Senarai penggubah opera

rencana senarai Wikimedia

Senarai ini meliputi nama-nama penggubah opera yang penting dan ternama bermula dari Jacopo Peri, orang yang pertama menulis opera pada penghujung abad ke-16 di Itali hingga ke John Coolidge Adams, seorang yang penting dalam dunia opera kontemporari. Penjelasan juga dibuat untuk menerangkan mengapa mereka terpilih sebagai penggubah yang dianggap utama di dalam opera.

Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah opera, sila lihat: Opera .

Senarai ini disusun menurut tarikh lahir.

1550-1699 sunting

 
Jacopo Peri ialah penggubah opera yang pertama
  • Jacopo Peri (1561-1633), berasal dari Florence yang menggubah opera yang pertama, Dafne (1598). Antara opera beliau yang kekal ke hari ini ialah Euridice (1600).[1]
  • Claudio Monteverdi (1567-1643) dianggap sebagai penggubah pertama untuk opera-opera utama [2] Dalam Orfeo (1607), beliau banyak membuat ubah suaian dari cara kerja Peri dalam opera beliau dengan cara yabg dianggap sebagai penuh kecemerlangan [3] Pada tahun 1640 di Venice, beliau membuat opera menjadi komoditi komersial seperti opera -opera beliau , Il ritorno d'Ulisse in patria dan L'incoronazione di Poppea, antara dua opera terawal yang kekal hingga ke hari ini.
  • Francesco Cavalli (1602-1676) ialah di antara anak didik Monteverdi yang berjaya dan terkenal. Cavalli adalah antara tonggak utama dalam memperkenalkan opera di serata Itali dan Perancis. Opera beliau Giasone adalah opera yang paling laris pada abad ke-17[4]
  • Jean-Baptiste Lully (1632-1687). Hasil kerjasama yang akrab bersama libretis Philippe Quinault, Lully mengasaskan tradisi tragédie en musique,[5] Kombinasi nyanyian, tarian, dan lakonan cemerlang yang telah menjadi genre opera Perancis selama beratus tahun.
  • Henry Purcell (1659-1695) merupakan penggubah opera British yang pertama dan antara karya beliau adalah Dido and Aeneas.[6]
  • Alessandro Scarlatti (1660-1725) iahal tokoh terpenting di sebalik pembangunan opera seria, Scarlatti dikatakan telah menggubah lebih dari 100 opera, antaranya La Griselda sebagai salah satu yang terkenal.[7]
  • Jean-Philippe Rameau (1683-1764) ialah penggubah Perancis terpenting pada abad ke-18. Salah seorang yang mengikut genre yang diasaskan oleh Lully,[8] beliau dengan pintarnya menulis banyak karya yang dianggap kaya dengan kecemerlangan seni. Cara karya muzik beliau yang terlalu radikal banyak menimbulkan kontroversi di zaman beliau[9] tetapi beliau menjadi ikon untama untuk penggubah Christoph Willibald Gluck.
  • John Gay (1685-1732) dan Johann Christoph Pepusch (1667-1752). Pencipta untuk opera balad English yang pertama seperti , The Beggar's Opera.[10]
  • George Frideric Handel (1685-1759). Opera era barok Handel, opera seria menjadi satu set piawai di zamannya.[11] Salah satu opera terbaik beliau ialah Giulio Cesare.

