Sekolah Sultan Alam Shah

Sekolah Sultan Alam Shah (akronim lazim SAS) ialah sebuah sekolah berasrama penuh di Putrajaya, Malaysia.

Sekolah Sultan Alam Shah
Lokasi
Sekolah Sultan Alam Shah is located in Bumi
Sekolah Sultan Alam Shah
Sekolah Sultan Alam Shah (Bumi)
Presint 1
Putrajaya
Koordinat2°56′47″N 101°42′45″E / 2.946490°N 101.712394°E / 2.946490; 101.712394Koordinat: 2°56′47″N 101°42′45″E / 2.946490°N 101.712394°E / 2.946490; 101.712394
Maklumat
JenisSekolah menengah, sekolah lelaki[1]
MotoChita Usaha Jaya
PengetuaTuan Haji Nor Azam bin Abdullah
GredTingkatan 1 - 5
KelasBestari, Cita, Dinamik, Jaya, Maju, Usaha
Bilik kelas30
Rumah-rumahDato Onn, Halimi, Jamil Rais, Hishamuddin, Aminuddin Baki and Zaaba.
Warna             Merah, kuning, biru
Buku tahunanAlunan Suara Alam Shah (ASASI)
AfiliasiSekolah Berasrama Penuh
AlumniPersatuan Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS)
Laman sesawang
Map

Sejarah sunting

Pembinaan sekolah ini pada mulanya dirancang bersama dengan pembinaan Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Cheras pada awal tahun 1958, tetapi terpaksa ditunda hingga 1961. Pembinaan sekolah ini siap pada akhir tahun 1962 setelah menelan belanja RM 3 juta. Dan pada 7 Februari 1963, sekolah ini dibuka untuk persekolahan. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kedua iaitu Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, telah memperkenankan sekolah ini menjunjung nama baginda, lantas dinamakan Sekolah Alam Shah. Pengetua yang pertama berkhidmat di sekolah ini ialah En. Halimi bin Haji Sharbaini dan nama beliau diabadikan di sekolah ini dengan menamakan salah sebuah rumah sebagai rumah Halimi.

Tanggal Sabtu 7 Mac 1964 adalah merupakan detik yang bersejarah bagi Sekolah Alam Shah apabila DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah telah merasmikan pembukaan sekolah ini. Majlis perasmian dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Menteri Besar Selangor, YB Menteri Pelajaran Malaysia, En Aminuddin Baki, Setiausaha Tetap Kementerian Pelajaran Malaysia, Ketua Penasihat Pelajaran Malaysia dan Ketua Pegawai Pelajaran Selangor.

Pada permulaannya pelajar SAS terdiri daripada pelajar tingkatan 4-6 Rendah termasuk 8 orang pelajar puteri (tingkatan 6 Rendah). Kemudiannya mulai 1974, pelajar tingkatan 1 mulai diambil dan pada tahun 1972, pengambilan pelajar puteri ditamatkan. Sementara itu, pengambilan pelajar-pelajar Matrikulasi UKM dimulakan pada tahun 1975 dan ditamatkan pada tahun 1998.

SAS yang dahulunya terletak di Jalan Yaacob Latiff (dahulunya Jalan Tenteram), Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur telah berpindah ke premis baru seluas 35 ekar di Putrajaya pada 26 April 2003. Kawasan ini pada mulanya dicadangkan kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah, tetapi tidak mendapat keizinan daripada Sultan Selangor pada ketika itu kerana tanah yang sedia ada merupakan tanah waqaf Kesultanan Selangor. Perpindahan ke kawasan Koridor Raya Multimedia (MSC) itu juga dilihat sejajar dengan kedudukannya sebagai sebuah sekolah bestari. Seterusnya, pada majlis perasmian bangunan baru SAS di Putrajaya pada 24 Mac 2006, sekolah ini dinamakan semula sebagai Sekolah Sultan Alam Shah. Bangunan asal di Kuala Lumpur telah dinamakan sebagai Sekolah Menengah Sains Alam Shah atau dikenali sebagai ASiS.[2]. Baru-baru ini, Sekolah Sultan Alam Shah baru sahaja menyambut perayaan Jubli Emas sempena 50 Tahun penubuhannya.

Sekolah Sultan Alam Shah telah ungguli pelbagai kejayaan dalam era abad ke-21. Baru-baru ini, SAS berjaya mendapatkan gelaran "Triple Feat" dengan memperoleh kejayaan dalam Pertandingan Piala Perdana Menteri untuk kategori bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta kejayaan dalam Kejohanan Bola Keranjang SBP 2022. Pencapaian ini pernah diperolehi oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 2014, kemarau 8 tahun sejak gelaran ini dinaikkan dalam peringkat SBP.

