Sengkenit (Jawi: سڠکنيت), cengkenit, kutu babi, tempiras, caplak atau pirah[1] (bahasa Inggeris: tick) ialah nama biasa untuk araknid kecil dalam keluarga Ixodoidea superkeluarga Ixodoidea, bersama dengan hama-hama lain, membentuk Acarina.

Sengkenit
Julat zaman: Albia hingga kini
Sengkenit rusa dewasa, Ixodes scapularis
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Superorder:
Order:
Ixodida

Leach, 1815
Superkeluarga:
Ixodoidea

Leach, 1815
Famili
Diversiti
18 genus, c. 900 spesies

Sengkenit ialah ektoparasit (parasit luaran) yang hidup dengan menghisap darah pada mamalia, burung, dan kadang-kadang reptilia dan amfibia; darah yang dihisap ini terkumpul dalam badan sengkenit yang menjadi kembung. Penghisapan ini boleh menyebarkan penyakit melalui patogen seperti bakteria, virus, dan protozoa[2] daripada darah seekor haiwan yang dihinggap sengkenit ini sebelum berpindah kepada seekor haiwan lain, patogen ini pula akan terludah semasa sengkenit menghisap darah haiwan baharu ini.[3] Penyakit-penyakit yang dibawa sengkenit ini termasuk penyakit Lyme, tularemia, demam bintik Pergunungan Rocky dan Rickettsia.[2]

Saiz sengkenit jantan berbanding dengan mancis
Sengkenit di kepala bayi. Ibu jari orang dewasa ditunjukkan untuk skala.
Kepala Ixodes ricinus (sengkenit biri-biri)
Ixodes hexagonus

Rujukan sunting

  1. ^ Suzalina Halid (20 Januari 2021). "[VIDEO] Sengkenit berbahaya, segera buang dan dapat rawatan yang betul". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2021. Dicapai pada 14 Mac 2021.
  2. ^ a b Wenner, Melinda (11 June 2021). "Let's Do a Tick Check - These pervasive bloodsuckers can give you more than just Lyme disease. Here's how to protect yourself. (Interactive)". The New York Times. Dicapai pada 26 Februari 2022.
  3. ^ "How ticks spread disease". Centers for Disease Control and Prevention (dalam bahasa Inggeris). 21 September 2020. Dicapai pada 26 Februari 2022.