1700-1799 sunting

 
Gluck, portrait yang dilukis oleh Joseph Duplessis, bertarikh tahun 1775 (Muzium Kunsthistorisches, Vienna)
  • Giovanni Battista Pergolesi (1710-1736). Walaupun beliau juga menggubah opera seria, namun karya beliau yang paling terkenal ialah opera buffa iaitu La serva padrona.[13]
  • Christoph Willibald Gluck (1714-1787) ialah tokoh utama zaman peralihan barok ke klasikal, yang memberi ilham kepada Wolfgang Amadeus Mozart dan juga sehingga ke abad ke-19. Ramai penggubah dipengaruhi oleh ilham beliau termasuklah Hector Berlioz dan Richard Wagner. Gluck membuang tradisi lama opera seria dan menulis muzik yang dipanggil beliau sebagai "beautiful simplicity"[14]) yang memberi lebih tumpuan kepada drama daripada muzikal.
  • Domenico Cimarosa (1749-1801). Penggubah opera buffa dari Itali yang terkenal untuk opera , Il matrimonio segreto, yang membentuk campuran karya komedi Mozart dan Rossini.[15]
  • Wolfgang Amadeus Mozart (1756-1791). Dipengaruhi kuat oleh Gluck, Mozart menulis siri opera (Così fan tutte, Don Giovanni, dan The Marriage of Figaro) hasil kerjasama dengan Lorenzo da Ponte. [16] Antara yang paling terkenal ialah Singspiel beliau berjudul The Magic Flute.
  • Luigi Cherubini (1760-1842). Salah seorang pengikut Gluck, opera Cherubini yang paling terkenal adalah Médée. Ini adalah opera yang memberi cabaran hebat kepada penyanyi soprano, antaranya termasuklah penyanyi terkenal Maria Callas semenjak pertama kali dipersembahkan pada tahun 1797.[17]
  • Ludwig van Beethoven (1770-1827) menulis salah satu opera terunggul dalam bahasa Jerman,[18] Fidelio.
  • Gaspare Spontini (1774-1851). Walaupun berbangsa Itali, Spontini lebih dikenali dengan karya bahasa Perancis beliau pada era Napoleon. Antara karya beliau adalah La vestale yang banyak mempengaruhi penggubah Vincenzo Bellini dan Berlioz.[19]
  • Daniel-François-Esprit Auber (1782-1871). Penggubah Perancis yang disanjungi untuk karya opéra comiques seperti Fra Diavolo dan Le domino noir. Karya opera agung beliau La muette de Portici secara tidak langsung mencetus pergolakan di Brussel pada tahun 1830 yang mewujudkan pembentukan negara Belgium.[20]
  • Carl Maria von Weber (1786-1826) mengasaskan karya opera romantik Jerman[21] dalam usaha menangani dominasi bel kanto Itali. Antara karya terkenal beliau adalah , Der Freischütz. Beliau amat mempengaruhi penggubah terkenal Jerman kemudiannya seperti Richard Wagner.
  • Giacomo Meyerbeer (1791-1864) ialah penggubah terkenal opera agung Perancis untuk karya-karya terkemuka beliau seperti Les Huguenots dan Le prophète . [22]
  • Gioacchino Rossini (1792-1868) yang mengimbangi bel kanto Itali dengan opera agung. Salah satu karya terbaik beliau Barber of Seville ialah opera yang kerap dimainkan sehingga kini,[23] namun opera-opera lain yang lebih serius seperti Semiramide dan Ermione, dianggap karya agung yang mula dimain semula oleh penyanyi-penyanyi yang mempunyai skil nyanyian terbaik. Guillaume Tell, amat terkenal pada eranya [24] ditenggelami oleh karya – karya Giuseppe Verdi, Modest Mussorgsky dan Richard Wagner.
  • Gaetano Donizetti (1797-1848). Bersama – sama Rossini dan Vincenzo Bellini, beliau dianggap sebagai salah satu pakar dalam corak karya bel kanto. Salah satu karya terkenal beliau adalah Lucia di Lammermoor.[25]
  • Jacques Fromental Halévy (1799-1862). Dikenali sebagai penggubah opera agung Perancis (bersama Meyerbeer). Antara karya terbaik beliau adalah La Juive, sebuah cerita bercorak keagamaan yang mengambil tempat pada abad ke-15 di Jerman.[26]

