Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah

Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (Tulisan Jawi: سكوله منڠه ساءين س موزففر شه; MOZAC) merupakan satu-satunya sekolah menengah sains dan satu daripada dua buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Melaka. Ditubuhkan pada tahun 1973 di bawah Rancangan Malaysia ke-2, ia ialah sekolah berasrama penuh pertama di Melaka. Sekolah ini dikenali sebagai MOZAC dan para pelajar digelar Muzaffarians. Pada tahun 2010, sekolah ini telah dianugerahkan dengan gelaran tertinggi iaitu Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)[2] yang diberikan kepada 20 buah sekolah di Malaysia yang telah memenuhi kriteria ketat termasuk pencapaian akademik, sokongan alumni, pengiktirafan antarabangsa, rangkaian dan hubungan. Sekolah ini dikhususkan untuk pembangunan teknologi hijau, pertanian, robotik dan elektronik.[3] Sekolah ini juga merupakan ahli kepada Perikatan Pendidikan Strategik Asia Tenggara.[4]

Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah
Muzaffar Syah Science Secondary School
Lokasi
Ayer Keroh, Melaka Tengah, Melaka Bandaraya Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah, Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Moto"Bersikap Membina"
Ditubuhkan5 Januari 1973
Autoriti pendidikanMelaka Tengah
Kod sekolahMEE2141[1]
Pengerusi PIBGSallehudin Satar
PengetuaMasita Salamat
Kelas25
WarnaBiru, Merah, Kuning
GPK Pentadbiran dan AkademikHawa Naqiah Makmor
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMuhammad Lazim Ab Shukor
Penolong Kanan KokurikulumHusaini bin Zakaria
Laman sesawang
Pintu utama sekolah

Senarai pengetua sunting

Tahun Mula Nama Pengetua
1973
1976 Yahaya Mayah
1982 Ismail Adnan
1985 Yaacob Ederis
1988 Osman Busu
1992 Ramli Mohammad
1995 Sairi Tahir
1997 Mohd Zin Abdul Hamid
2003 Khairil Awang
2005 Baharuddin Burhan
2011 Hassan Topit
2015 Abdul Malek Harun
2016 Mohd Ghazali Ahmad
2019 Md Baharuddin Mahani
2021 Che Romas Noor
2023 Masita Salamat

Lagu sekolah sunting

Lirik oleh Ustaz Hamdan Kamarudin, lagu oleh S. Sudarmaji, susunan lagu oleh Mohd Hasifian Harun.

Fasiliti-fasiliti sunting

 
 
Pemandangan sekolah
 
Pemandangan Al-Abrar
 
Asrama Putera 2017
 
Pandangan dari sekolah

Secara umumnya terdapat sejumlah 3 blok bangunan yang menempatkan pelajar MOZAC. 2 daripadanya merupakan blok gabungan yang menempatkan pelajar lelaki manakala sebuah blok asingan menempatkan pelajar perempuan. Asrama puteri (Aspuri) dan Asrama putera (Aspura) dipisahkan oleh Dewan Sultan Megat Iskandar Syah yang merupakan dewan makan sekolah ini. Surau Al-Abrar baharu yang siap dibina pada tahun 2016 menggantikan Surau Al-Abrar yang lama. Pembinaan surau ini mengambil masa selama 2 tahun. Surau yang berkonsep terbuka ini direka oleh arkitek kerana kedudukan MOZAC yang tinggi sudah pun menjadikan pengudaraan di dalam surau satu perkara yang tidak perlu diberi perhatian.  Pengurusan surau ini diletakkan sepenuhnya ke atas Badan Pengawas, Badan Dakwah dan Kerohanian Islam (BADRI). Mereka bertanggungjawab menguruskan kebersihan dan menyelia program-program seperti bacaan Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.

 
Surau Al-Abrar Mozac
 
Panorama sekolah yang menghijau.

Pada tahun 2021, jalan hadapan sekolah telah runtuh sehingga 2023.[5]

Aktiviti ko-kurikulum sunting

Sukan yang terkenal di MOZAC ialah ragbi (MOZAC Highlanders), hoki (MOHOC), bola lisut, bola keranjang, bola tampar, bola jaring, dan bola sepak. Sukan-sukan lain yang juga dimainkan oleh pelajar termasuk sepak takraw dan badminton. Antara unit beruniform yang ada di sekolah ini ialah Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), Persatuan Puteri Islam (PPI), kadet Remaja Sekolah (KRS), Pengakap Udara, kadet Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (KAPA), Persatuan Bulan sabit Merah (PBSM) dan pancaragam. Semasa Hari Ko-Kurikulum, terdapat pertandingan kawad kaki. Untuk divisyen pertama, badan-badannya ialah PKBM, KRS dan IHPR. Untuk divisyen kedua, ia terdiri daripada KAPA, PBSM dan Pengakap Udara.

