walau bagaimanapun lebih dikenali ramai sebagai High School oleh masyarakat setempat. Dalam bahasa Melayu, BM High School diberi nama sebagai Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan kemudian pada 1997 kepada S.M.K.T.B.M. (Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam).

Dalam bahasa Mandarin, High School Bukit Mertajam dinamakan sebagai DanShanJiao YingWen ZhongXue (Cina: 大山脚英文中学) yang bermaksud "Sekolah Menengah Bahasa Inggeris Bukit Mertajam".

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam
77 , Jalan Sri Bukit,
14000, Bukit Mertajam
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045393420
Faks = 6045381009

Sejarah sunting

Pada awal penubuhan sunting

Bukit Mertajam High School ialah sekolah kerajaan yang pertama di Province Wellesley, dan ialah penyedia untuk pelajar lelaki di Province Wellesley.

Sekolah tersebut dengan serta-merta telah membuka sekolah itu pada 18 Januari 1927 dengan pendaftaran 385 orang murid dan jumlah kakitangan termasuk Pengetua

 
Bukit Mertajam High School,
Anggota Tenaga Pengajar HSBM 1927
Berdiri (dari kiri ke kanan): Kam Kee Hock, Tan Hock Siang, Chin Yoon Ngean, S.Subbiah, Cheong Hong Oon, Khor Kok Seng
Duduk (dari kiri ke kanan): Chan Ewe Pin, Gan Hock Hai, Ng Chong Wing, Tan Kok Kee, S.M. Rose

Berikut merupakan carta organisasi HSBM pada 1920-an:

Mr. E. la M. Stowell (Pengetua)
Mr. Chan Ewe Pin Mr. Cheah Chong Chee Mr. Cheong Hong Oon
Mr. Chin Yoon Ngean Ms. A. Cornelius Mr. Gan Hock Hye
Mr. Kam Kee Hock Mr. Khor Kok Seng Mr. Ng Cheong Weng
Mr. S. Subbiah Mr. Tan Hock Sian Mr. Tan Kok Kee
Mr. S.M. Rouse

Pembantu: Pa Hussein, Darus and Che Rose

 
Jacob's Green [1]

Pautan luar sunting