1800-1849 sunting

 
Giuseppe Verdi, oleh Giovanni Boldini, 1886 (National Gallery of Modern Art, Rom).
  • Vincenzo Bellini (1801-1835). Karya beliau seperti Norma dan I puritani meletakkan beliau sebagai seorang penggubah utama corak bel kanto.[27]
  • Hector Berlioz (1803-1869). Dalam usaha untuk menjadikan opera sebagai karier beliau menjadikan beliau sebagai penggubah yang menggubah muzik luar jangkaan. [28] Beliau mempersembahkan opera Benvenuto Cellini, Béatrice et Bénédict dan juga karya terunggul beliau Les Troyens,[29] sebagau opera Perancis yang Berjaya mencabar drama muzik Richard Wagner. Antara karya terpenting Berlioz yang juga dianggap sebagai lagenda dramatik, La damnation de Faust, menjadi salah satu opera terkenal sehingga kini.
  • Mikhail Glinka (1804-1857) mengasas tradisi opera Russia dengan drama bersejarah A Life for the Tsar dan cerita pari-pari Ruslan and Lyudmila.[30]
  • Ambroise Thomas (1811-1896). Penggubah terkemuka Perancis yang terkenal dengan opera Mignon dan Hamlet. [31]
  • Richard Wagner (1813-1883) dianggap sebagai pakar revolusi opera. Dalam opera-opera beliau di antaranya Tristan und Isolde, Parsifal, dan juga Der Ring des Nibelungen, Wagner menghapuskan tradisi perantaraan resitatif dan aria dan mengasaskan cara baru menggubahan.[32]
  • Giuseppe Verdi (1813-1901) mempunyai karier terpanjang dalam penggubahan dan di sepanjang karier beliau, corak kerja beliau terus berkembang. Antara karya terkemuka beliau adalah Rigoletto, Il trovatore, La traviata, Don Carlos, Aida, Otello dan banyak lagi. Karya Verdi mendominasi persembahan opera sehingga ke hari ini.[33]
  • Charles Gounod (1818-1893) menulis opera lirikal untuk tema termasuklah Roméo et Juliette dan Mireille. Opera Faust adalah antara yang terkenal dan masih dipersembahkan sehingga ke hari ini.[34]
  • Jacques Offenbach (1819-1880) merupakan pengasas opereta Perancis. Antara gubahan terkemuka beliau termasuklah La vie Parisienne dan Orpheus in the Underworld.[35] Pada saat akhir kehidupan beliau, beliau sedang mengusahakan opera yang masih kerap dipersembahkan sehingga ke hari ini , The Tales of Hoffmann.
  • Bedřich Smetana (1824-1884) menubuhkan opera kebangsaan Czechoslovakia dengan menulis opera epic bersejarah seperti Dalibor,[36]. Opera komedi beliau The Bartered Bride berjaya memasuki repertoir antarabangsa yang dipersembahakan di banyak rumah opera terkemuka dunia.
  • Aleksandr Borodin (1833-1887). Dikenali sebagai "penggubah hujung minggu" yang menghabiskan 17 tahun untuk menghasilkan sebuah opera berjudul , Prince Igor, yang kini menjadi kunci utama repertoir Rusia.[37]
  • Camille Saint-Saëns (1835-1921). Penggubah Perancis yang menulis banyak opera yang mana salah satunya yang dibuat bercorak keagamaan Samson et Delila, mendapat tempat dalam repertoir.[38]
  • Léo Delibes (1836-1891). Penggubah Perancis yang menggubah opera terkenal Lakmé.[39]
  • Georges Bizet (1838-1875). Karya terkenal Bizet berjudul Carmen mencatat nama di dalam repertoir opera di seluruh dunia.[40]
  • Modest Mussorgsky (1839-1881). Mussorgsky hanya menyiapkan satu opera, namun Boris Godunov terbukti memberi inspirasi kepada generasi baru penggubah-penggubah Rusia dengan sikap unik nasionalis drama beliau.[41]
  • Pyotr Ilyich Tchaikovsky (1840-1893). Nama Tchaikovsky menjadi terkenal menerusi dua karya beliau , Eugene Onegin dan The Queen of Spades.[42][43]
  • Emmanuel Chabrier (1841-1894) mendapat inspirasi menulis opera agung menerusi Wagner namun menulis corak kerja ringan seperti L'étoile, yang lebih disanjungi oleh Ravel dan Poulenc.[44]
  • Antonín Dvořák (1841-1904) Penggubah opera terunggul Czechoslovakia bersama-sama Semetana dan Janacek. Opera beliau Rusalka, berdasarkan mitologi Undine adalah antara karya beliau yang terkenal.[45]
  • Jules Massenet (1842-1912). Dianggap sebagai penggubah opera Perancis terkenal di zamannya [46] Antara karya beliau termasuklah Werther dan Manon yang masih kerap dipersembahkan ke hari ini.[47]
  • Nikolai Rimsky-Korsakov (1844-1908). Penggubah Rusia yang menulis opera yang ber”warna-warni” untuk kisah-kisah lagenda dan bersejarah.[48]

