Senarai hari kemerdekaan kebangsaan

rencana senarai Wikimedia

Hari Kemerdekaan (Tulisan Jawi: هاري کمرديکاءن) merupakan perayaan yang memperingati hari ulang tahun kemerdekaan sesebuah negara. Kebiasaanya selepas bebas daripada penjajahan atau berpisah dari negara lain. Di kebanyakan negara, hari kemerdekaan juga disebut sebagai Hari Kebangsaan.

Berikut merupakan senarai (belum lengkap) hari kemerdekaan negara-negara di seluruh dunia:

Negara Tarikh Peristiwa penting
Afghanistan 19 Ogos Kemerdekaan dari kawalan United Kingdom pada 1919.
Brunei 1 Januari Kemerdekaan dari United Kingdom pada 1984.
Filipina 12 Jun Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina dari Sepanyol pada 1898.
Indonesia 17 Ogos Pengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia dari Belanda. Merdeka dari Jepun pada 1945.
Malaya 31 Ogos Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu dari United Kingdom pada 1957.
 Borneo Utara 31 Ogos Pengisytiharan Kemerdekaan North Borneo (Sabah) dari United Kingdom pada 1963.
Sarawak 22 Julai Pengisytiharan Kemerdekaan Sarawak dari United Kingdom pada 1963.
Singapura 9 Ogos Pemisahan Singapura daripada Malaysia menandakan perpisahan dengan Malaysia pada 1965.