Badan-badan Pembantu Tadbir sunting

  1. Lembaga Pengawas
  2. Badan Ugama Sekolah Alam Shah (BUSAS)
  3. Pengawas Pusat Sumber
  4. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  5. Cyber Brigade
  6. Lembaga Koperasi Sekolah Sultan Alam Shah

Rumah-rumah Kediaman sunting

Pada asalnya ketika berpusat di Sekolah Alam Shah, Jalan Cheras, rumah-rumah kediaman adalah seperti berikut:

  1. Rumah A - Aminuddin Baki (hijau)
  2. Rumah B - Halimi Hj Sharbaini (biru)
  3. Rumah C - Dato Onn (merah)
  4. Rumah D - Tan Sri Jamil Rais (jingga)
  5. Rumah E - Hishamuddin (kuning)
  6. Rumah F - Zaaba (coklat)

Namun begitu pada tahun 1988, kedudukan rumah kediaman bertukar dengan perpindahan kediaman Halimii Hj. Sharbaini dari blok C ke blok A, dengan susunan abjad rumah diubah seperti di bawah dan terus dikekalkan sehinggga berpindah ke tapak baru di Putrajaya.

  1. Kediaman A - Dato' Onn (Merah)
  2. Kediaman B - Halimi (Biru)
  3. Kediaman C - Jamil Rais (Jingga)
  4. Kediaman D - Hishamuddin (Kuning)
  5. Kediaman E - Aminuddin Baki (Hijau)
  6. Kediaman F - Zaaba (Ungu)

Kediaman Zaaba bertukar warna rasmi rumah daripada warna coklat kepada warna ungu.

SAS telah menjalankan sistem merit-demerit untuk permarkahan bagi setiap rumah kediaman yang merangkumi aspek akademik, kokurikulum (termasuk pertandingan sukan sekolah), sahsiah dan juga 3K. Setiap kali akhir tahun, pemenang bagi setiap aspek akan diumumkan berserta rumah terbaik secara keseluruhan. Rumah yang mengumpul markah merit paling banyak akan memenangi Piala Sekolah Sultan Alam Shah bagi tahun tersebut. Selain murid, guru juga berhak untuk menyumbang kepada markah merit bagi setiap rumah mereka sendiri.

Bekas pengetua sunting

  1. En. Halimi Hj. Sharbaini
  2. En. Eric Yeow Teck Siang
  3. En. Ahmad Salleh
  4. En. Ariffin Suhaimi
  5. En. Hamid Ayob
  6. En. Mohd. Ghazali Hj. Hanafiah
  7. En. Mahpor Baba
  8. En. Ibrahim Yahaya
  9. En. Ghazali Oda Omar
  10. En. Hamzah Salas
  11. En. Baharom Othman
  12. En. Harun Hassan
  13. En. Mohamad Ahmad Sani
  14. En. Abd. Rahman Mohd. Yunus
  15. En. Mohd. Razali Hj. Mahmud
  16. Dato' Haji Abdul Raof B. Hussin
  17. Tuan Haji Mohamed Zon B. Ramli
  18. Tuan Haji Md. Yusoff B. Othman (1996 - 2003)
  19. Tuan Haji Shamsuddin B. Md. Nor (2003 - 2005)
  20. Dato' Haji Khairil B. Awang (2005 - 2008)
  21. Tuan Haji Mohamad Kamaludin B. Taib (2008 - 2010)
  22. En. Ahmad Rosidi B. Ramley, KMN, AMN (2011 - 2012)
  23. Dato' Haji Haidzir bin Hussin (2013 - 2017)
  24. En. Salleh bin Ismail (2017 -2020)
  25. En. Md Baharudin bin Mahani (2020 - 2022)
  26. En. Mursiedy bin Ab Hamid (2022 - 2023)
  27. Tn. Hj. Nor Azam bin Abdullah (2023 - kini)

Rujukan sunting


Acara dan pertandingan sunting

Sekolah Sultan Alam Shah telah mengadakan pelbagai acara dan pertandingan yang masih kekal dalam adat SAS. Antaranya adalah seperti Kejohanan Olahraga Sekolah Sultan Alam Shah. Terdapat juga pertandingan yang baru ditubuhkan iaitu Pertandingan "Grand Tahfiz and Dai'e Challenge" yang diasaskan oleh "Kelas Tahfiz Elit" dan "Kelas Dai'e Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris".

Alumni terkenal sunting

Pautan luar sunting