1850-1899 sunting

 
Giacomo Puccini
  • Leoš Janáček (1854-1928). Opera Janáček, Jenufa menggabungkan melodi lagu tempatan dan percakapan biasa cara penggubah Modest Mussorgsky berserta dengan peranan plot [49]
  • Ruggero Leoncavallo (1857-1919) Penggubah Itali yang dikaitkan dendan seni verismo. Opera beliau I pagliacci mendapat tempat dalam repertoir opera dan kebiasaannya dimainkan bersama opera penggubah Mascagni Cavalleria rusticana. [50]
  • Giacomo Puccini (1858-1924). Dianggap sebagai anak didik sejati Giuseppe Verdi untuk opera Itali.[51]Opera-opera Puccini seperti Tosca, La bohème , Turandot, Madama Butterfly dan banyak lagi adalah antara opera-opera terkemuka dan paling kerap dipersembahkan sehingga ke hari ini.
  • Gustave Charpentier (1860-1956). Penggubah terkenal Perancis yang menulis Louise , mengambil tempat dalam corak orang atasan di Paris.[52]
  • Pietro Mascagni (1863-1945). Penggubah Itali yang terkenal untuk opera Cavalleria rusticana, yang kebiasaannya dipersembahan bersama opera Leoncavallo berjudul I pagliacci.[53]
  • Richard Strauss (1864-1949). Strauss adalah antara penggubah pada awal abad ke-20 yang menrubah tradisi kerja Richard Wagner. Antara karya beliau yang terkenal termasuklah Salome,Elektra, dan Der Rosenkavalier.[54]
  • Claude Debussy (1862-1918). Seperti Beethoven, Debussy cuma menghabiskan satu opera sahaja tetapi jalan cerita yang diambil dari penulis Maeterlinck untuk opera Pelléas et Mélisande menjadi kunci kejayaan beliau untuk muzik drama abad ke-20.[55]
  • Hans Pfitzner (1869-1949). Salah seorang pengikut Richard Wagner yang terkenal untuk opera Palestrina yang menimbulkan debat antara tradisi dan inovasi dalam muzik.[56]
  • Arnold Schoenberg (1874-1951). Dianggap sebagai tokoh utama penggubah moden dan juga untuk dua belas-tonal sistem. Schoenberg memulakan karier opera beliau dengan menulis “ekpresi” monodrama berjudul Erwartung. Karya utama beliau berjudul Moses und Aron tidak dihabiskan selepas kematian beliau.[57]
  • Maurice Ravel (1875-1937) menulis dua opera pendek tetapi penuh inovasi seperti L'enfant et les sortilèges dan L'heure espagnole.[58]
  • Franz Schreker (1878-1934). Penggubah Austria yang juga berkaitan dengan muzik “ekspresi”. Antara opera beliau termasuklah Der ferne Klang dan Die Gezeichneten.[59]
  • Igor Stravinsky (1882-1971). Selepas menggubah opera inspirasi Nikolai Rimsky-Korsakov berjudul The Nightingale, Renard dan Histoire du Soldat, Stravinsky menggubah opera corak abad ke-20 berjudul The Rake's Progress.[60]
  • Alban Berg (1885-1935). Karya seni Berg termasuklah Wozzeck dan Lulu mencapai kenaikan dalam populariti hanya setelah kematian beliau.[61]
  • Béla Bartók (1881-1945) menulis hanya satu opera, Duke Bluebeard's Castle, satu karya yang dianggap penting dalam abad ke-20.[62]
  • Sergei Prokofiev (1891-1953). Salah seorang penggubah moden dari Rusia.[63] Prokofiev menghasilkan opera dalam banyak subjek termasuklah cerita pari-pari seperti The Love for Three Oranges, sehingga ke cerita kelam seperti The Fiery Angel dan epic perang War and Peace.
  • Paul Hindemith (1895-1963). Penggubah Jerman yang menjadi terkenal menjelang peperangan dunia pertama. Antara karya beliau termasuklah Mathis der Maler.[64]
  • George Gershwin (1898-1937) mendapat tempat dalam repertoir opera menerusi karya Porgy and Bess.[65]