Pengkhususan MOZAC ialah Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Terdahulu apabila ia menerima status Sekolah Kluster, terdapat tiga bidang khusus iaitu k-teroka (R&D), e-Mozac (ICT) dan e-Tinta (Penulisan). Walau bagaimanapun, ketiga-tiganya telah digabungkan menjadi R&D pada tahun 2012. Kebelakangan ini,[bila?] MOZAC telah dikenali perintis dalam pelbagai bidang. Pada tahun 2009, sekolah ini telah menghasilkan pemacu kilat sendiri dipanggil i-Mozac. Lampu di sekolah sepenuhnya menggunakan LED yang dipasang oleh pelajar sendiri. Sekolah ini juga dikenali dengan robotik dan program F1 in school.

Bekas pelajar sunting

  • "Bersama Tokoh bekas pelajar Mozac YB Datuk Idris bin Haron, Ahli Parlimen Tangga Batu Melaka". Dicapai pada 2015-08-09. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • "'Kolot' dan Ketua Menteri Melaka Baru". Harakah. Dicapai pada 16 Mei 2013. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • "Temubual bersama Tokoh Bekas Pelajar - Dato' Dr. Ma'amor bin Osman". Dicapai pada 2015-08-09. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Professor Dr A Rahman A Jamal, Ketua Projek Malaysian Cohort, satu daripada tiga eksperimen yang dibawa oleh Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa lepas.[6]
  • Dr. Jaafar Jantan - Penerima Anugerah Akademik Negara 2010.[7]
  • Dato’ Dr Abd Latif Mohmod - Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia[8]
  • Prof. Datuk Dr. Ismail Sagap - Penerima Fellowship of the Royal College of Surgeons[9]
  • Dr Mazalan Kamis - CEO Institut Darul Ridzuan, bekas CEO Yayasan Inovasi Malaysia.
  • Halim Husin - Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
  • Abdul Rashid Abdul Rahman - CEO Syarikat Air Melaka
  • Dato Mohd Fauzi Yaakub - Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka
  • Bambang Sutrisno Soteto - pendandan rambut terkenal, Presiden Persatuan Pendandan Rambut Bumiputera (BUHA)[10][11]
  • Alia Anin Azwa - ahli kepada Juara (Kumpulan) Kejohanan Olimpiad Catur Dunia 2016.
  • Fazri Yusof aaminn
  • Mejar Jeneral Nubli Hj Hashim - Panglima 21 Grup Gerak Khas (GGK) Ke–15 [1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 2018-05-19.
  2. ^ "20 Sekolah Berprestasi Tinggi 2010 yang diumumkan TPM". Utusan Malaysia. 25 Januari 2010.
  3. ^ (Inggeris) "Improving Student Outcomes" (PDF). www.pemandu.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-11-05. Dicapai pada August 9, 2015. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-17. Dicapai pada 2015-08-09.
  5. ^ 慕查法沙理科中学 路面坍塌危及师生安全 [Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah - Runtuhan jalan raya membahayakan keselamatan guru dan pelajar]. 星洲日报 [Sin Chew Daily] (dalam bahasa Cina). 2022-12-20. Dicapai pada 2023-03-18.
  6. ^ "Sesi Temubual dengan Profesor Dr. A. Rahman A. Jamal, Pengarah UMBI". Dicapai pada 2015-08-09.
  7. ^ (Inggeris) "Applied Sciences Education Research Group (ASERG)". Dicapai pada 2015-08-09.
  8. ^ "Sanggup berlapar kerana buku". Sinar Harian. Dicapai pada 21 Januari 2015. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  9. ^ "Rakyat Malaysia terima anugerah di Scotland". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 November 2014. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  10. ^ "Diupah 50 sen untuk gunting rambut". KOSMO!. Dicapai pada 2015-08-09. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  11. ^ "Bambang, jurutera kimia jadi pendandan". Harian Metro. Dicapai pada 26 Ogos 2015. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar sunting