Sekolah Sukan Bukit Jalil

Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) atau Bukit Jalil Sports School (BJSS) merupakan sekolah sukan yang pertama di Malaysia. Sekolah ini terletak di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sekolah Sukan Bukit Jalil
Lokasi
Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah sukan, sekolah kerajaan
MotoPenjana Atlet Bertaraf Dunia
Nombor sekolah+60390587335
Kod sekolahWEA0230
Faks+60390587335
Laman sesawang
Map

Sekolah Sukan Bukit Jalil dibuka pada tahun 1996 dengan pengambilan atlet yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat.

Pada 2009, Sekolah Sukan Bukit Jalil memiliki 280 pelajar lelaki dan 190 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 470 orang. Ia mempunyai seramai 90 orang guru.2009

Bekas pelari pecut dan Olahgarawati kebangsaan Marina Chin menjadi pengetua sekolah ini sejak 2007.[1]

Visi dan Misi sunting

Visi sunting

SSBJ penjana atlet bertaraf dunia.

Misi sunting

  • Berusaha menjana atlet yang berpotensi ke arah bertaraf dunia.
  • Melahirkan atlet yang cemerlang dalam bidang sukan dan akademik
  • Melahirkan atlet yang berdisiplin, berhemah tinggi, mempunyai semangat patriotik dan semangat juang yang jitu.
  • Memupuk keyakinan atlet terhadap profesion dan industri sukan.
  • Membudayakan sukan dalam kehidupan seharian.

Kelab Sukan sunting

  • Akuatik
  • Angkat Berat
  • Badminton
  • Bola Jaring
  • Bola Keranjang
  • Bola Sepak
  • Bola Tampar
  • Equestrian
  • Gimnastik
  • Golf
  • Hoki
  • Tenis
  • Kriket
  • Lumba Basikal
  • Memanah
  • Menembak
  • Olahraga
  • Skuasy
  • Tenis
  • Sepak Takraw
  • Wushu
  • Taekwondo
  • Karate
  • Lawan Pedang

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Marina Chin to head Bukit Jalil Sports School The Star (Malaysia), July 27, 2007

Pautan Luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.