1900-kini sunting

  • William Walton (1902-1983). Opera utama beliau termasuklah Troilus and Cressida.[66]
  • Michael Tippett (1905-1998). Dianggap sebagai penggubah terkemuka British sebelum Benjamin Britten. Tippett menulis opera yang menerokai bidang metafizikal dan tema sosial. Antaranya termasuklah The Midsummer Marriage dan The Knot Garden.[67]
  • Dmitri Shostakovich (1906-1975). Opera Shostakovich yang terkenal adalah Lady Macbeth of the Mtsensk District , sebuah kisah cinta tragik yang mengambil tempat di sebuah bandar di Russia. Beliau kemudiannya mengumumkan versi tapisan Katerina Ismailova. Walau bagaimanapun, versi asal tetap menjadi pilihan utama persembahan pada abad ke-20.[68]
  • Samuel Barber (1910-1981). Penggubah Amerika yang menggubah dua opera terkenal iaitu , Vanessa dan Antony and Cleopatra.[69]
  • Gian Carlo Menotti (1911-2007). Penggubah Amerika yang terkenal dengan teater berunsur Krismas seperti Amahl and the Night Visitors, sebuah opera yang pertama dibuat khas untuk tayangan TV.[70]
  • Benjamin Britten (1913-1976). Salah satu penggubah British yang amat dikagumi yang mencapai pengiktirafan antarabangsa, dan seorang dari penggubah yang jarang berjaya mengekalkan repertoir opera setelah malam persembahan pertama. Antara opera-opera beliau yang terkenal termasuklah Peter Grimes, A Midsummer Night's Dream, dan The Turn of the Screw.[71]
  • Hans Werner Henze (lahir 1926). Seorang penggubah sebelum perang dunia ke-2 yang kerap membuat persembahan. Antara karya beliau termasuklah The Bassarids dan Elegy for Young Lovers.[72]
  • Peter Maxwell Davies (lahir 1934). Seorang modenis British dari yang menulis banyak karya pementasan seperti Taverner , The Martyrdom of Saint Magnus dan banyak lagi.[73]
  • Philip Glass (lahir 1937). Penggubah Amerika terunggul yang menulis Einstein on the Beach, karya kerjasama dengan pengarah teater Robert Wilson. Karya-karya lain beliau termasuklah Akhnaten dan The Voyage.[74]
  • John Coolidge Adams (lahir 1947). Seperti Philip Glass, Adams bermula sebagai penggubah “muzik minimalis”. Opera-opera beliau banyak berkait rapat dengan subjek-subjek kontemporari seperti Nixon in China dan The Death of Klinghoffer yang mendapat penghargaan besar begitu juga menimbulkan kontroversi politik.[75]

Penggubah wanita terkenal sunting

 
John Singer Sargent: Ethel Smyth, 1901
  • Dame Ethel Smyth (1858-1944) terkenal terutama di atas kerja-kerja pergerakan wanita yang dikenali sebagai "suffragettes"; antara opera beliau yang terkenal termasuklah The Wreckers.
  • Judith Weir (lahir 1954) mula menggubah opera pada tahun 1987 yang berjudul A Night at the Chinese Opera.

Lihat juga sunting

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris sunting

(Untuk pemahaman lanjut mengenai opera dan jenis-jenisnya)

(Untuk pemahaman lanjut mengenai terminologi dari rencana di atas)

Rujukan sunting

  1. ^ Viking Opera Guide ms.768
  2. ^ Orrey ms.18
  3. ^ Professor Tim Carter dalam Viking Opera Guide (ms.678) mengulas (tidak diterjemahkan bagi mengelak salah tafsiran): "Monteverdi's recitative owes much to Jacopo Peri...However "Orfeo" has much broader roots. There are many references to the tradition of the Florentine intermedi: the spectacular stage effects, the mythological subject matter, the allegorical figures, the number and scoring of the instruments and the extended choruses". Lihat juga ulasan Carter dalam The Oxford Illustrated History of Opera (ms.4) (tidak diterjemahkan bagi mengelak salah tafsiran): "rich display and erudite symbolism made the intermedi an ideal projection of princely magnificence".
  4. ^ Viking Opera Guide ms.189
  5. ^ Orrey ms.35
  6. ^ Orrey ms.55
  7. ^ Viking Opera Guide ms.942
  8. ^ Orrey m.s.40
  9. ^ Orrey m.s.40
  10. ^ Viking Opera Guide m.s.343
  11. ^ Orrey m.s.59
  12. ^ Orrey ms.59
  13. ^ Oxford Companion to Music, ms. 783
  14. ^ Orrey ms.85
  15. ^ Viking Opera Guide ms.216-218
  16. ^ Orrey ms.101
  17. ^ Viking Opera Guide ms.210
  18. ^ Orrey ms.139
  19. ^ Viking Opera Guide ms.1002
  20. ^ Viking Opera Guide ms.37-38
  21. ^ Orrey ms. 140
  22. ^ Oxford Illustrated History of Opera ms.146-150
  23. ^ Britannica ms.631 C.2
  24. ^ Britannica ms.631 C.2
  25. ^ Orrey ms.134
  26. ^ Viking Opera Guide ms.412
  27. ^ Orrey ms. 129-133
  28. ^ Orrey ms. 153
  29. ^ Orrey ms. 154
  30. ^ Orrey ms. 180
  31. ^ Viking Opera Guide ms. 1098.
  32. ^ Orrey ms. 168-169
  33. ^ Orrey ms. 137-147
  34. ^ Orrey ms. 154
  35. ^ Britannica ms. 633 C.1
  36. ^ Orrey ms. 177
  37. ^ Viking Opera Guide ms. 134
  38. ^ Viking Opera Guide (ms. 929) . Saint-Saëns menulis 13 opera, termasuk bahagian di dalam opera yang tidak habis disiapkan oleh Ernest Guiraud dan dua lagi opéra comiques.
  39. ^ Viking Opera Guide ms. 253.
  40. ^ Orrey ms. 156-157
  41. ^ Britannica ms. 637 C.2
  42. ^ Orrey ms. 182
  43. ^ David Brown (penulis untuk buku : A Biographical and Critical Study, Gollancz, 1978-91) dalam Viking Opera Guide, ms. 1083-1095
  44. ^ Viking Opera Guide ms. 197
  45. ^ Viking Opera Guide ms. 302
  46. ^ Orrey ms. 156
  47. ^ Graham Dixon dalam Viking Opera Guide, ms. 622
  48. ^ Viking Opera Guide ms. 864
  49. ^ Britannica ms. 638 C.2
  50. ^ Viking Opera Guide ms. 563
  51. ^ Orrey ms. 225
  52. ^ Viking Opera Guide pms. 202-204
  53. ^ Viking Opera Guide ms. 617
  54. ^ Britannica ms. 637 C.2
  55. ^ Orrey ms. 216
  56. ^ Viking Opera Guide ms. 772
  57. ^ Viking Opera Guide ms. 952
  58. ^ Viking Opera Guide ms. 848
  59. ^ Viking Opera Guide ms. 958
  60. ^ Orrey ms. 220
  61. ^ Orrey ms. 225
  62. ^ Viking Opera Guide ms. 55
  63. ^ Britannica ms. 637 C.1
  64. ^ Viking Opera Guide ms. 467
  65. ^ Viking Opera Guide ms. 348
  66. ^ Viking Opera Guide ms. 1207
  67. ^ Viking Opera Guide ms. 1102
  68. ^ Orrey ms. 232
  69. ^ Viking Opera Guide ms. 51
  70. ^ Viking Opera Guide ms. 648
  71. ^ Orrey ms. 234
  72. ^ Viking Opera Guide ms. 461
  73. ^ Viking Opera Guide ms. 243
  74. ^ Viking Opera Guide ms. 360
  75. ^ Viking Opera Guide ms. 17

Rujukan penting dan pautan luar sunting

Senarai rujukan utama sunting

Senarai ini diseliakan menurut sepuluh senarai penggubah terkemuka opera, dibuat oleh pihak yang bertauliah di dalam bidang opera.

  1. ""Graeme Kay's Guide to Opera"". dikeluarkan untuk BBC
  2. ""The Opera"". dipetik dari ensaiklopedia Britannica
  3. ""The Opera"". dipetik dari ensaiklopedia Columbia University Press
  4. Karya Nicholas Kenyon berjudul Viking Opera Guide (edisi 1993) ISBN 0-670-81292-7.
  5. The Standard Repertoire of Grand Opera 1607-1969 oleh Norman Davies untuk Europe: a History (OUP, 1996; edisi terbitan Pimlico, 1997) ISBN 0-7126-6633-8.
  6. Karya Mary Ann Smart berjudul The Oxford Illustrated History of Opera (OUP, 1994) ISBN 0-19-816282-0.
  7. "A Bird's Eye View of the World's Chief Opera Composers" dipetik dari The Oxford Companion to Music oleh Percy Scholes (edisi ke-10 diubah suai oleh John Owen Ward, 1970). ISBN 0-19-311306-6.
  8. Senarai rakaman penggubah dipetik dari The Penguin Guide to Opera on Compact Discs oleh Greenfield, March dan Layton (edisi 1993) ISBN 0-14-046957-5.
  9. The New Kobbe's Opera Book oleh George Lascelles, Earl ke-7 dari Harewood (edisi 1997) ISBN 0-399-14332-7.
  10. "The Rough Guide to Opera". oleh Matthew Boyden. (edisi 2002) ISBN 1-85828-749-9.

Nota:

  • 10 penggubah yang tersenarai adalah: Berg, Britten, Donizetti, Gluck, Handel, Monteverdi, Mozart, Puccini, Rameau, Rossini, Richard Strauss, Verdi, dan Wagner
  • 9 penggubah yang tersenarai adalah: Bellini, Berlioz, Bizet, Glinka, Gounod, Lully, Massenet, Mussorgsky, dan Tchaikovsky
  • 8 penggubah yang tersenarai adalah: Adams, Debussy, Glass, Henze, Janacek, Leoncavallo, Menotti, Meyerbeer, Pergolesi, Purcell, Nikolai Rimsky-Korsakov , Schoenberg, Smetana, Thomas (Ambroise), Tippett, dan Weber
  • 7 penggubah yang tersenarai adalah: Auber, Beethoven, Borodin, Cavalli, Cherubini, Cimarosa, Delibes, Hindemith, Mascagni, Offenbach, Prokofiev, Ravel, Saint-Saens, Shostakovich, dan Gustave Charpentier
  • 6 penggubah yang tersenarai adalah: Barber, Bartók, Chabrier, Peter Maxwell Davies, Dvořák, Gay dan Pepusch, Gershwin, Halévy, Peri, Pfitzner, Scarlatti, Schreker, Spontini, Stravinsky, Walton
  • Judith Weir termasuk dalam 4 yang tersenarai; Dame Ethel Smyth dalam 2 yang tersenarai

Buku rujukan sunting

  • Stanley Sadie (1992). The New Grove Dictionary of Opera. ISBN 0-333-73432-7 and ISBN 1-56159-228-5., 5,448 mukasurat, buku rujukan terbesar mengenai opera ditulis dalam bahasa Inggeris.
  • The Viking Opera Guide (1993) ISBN 0-670-81292-7 Ditulis oleh pakar-pakar di dalam bidang mereka.
  • Warrack, John (1992). The Oxford Dictionary of Opera. ISBN 0-19-869164-5. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameters: |accessyear=, |origmonth=, |accessmonth=, |month=, |chapterurl=, dan |origdate= (bantuan)
  • Boyden, Matthew, dll. (1997). Opera, the Rough Guide. ISBN 1-85828-138-5. Cite has empty unknown parameters: |accessyear=, |origmonth=, |accessmonth=, |month=, |chapterurl=, |origdate=, dan |coauthors= (bantuan)
  • Orrey, Leslie and Milne, Rodney. Opera: A Concise History. World of Art, Thames & Hudson. ISBN 0-500-20217-6. Cite has empty unknown parameters: |origmonth=, |accessmonth=, |month=, |chapterurl=, |origdate=, dan |accessyear= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  • Encyclopedia Britannica: Macropedia Volume 24, edisi ke-15. "Opera" dalam "Musical forms and genres". ISBN 0-85229-434-4
  • Parker, Roger (1994). The Oxford Illustrated History of Opera. London: Oxford University Press. ISBN 0-19-816282-0. Cite has empty unknown parameters: |accessyear=, |origmonth=, |accessmonth=, |month=, |chapterurl=, |origdate=, dan |coauthors= (bantuan)